✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*"Kesian.... " Ejek Razmy sambil tersenyum sinis pada adiknya. Razzy mendongak.
"Apa yang kesian? " Soalnya malas. Abangnya di jeling. Ada saja yang Razmy tak puas hati padanya. Rasanya Razmy dah layak di masukkan ke dalam kumpulan Pakcik Malik dan Makcik Dayang. Kumpulan Kaki Sibuk.
"Kaulah, kesian. Memang bekas banduan tak ada hidup ke? Kerja pun biasa aje. " Razmy bersuara sinis.
"Hidup? Ingat aku dah mati ke apa? " Jawab Razzy sekadar melayan abangnya biarpun dia faham benar maksud abangnya.
"Kau ni dahlah tak ada kerja, memalukan mak ayah! Bodoh pula tu! Bagus kau mati ajelah! Menyusahkan aje kau ni kalau hidup! " Razzy menjeling abangnya di atas tangga.
"Kau apahal? Datang sini nak cakap yang bukan-bukan? " Soal Razzy bengang.
"Aku tak cakap yang bukan-bukan tapi aku cakap kenyataan!! " Balas Razmy. Perkataan kenyataan di tekan. Senyum sinis terbentuk di bibirnya.
"Kau ni menyusahkan. Bagus kau mati. Aman hidup orang. Kalau kau hidup pun bukan dapat apa. Dahlah bekas banduan. Merempat dekat sini pula! Kau dah malukan mama dengan ayah!! kau tahu tak?? " Hambur Razmy. Pandangan adiknya di tentang. Penghadang tangga di genggam kuat.
"Apa yang bising-bising ni Raz, Razzy? " Sampuk Puan Rozyta di pintu dapur. Kerja menyapu daun pokok di belakang rumah di tinggalkan bila terdengar suara orang seperti bergaduh di dalam rumah.
"Dia nilah mama. Kurang ajar! Tak reti nak hormat abang dia. " Fitnah Razmy. Mata Puan Rozyta tajam menikam Razzy di meja makan.
"Razzy buat apa pula kali ni? " Soal Puan Rozyta kasar.
"Buat apa pula ma? Razzy tak buat apapun. Dia yang datang lepastu tanya benda tak penting. Nak salahkan Razzy pula. " Bela Razzy. Nyata dia tidak berpuas hati bila di tuduh tanpa usul periksa dulu.
"Dia tipu tu mama. Baru aje dia kata tadi yang Razmy ni bawa sial. Dia tak suka Razmy dekat sini. " Sekali lagi Razmy menipu mamanya. Dalam diam, senyum sinis terbentuk.
"Bila masa pu! "
"Jangan nak tipu mama Razzy! Mama tak pernah ajar Razzy jadi kurang ajar! Mama tak sangka Razzy macam ni! " Razzy di meja makan terkedu. Abangnya di jeling tajam sebelum berlalu ke pintu dapur.
"Nak pergi mana pula tu? Dah pandai kurang ajar dah? " Langkah Razzy terhenti.
"Mama ni nak apa? Sebab benda ni saja nak marah. " Balas Razzy.
"Memanglah mama marah sebab Razzy kurang ajar. Razmy tu abang kamu. Hormat sikit. " Balas Puan Rozyta dengan nada keras.
"Bila masa Razzy kurang ajar? Dia yang cakap buruk pasal Razzy lepas tu dia fitnah Razzy! "
"Kurang ajar kau kan?! " Marah Razmy. Lantas di cekak kolar baju Razzy sebelum sebiji penumbuk di layangkan pada Razzy.
Rafie di balik pintu biliknya bergegas menghampiri mereka. Pergaduhan itu di leraikan. Dia dengar semuanya. Dia tahu yang Razmy menipu. Dia tahu Razzy tak bersalah.
"Mama jangan berat sebelah. Apa yang Razmy cakap tu semua tipu. Abang dengar semua apa yang dia cakap. Memang dia yang kacau Razzy dulu. " Ujarnya. Puan Rozyta tersentak. Pantas di menoleh pada Razzy namun anak bongsunya itu sudah berlalu keluar.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...