✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Mama nak pergi mana dengan bekal ni? " Bekal di tangan mamanya di kerling buat seketika sebelum merenung mamanya yang sedang menuruni tangga rumah.
"Nak pergi sawah. Tadi pagi ayah kamu tak sarapan. Tu yang mama nak hantarkan bekal ni pada ayah. Kenapa? Razzy nak ikut ke? " Selipar di sarungkan pada kaki. Tudung yang di tiup angin Puan Rozyta betulkan sebelum mendongak memandang anaknya.
"Taklah. Razzy ingat nak duduk rumah aje. Ada yang di humban dalam sawah tu nanti bila Razzy ikut. " Balas Razzy yang berdiri di beranda rumah. Puan Rozyta tergelak kecil.
"Ada-ada aje kamu ni. Ayah kamu tu dah tak kuat nak main lempar-lempar ni. Dahlah. Mama pergi dulu. Assalamualaikum. " Sawah di belakang rumah seluas tujuh hektar di tuju.
"Waalaikumussalam. " Balas Razzy kecil. Kusyen kerusi kayu di ruang tamu di ambil sebelum di bawa ke beranda rumah.
Kusyen tersebut di lipat dua sebelum di alas pada kepalanya. Matanya perlahan-lahan tertutup selepas siling di renung. Angin sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi rasa mengantuknya di pagi itu.
Akibat malas hendak ke kebun, dia hanya duduk di rumah tanpa melakukan sebarang kegiatan. Nak pergi mana-manapun tak dapat kerana tak ada kenderaan di tambah lagi dirinya yang tidak mempunyai sahabat di kampung itu selain Nizam seorang. Semua anak muda di kampung itu menyisihkan dirinya kerana status dirinya itu yang bergelar bekas banduan.
Jangankan sahabat, abang-abang serta kakaknya turut menyisihkan dirinya. Hanya kakak sulungnya saja yang masih mampu menerima dirinya. Tika kakaknya belum berkahwin dua tahun lalu, dia sering di bela kakaknya Amani tika ayah atau abangnya menghina dirinya, memukul dirinya.
Penat dia cuba membela dirinya namun tiada seorang pun yang percaya padanya. Perkara yang berlaku dulu bukan atas kemahuannya. Tapi apakan daya. Walau sehabis daya manapun dia cuba bersuara, tetap tidak ada yang akan mempercayainya bila dia di sabitkan bersalah.
Dia tetap kalah dengan bukti kukuh yang membuktikan dirinya bersalah. Apa yang mampu dia lakukan sekarang ialah berdoa pada Tuhan minta di bukakan hati keluarganya serta orang kampung agar mampu menerima dirinya kembali.
Seksa rasanya bila melihat kegembiraan keluarga lain. Dia pun inginkan kasih sayang. Dia dahagakan kasih sayang dari ayahnya, abang-abangnya. Kakaknya.
Melihat abang-abangnya, kakak-kakaknya dapat menjejakkan kaki ke menara gading, dia pun inginkan benda yang sama. Dapat menjejakkan kaki di menara gading, dapat mengenggam segulung ijazah, mempunyai pekerjaan yang mampu membanggakan ibubapanya namun itu semua tinggal kenangan. Dia takkan mampu mencapainya.
Hidupnya terasa kosong bila orang tersayang perlahan-lahan menjauhkan diri darinya. Sahabat-sahabatnya yang ramai dulu turut menghilangkan diri. Mungkin malu mahu berkawan dengannya. Nasib baik ada mamanya yang selalu memberikan kata-kata semangat padanya. Selalu ada untuk menggembirakan hatinya. Sentiasa ada untuk merawat dukanya. Dia bersyukur kerana masih ada yang setia di sisinya.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*
"Assalamualaikum! " Laung satu suara di depan tangga. Matanya ralit memerhati di sekeliling rumah papan itu."Assalamualaikum! " Laungnya lagi. Kasut usang di kaki di buka sebelum mendaki tangga. Peliknya bila tiada seorang pun yang menjawab salamnya apa tah lagi mahu memunculkan diri. Pintu rumah tersebut berbuka tapi tak ada orang yang keluar tika dia memberi salam tadi.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...