BAB 62 - EPILOG

13.9K 301 62
                                    





✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*








Hari-hari berlalu seperti biasa. Tanpa mengira apapun terjadi, kejadian siang dan malam tetap berlaku dengan izin Allah SWT. Dan kerja juga sentiasa menantikan hamba Allah yang bergelar manusia untuk menyiapkan segala macam kerja dan tugas.

Kerja yang menimbun buatkan dia menarik nafas berat. Pinggang yang terasa sengal dan ada tanda-tanda sakit pinggangnya muncul membuatkan dia berdiri meregangkan badan. Dinding kaca di hampiri. Pencakar langit di balik dinding kaca itu dia renung satu persatu. Dalam hati dia mengucap syukur. Syukur kerana negara Malaysia masih dalam keadaan selamat. Dan dia berdoa semoga negara Malaysia sentiasa dilindungi Allah SWT dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Sekali lagi Razzy menarik nafas dalam. Dia tersenyum dalam dia sedang bercekak pinggang. Alhamdulillah, satu persatu masalah akhirnya selesai. Dia akui, memaafkan itu memang buatkan hati kita menjadi lebih tenang. Dia kini lebih tenang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Rak kabinet ditepi dinding dia hampiri. Kedua tangan menyeluk poket seluar. Setiap gambar didalam kabinet kaca itu direnung. Gambar si kembar dan Irdina yang sedang tersenyum senang.

Bertambah lebar senyumannya bila melihat gambar ayu Irdina yang tersenyum ceria. Gambar itu ditangkap tika mereka sedang berada di Pahang. Masa itu, dia mempunyai mesyuarat dengan salah satu syarikat yang berkerjasama dengan syarikatnya. Akibat malas berjalan seorang diri, dibawanya Irdina. Si kembar ditinggalkan di rumah ayah mertuanya. Nasiblah masa itu Rayd dan Raydy tak meragam. Suka saja kembar itu ditinggalkan. Siap kata nanti sebulan kemudian baru jemput mereka. Dia hanya mampu ketawa tika Raydy kata padanya ketika itu.

Pintu yang diketuk dari luar membawanya semula ke alam sebenar. Muka diraup sebelum membenarkan orang yang mengetuk itu masuk. Dia duduk di birai meja kerjanya menanti gerangan si pengetuk pintu.

"Hmm Middy, ada apa? " Soalnya pada pembantu peribadinya itu. Tangan naik memeluk tubuh.

"Saya cuma nak cakap yang lepas makan tengah hari dengan klien tuan dari Melaka tu, jadual tuan dah kosong. Hari ni sampai lusa jadual tuan kosong. Tak ada temu janji apa semua. " Jelas Middy. Tab ditangan ditutup. Bos besarnya itu dipandang.

Razzy mengangguk kecil. Jambangnya yang mulai memanjang dia usap beberapa kali. Kemudian dikerling jam tangan yang melilit pergelangan tangan kirinya.

"Kamu boleh keluar. " Arahnya. Middy mengangguk faham.

"Baik tuan. "

Fail yang bertimbun diatas meja kerja dia perhati. Ada dua lagi fail yang memerlukan tanda tangannya dan kemudian dia boleh menarik nafas lega. Tapi kejap lagi nak masuk waktu tengah hari. Ada baiknya dia selesaikan segera fail-fail itu.

Meja kerja yang berselerak dengan fail-fail dia kemas sikit. Fail-fail yang sudah dia selesaikan dikemas dihujung meja dan dia kembali hanyut dalam dunia kerja.

Masuk waktu tengah hari, dia bersiap-siap untuk keluar makan. Fail-fail yang sudah selesai dia susun elok-elok. Kot dan tali leher tidak lupa dia kemaskan. Biar kemas di mata klien.

"Hah Middy, nanti ambil fail-fail yang dah selesai tu dalam bilik. " Arahnya bila melihat Middy. Pembantunya itu mengangguk faham.

"Tuan. "

"Ada apa? " Soalnya.

"Encik Razak tak jadi nak makan tengah hari dengan tuan. Dia ada kecemasan. Baru tadi dia call. Sekarang ni dia dalam perjalanan balik. "

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now