BAB 46

7.3K 236 7
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*











          Buat pertama kalinya Rafiq menjejakkan kaki di syarikat besar tersebut. Penyambut tetamu yang berada di lobi di hampiri. Kad berupa pas untuk semua pekerja di bawah syarikat IK Jaya Holdings di tunjukkan. Penyambut tetamu itu mengangguk seraya tersenyum dan mempersilakan dia. Rafiq membalas dengan anggukan sebelum menuju lif.

     Tingkat teratas di tuju di mana terletaknya bilik pejabat adiknya selaku bos besar. Hari ini dia, Razmy dan Rafie bercadang untuk makan bersama dengan adik bongsu mereka itu memandangkan Irdina menemani Puan Sri berjumpa dengan sahabatnya. Dah lama juga mereka tak berkumpul berempat. Jadi mereka mengambil keputusan untuk menggunakan peluang tersebut.

     Kalau di ikutkan, dia hanya perlu menunggu di depan bangunan syarikat tersebut untuk mengambil Razzy tapi Razzy pula tak muncul-muncul. Panggilan pula tak di jawab jadi dengan malas serta buat pertama kalinya dia mencemar duli untuk menjemput adiknya itu di bilik pejabat. Tak pernah di buat orang.

     "Assalamualaikum. " Sapanya pada seorang staf perempuan yang ada di depan lif tersebut.

     "Waalaikumussalam. Ya? Ada apa Encik? " Jawab Liza.

     "Bos ada? " Soal Rafiq.

     "Boleh saya tahu Encik ni siapa? " Soal Liza sopan.

     "Rafiq. Abang kepada bos. "

     "Oh! Sekejap ya? " Liza berlalu ke satu bilik. Tidak lama kemudian muncul Middy mengekori Liza.

     "Assalamualaikum Encik Rafiq. " Sapanya. Mereka bersalaman.

     "Waalaikumussalam. " Jawab Rafiq.

     "Jom saya tunjukkan bilik bos. " Ujar Middy sebelum menuju ke satu bilik berpintu kan kaca. Di ketuk beberapa kali. Selepas di benarkan masuk, barulah dia menolak pintu. Dipersilakan abang kepada bos muda tersebut untuk masuk. Selepas meminta diri dan di benarkan barulah dia berlalu keluar.

     Meja kerja Liza di hampiri dan di ketuk kuat. Terkejut beruk Liza di buatnya. Middy tersengih.

     "Liza tak kenal ke abang bos tu? " Soalnya pelik. Masakan Liza tak kenal. Sedangkan masa kes runtuhan di tapak projek tiga tahun lalu dulu, Rafiq lah yang selalu kelihatan.

     Liza menggeleng. Dia memang tak ingat siapa lelaki tadi tu.

     "Tu abang kedua bos. Encik Rafiq. CEO anak syarikat. KI Jaya Holdings. Tahu? " Liza mengangguk tidak lama kemudian. Muka teruja dan bersinar jelas kelihatan. Middy dah mencebik. Tahu apa yang difikirkan rakan sekerjanya itu.

     "Kau jangan nak gatal Liza. Dia tak pandang kau pun. " Suara mak-mak Middy dah keluar. Liza mencebik geram. Baru nak buka langkah dah kena tegur oleh mak tak tahu asal mana ni. Rungutnya.

     "Tak makan? " Satu suara menegur. Pantas mereka berpaling. Bos besar dan bos kecil berdiri tidak jauh dari mereka.

     Laju Middy mengerling jam tangannya.

     "Lah... dah masuk tengah hari dah. " Gumamnya tidak menyedari waktu langsung.

     "Kejap lagi bos. " Ujarnya. Liza mengangguk setuju. Razzy mengangguk kecil sebelum menuju lif di ikuti Rafiq.

     Tali leher yang melilit lehernya di leraikan. Di lipat kecil dan di masukkan ke dalam poket. Rafiq hanya melihat kelakuan adiknya itu melalui cermin di dalam lif tersebut. Dah masak sangat dengan perangai Razzy yang tidak suka memakai tali leher.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now