BAB 60

7.4K 205 18
                                    






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*






Bilik pengantin di ruang bawah itu penuh dengan mereka yang turut mahu merias wajah. Maklumlah, semalam lewat malam mereka tidur kerana bersembang atau lebih tepatnya berkenalan dengan bakal isteri Muzaffar. Itupun selepas Puan Rozyta memaksa mereka tidur dan akibatnya mereka semua kelihatan mengantuk. Irdina pun masih tak puas bersembang dengan Dhafwatul Aisy binti Muhammad Aban. Kalau bukan Razzy yang turun ke bawah tak mungkin dia sedar yang sudah lewat malam.

"Eh cepat sikit nak solek muka tu. Kejap lagi along dah nak nikah tu. " Satu suara kedengaran di balik pintu yang terbuka luas. Mereka semua tersengih.

"Sikit lagi Mak Lia. " Balas Naziha. Puan Liana isteri kepada Muhd Rizman, salah seorang adik Encik Raihan sekadar mengangguk kecil. Dalam diam dia menggeleng melihat telatah anak-anak buahnya itu. Entah siapa yang nak kahwin. Riuh semacam.

Selepas menunggu beberapa minit, rombongan pihak lelaki sudah kelihatan. Rumah Nizam yang hanya berjarak beberapa ratus meter membuatkan Muzaffar mengambil keputusan untuk berjalan kaki. Mereka yang lain akur dengan kehendak pengantin lelaki. Lagipun kerja mudah, tak membazir minyak kereta dan tak ada pencemaran udara.

"Kena berpantun lagi ke? " Soal Muzaffar tika dalam perjalanan. Razmy yang bertindak sebagai pengapit berhenti dan menoleh pada ayahnya yang turut serta sebagai rombongan lelaki.

"Kena ke yah? " Soalnya. Semua mereka berpandangan sesama sendiri. Terhenti seketika langkah mereka.

"Eh tak payahlah. Pasangan kamu tu mana tahu pantun berpantun ni. Lagipun pantun apa semua tu adat orang melayu saja. Takkan kamu nak berpantun pada mereka. Kang lain pula jadinya. " Seloroh Encik Raihan disambut gelak mereka semua. Tak boleh fikir apa jawapan pihak perempuan nanti kalau mereka berbalas pantun.

"Oh ingatkan nak berpantun lagi. " Gumam Muzaffar. Tidak lama kemudian mereka tiba.

"Masuk-masuk. Kena cepat nikah ni. Pakcik tengok muka pengantin lelaki ni dah tak sabar dah. " Usik Ustaz Ali yang bekerja di pejabat agama dan bertindak sebagai jurunikah yang bakal menikahkan mereka.

"Alah kau ni, macamlah tak faham. " Balas Encik Raihan pada sahabatnya itu. Muzaffar sudah tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia hanya mampu tersenyum dan tersenyum.

Sejurus selesai nikah, tetamu yang hadir di jemput untuk makan di bawah kanopi. Lauk yang di masak secara gotong-royong bersama penduduk kampung di jamah bersama.

"sayang dah makan? " Razzy datang menempel pada Irdina yang sedang menemani si kembar makan.

"Tak ada seleralah abang. " Jawab Irdina. Lauk yang ada didepan tidak menarik minatnya langsung. Terasa muak melihat makanan itu.

"Eh, sayang tak sihat ke? " Risau Razzy di buatnya. Irdina menggeleng kecil.

"Tak. Cuma Ird tak lalu nak makan lauk-lauk tu semua. Rasa macam nak muntah bila makan. " Adunya pada Razzy.

"Habis tu sayang tak nak makanlah ni? "

"Makan tapi tak nak yang ni. "

"Habis tu nak apa? " Soal Razzy. Sabar dia melayan kerenah Irdina. Lagipun bukan selalu. Apa salahnya sekali sekala.

"Hm.. nak makan makanan kegemaran abang. Ikan bakar tu. Nak yang tu. Ird teringin nak makan yang tu. " Mahu tergelak Razzy dibuatnya bila suara manja Irdina dah keluar. Banyaknya perkataan 'tu'.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now