BAB 49

6.1K 213 5
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

Selipar pantas di sarung sebelum Irdina menghampiri suaminya. Sudah seminggu kes kilang milik suaminya terbakar tapi masih belum ada perkembangan dari pihak polis. Razzy pula lebih banyak termenung.

Sudah puas dia menasihati suaminya agar tidak terlalu memikirkan masalah itu tapi Razzy tak ambil peduli pun dengan apa yang dia katakan.

Puan Rozyta juga sudah puas menasihati anaknya namun tetap begitu. Makan tak lalu. Tidur pun sejam dua jam saja. Selebihnya lebih kepada termenung dan sibuk dengan masalah kilang itu.

"Abang? Kenapa duduk dekat sini? Nanti sakit. Jom naik, makan pun tak lagi. Jom. " Ujar Irdina. Razzy menggeleng kecil sebelum merenung kegelapan malam.

"Janganlah macam ni. Ird tak senang hati tengok abang. Mama pun risau tengok abang tak makan, rehat tak cukup. Kan abang Tomoi dah cakap awal-awal, biar pihak polis yang uruskan hal tu. Abang janganlah risau. Abang tak kesian ke dengan mama? Mama tu susah hati tengok abang macam ni. Penat aje mama masak makanan kegemaran abang tu tapi abang tak makan. " Pujuk Irdina panjang lebar. Bahu Razzy di usap lembut.

"Kita makan ya? Ird suap. " Pujuknya.

Razzy merenung Irdina sekilas sebelum mengangguk kecil. Langkah Irdina di ekori bila tangannya di paut ketat Irdina.

Puan Rozyta yang baru saja ingin ke dapur terhenti di anak tangga pertama itu. Anak dan menantunya di pandang dari atas. Lega hatinya bila anak bongsunya sudah mula menjamah makanan. Beberapa hari ini hatinya tak tenteram kerana melihat akan anak bongsunya itu yang tak lalu makan akibat masalah kilangnya itu.

Siapa juga yang tidak susah hati bila kejadian seperti itu berlaku. Penat lelahnya selama ini seperti tidak berbaloi. Yang lebih kasihan ialah penduduk kampung yang bekerja dan bergantung harap sepenuhnya pada kilang itu. Mereka hilang punca pencarian rezeki.

Usai makan, Irdina pantas menarik tangan suaminya ke dalam bilik. Si kembar yang berada di ruang tamu seakan faham mama serta papa perlukan ruang berdua. Mereka memandang sekilas papa dan mama sebelum menyambung menonton tv.

"Abang tidur ya. Ird tahu abang letih tapi abang tahan. Tidur ya. Ird tak nak abang jatuh sakit. Ird tahu suami Ird ni kuat. " Bisik Irdina perlahan di sisi Razzy. Razzy yang baring sambil memandangnya di berikan senyum ikhlas. Berharap suaminya sedikit tenang. Tangan kanannya ralit mengusap rambut milik Razzy.

Zikir di alun lembut dan kecil di tepi Razzy berkali-kali berharap suaminya terlelap dan tidak berapa lama, Razzy sudah berlabuh ke alam mimpi. Tangannya yang di genggam Razzy di kerling sebelum di balas erat.

"Ird... " Pintu bilik di tolak perlahan dari luar. Irdina menoleh. Senyuman kecil menghiasi bibirnya tatkala dia dan ibu mertuanya berpandangan. Risau sangat mama akan anak bongsunya itu. Dia tahu dan dia nampak kelakuan Puan Rozyta biarpun wanita itu cuba menyembunyikan riak kerisauannya.

"Masuklah ma... " Pelawanya dengan suara perlahan. Tidak mahu mengganggu tidur lena si suami yang baru saja berlabuh.

Puan Rozyta melangkah masuk sebelum duduk di birai katil. Anaknya di pandang redup. Riak risaunya tetap tidak mampu di usir dari lubuk hatinya. Selagi anaknya begitu selagi itulah dia tidak tenang. Manakan nak tenang hatinya jika anak yang selama ini terlihat kuat di depannya kini seolah-olah tidak bernyawa. Tidak bersinar hidupnya sejak kes kilang terbakar itu.

"Mama jangan risau okey? Abang kuat nak hadapi semua ni. Mama jangan risau. " Pujuk Irdina. Faham akan perasaan Puan Rozyta.

"Siapa yang tak risau Ird.. mama ni susah hati tengok dia macam ni. Makan tak lalu. Semua benda tak kena. Mama risau. " Balas Puan Rozyta. Irdina membalas dengan senyum kecil.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now