BAB 42

7.2K 239 10
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

Tiga tahun kemudian....

      Batu nisan di depannya itu di usap buat kali terakhir. Lama di perhati sebelum dia bangkit dari duduk mencangkung. Cermin mata hitam di pakai sebelum dia berpaling. Langkah di buka sebelum dia berhenti buat seketika. Dia berpaling. Kubur tersebut di perhati lagi sebelum dia meneruskan langkahnya. Pengawal peribadi yang menunggu di luar kawasan perkuburan pantas saja membukakan pintu kereta di bahagian belakang bila dia tiba.

     Isyarat mata di berikan sebelum Mike mengangguk kecil. Seketika kemudian, tiga buah kereta mewah itu berlalu pergi dari kawasan perkuburan itu menuju lapangan terbang. Dadanya di usap beberapa kali cuba menghilangkan debar yang terasa kian menghambat dirinya.

     "Sir, are you okey? " Soal Mike di depan. Dia mengangguk kecil.

     Mike memerhati Tuannya sebentar sebelum dia berpaling ke hadapan semula. Dia tidak percaya dengan kata-kata Tuannya sebentar tadi tapi dia diamkan saja.

     Seketika kemudian, kereta yang di pandu seorang lagi pengawal peribadi masuk ke kawasan lapangan terbang di ikuti dua buah kereta. Pintu di buka Mike dari luar. Lantas dia keluar dari kereta dan masuk ke lapangan terbang di ikuti Mike dan tiga lagi pengawal peribadinya.

     Kot di tubuh di butang selepas tiket dan passport di keluarkan dari poket kotnya. Mike dan tiga lagi pengawal peribadinya turut melakukan hal yang sama. Cermin mata mereka tidak pernah hilang dari menyembunyikan mata mereka.

     "Kenapa tak naik jet aje....?? " Rungut Mike perlahan. Amat tidak menggemari bila mereka sering menjadi perhatian kerana pakaian mereka yang serba hitam.

     Tuannya tersenyum kecil namun tetap juga tidak kelihatan di balik muka beku serta jambangnya yang di potong kemas.

     Tiga tahun cukup untuk mengubah dirinya. Tiga tahun merupakan tahun yang baginya paling perit. Seperit-perit luka yang di simbah cuka, lebih perit sakit yang dirinya tanggung selama tiga tahun ini.
  
  
  

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

  
  
     Gelas berisi air yang di pesan pantas di letakkan ke atas meja semula bila kelibat orang yang di tunggu telah tiba. Matanya ralit memerhati seorang lelaki lengkap memakai pakaian serba hitam yang menunjukkan pekerjaan lelaki itu di tambah lagi dengan earphone yang terpasang di telinga keluar dari kereta di ikuti yang lain yang turut memakai pakaian yang sama seperti lelaki itu. Pintu kereta di buka dari luar sebelum muncul seorang lelaki yang segak dengan baju kerjanya. Kot di butang sebelum dia melangkah memasuki restoran di depannya tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

     "Assalamualaikum. " Suaranya terbit memberi salam pada sahabatnya yang sudah lama tidak di temui. Tangan di hulurkan sebelum mereka bersalaman dan berlaga bahu.

     "Waalaikumsalam. " Balas Alfie. Sahabatnya yang berdiri di depannya di renung.

     "Kenapa? " Soal Razzy. Alfie menggeleng kecil sebelum tersenyum. Syukur bila sahabatnya itu masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini dengan lebih lama.

     "Sihat? " Soal Alfie selepas beberapa saat mereka berdiam diri dan sambil merenung.

     "Sihat alhamdulillah. " Balas Razzy. Jambangnya di usap sebelum mengerling pengawal peribadinya yang berdiri teguh disisinya.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now