BAB 21

6.8K 241 10
                                    

 


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*



   "Ayah, dengar dulu apa yang Razzy nak cakap ni yah. Razzy tak salah! Razzy tak buat pun benda tak senonoh tu! Ayah?! Ayah! Ayah bukalah pintu ni yah! Ayah!!! "

     Encik Raihan terkejut. Pantas dia celikkan mata. Dikesat peluh yang sudah merenik di wajahnya. Di kerling isterinya di sebelah yang masih lena diulit mimpi.

     Sudah berbulan lamanya dia di hantui kejadian itu. Sering kali tidurnya terganggu dek mimpi yang selalu hadir tak kira dia tidur di waktu malam ataupun siang.

     Kejadian tiga bulan lepas kembali terngiang-ngiang. Fikirannya melayang jauh.

     "Raihan!! Raihan keluar kau! Kau tengok anak kau ni Raihan!! " Encik Raihan sekeluarga pantas berlalu keluar bila terdengar suara terpekik-pekik.

     Terbuntang mata mereka semua bila melihat Razzy berlumuran darah dengan kolar bajunya di cekak Malik. Milah pula di sebelah tok penghulu menangis-nangis.

     "Kau buat apa ni Malik? " Soal Encik Raihan kasar.

     "Buat apa? Kau tanya aku buat apa?! Sepatutnya kau tanyalah bekas banduan ni!! Tak cukup bekas banduan dia ambil, perogol pun dia nak kaut!! " Cemuh Malik. Di lepaskan kolar baju Razzy dan tubuh longlai itu di tendang.

     "Ni si Milah ni! Dia kena rogol oleh anak tak guna ni!! " Tuduh Malik. Di tentang pandangan Raihan dengan senyum sinisnya.

     "Kau ada bukti ke? " Soal Raihan.

     "Nak bukti apa lagi? Aku nampak dia ni nak rogol si Milah ni dekat kebun dia tu! Tak payah nak cari bukti lagi dah. Sekarang ni aku nak budak ni keluar dari kampung ni!! Tak serik-serik nak malukan kampung ni. " Encik Raihan memandang tajam anaknya.

     "Kau ingat eh! Kalau kau tak keluar dari kampung ni, siap kau! " Ugut Malik. Sempat di tendang perut Razzy sebelum berlalu.

     "Ayah..! "

     "Kau keluar dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi!! " Encik Raihan. Pintu rumah di tutup dan di kunci. Di biarkan anaknya merayu-rayu di luar.

     Menjelang pagi, suara dan kelibat anaknya sudah tidak kelihatan. Sejak itu nama Razzy di buang dari hidupnya. Dia malu bila orang kampung sibuk nak bergosip tentang anaknya itu.

     "Abang? Kenapa tak tidur lagi? " Encik Raihan tersentak. Pantas dia berpaling. Puan Rozyta tunak memandangnya.

     "Tak ada apa. Abang tak boleh tidur. " Balasnya.

     "Hm.. abang tidurlah. Awal lagi ni. " Gumam Puan Rozyta sebelum di buai mimpi kembali. Encik Raihan bungkam. Di kerling isterinya sebelum memeluk isterinya. Selepas beberapa minit memejam mata, akhirnya dia dibuai mimpi meskipun tidurnya tak lena.
   
  
  
 

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*



  
     Mata Irdina tajam memerhati Razzy yang baru turun dari tingkat atas. Di perhati lelaki itu dengan tajam sekali.

     "Apa? " Soalan Razzy seperti hendak mencari gaduh saja lagaknya. Sedari tadi dia perasan yang segala tindak tanduknya di perhati Irdina. Si bos baran tak tentu pasal. Tu pun baran dengan dia saja. Dengan orang lain elok pula bergelak ketawa.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now