✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*Puan Rozyta dan Encik Raihan memerhati Hairy menyusun bagasi ke dalam bonet. Hati mereka sebak mahu berjauhan dengan Alyah.
"Ma, ayah. Kami pergi dulu. " Lamunan mereka berdua terhenti. Pantas di renung Hairy dan Alyah. Tangan di hulur.
"Hati-hati dekat negeri orang. Jaga adab. Jaga maruah diri, jaga maruah suami tu. Kalau ada salah faham, bawa bincang. Kami ni duduk jauh dengan kamu, kami tak boleh bantu. Ingat tu. " Pesan Puan Rozyta panjang lebar pada anak menantunya. Di harapkan menantunya itu mampu membimbing Alyah.
"Inshaallah mama. " Balas Hairy dan Alyah.
"Jangan lupa telefon. Kirim salam dekat mereka yang tunggu dekat airport tu. " Pesan pula Encik Raihan. Di peluk menantunya lama.
"Jaga anak ayah. " Pesannya.
"Baik yah. " Balas Hairy. Di kerling jam di tangan.
"Kami gerak dululah ma, yah. Zy. Assalamualaikum. "
"Waalaikumussalam. " Jawab mereka bertiga.
"Bos, jadi tak plan tu? " Kad daun di tangan di libas-libas. Malik tersenyum sinis.
"Tak payah nak risaulah. Semua plan kita tetap jalan. Tunggu masa yang sesuai. " Balasnya. Rokok di sedut.
"Milah macam mana? " Soalnya. Di kerling anak buahnya yang dah mula khayal.
"Dia okey aje bos yang penting duit. " Balas anak buahnya, air syaitan di teguk rakus.
"Hm... pastikan Milah ikut apa yang kita rancang. " Pesannya. Dia tidak mahu rancangan mereka gagal begitu saja. Sudah lama dia bersabar dengan Razzy, jadi dia tak nak rancangan mereka gagal untuk memberi pengajaran dan menghalau lelaki itu secara keji.
"Baik bos. " Balas anak buahnya.
"Kau orang perhati aje budak tu. Tiba masanya, aman juga kampung ni. Jangan nak risau sangat. " Ujar Malik sebelum berlalu. Di hidupkan motornya sebelum berlalu.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"MA, Razzy nak pergi kebun boleh? " Soal Razzy. Entah apa yang jadi pada kebunnya itu. Dah lama dia tak lawat. Kali terakhir pun masa hari dia di belasah beberapa bulan yang lepas.
Kerja memotong sayur terhenti. Di pandang wajah mengharap anaknya. Tak sampai hati pula nak tahan tapi hatinya risau. Takut terjadi sesuatu pada anak bongsunya itu lagi.
"Boleh tapi minta Tomoi temankan. Mama tak nak Razzy seorang diri dekat kebun tu. " Balas Puan Rozyta buatkan Razzy tersenyum senang. Kepala di anggukkan.
"Tapi ingat, jangan angkat berat. Mama tak izinkan. " Pesan Puan Rozyta.
"Okey ma. " Balas Razzy setelah berfikir. Lebih baik dia setuju daripada terperap di rumah saja.
"Ma, mama tahu abang Raz kerja apa? " Soal Razzy setelah puas menatap telefonnya. Entah apa yang di mainkannya.
"Tahu. Kenapa? " Soal pula Puan Rozyta. Sayur kacang panjang yang di masak tumis bersama ikan kering dia gaul rata.
"Tak ada apa. Abang Raz tak beritahu pun dekat Razzy. Puas Razzy tanya. Dia kata cari sendiri. Macam mana nak cari?? " Soal Razzy bengang.
"Lah... tu aje pun. Dia kerja arkitek. Dekat Johor. " Balas Puan Rozyta. Api di matikan. Bekas kaca di letakkan di tepi kuali sebelum tangan ligat mengalihkan sayur yang dah masak itu.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...