BAB 14

6K 202 9
                                    

    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*




"Macam ni doktor Ana, hasil dari pemeriksaan kami, terdapat sedikit retakkan pada tulang belakang Razzy akibat di pukul menggunakan objek tumpul dan keras. Apa yang doktor cakap memang betul. Tulang rusuknya juga ada yang patah. Sebelah kiri, dua tulang rusuk patah manakala sebelah kanan, dua patah dan satu retak. " Aylana mengangguk faham. Dalam diam rasa menyampah dengan doktor di depannya itu. Ketara sangat yang doktor itu tidak percaya dengan kenyataan yang baru saja dia kata sebentar tadi semasa mereka mendaftarkan Razzy untuk di beri rawatan. Sudah dia kata yang terdapat tulang rusuk Razzy yang patah namun reaksi doktor itu seolah-olah dia itu langsung tidak layak memegang title doktor. APAKAH????

     "Saya nak nasihatkan agar keluarga doktor dapat mengawal kegiatan harian Razzy. Jangan bagi dia bergerak banyak. Jangan bagi angkat benda berat. Takut memberi kesan pada tulang belakangnya. Selalu perhatikan dia, takut nanti dia terjatuh ke? Tergelincir ke? Nanti memberi kesan pada tulang belakangnya. " Pesan doktor itu tanpa berkelip memandang Aylana di depannya. Dah di kata, kalau berkelip, jadi dosa mata. Jadi dia cuba tak berkelip memandang wajah cantik di depannya ini.

     "Teruk sangat ke belakang dia tu? " Soal Aylana. Makin dia menyampah dengan doktor itu. Pandang orang tak lepas. Sudahnya pesanan tu panjang berjela. Tahulah dia nak jaga adik iparnya itu. Aduh!

     "Tak teruk sangat tapi akan jadi teruk sekiranya perhatian dan penjagaan rapi tidak di berikan pada Razzy. " Balas doktor itu sambil tergelak. Dia tergelak kerana matanya berkelip dan pintu bilik kerjanya di terjah masuk seseorang. Mental! Getus hati Aylana.

Di pandang lelaki itu atas bawah.

     "Dah? " Soal Rafie. Sempat di kerling doktor yang merawat adiknya sebentar tadi.

     "Kenapa? " Soal Aylana.

     "Adik, dia nak balik. Tak tahan katanya. "

     "Eh! tak boleh balik lagi. Kan saya dah kata tadi. Dia terpaksa di tahan. Keadaan dia tu masih lemah lagi. " Potong doktor itu. Bingkas dia berdiri dan berlalu ke wad Razzy di ikuti Rafie dan Aylana.

     "Eh! Eh! Nak pergi mana ni? " Tegah doktor itu bila Razzy cuba turun dari katil. Bahu Razzy di pegang.

     "Nak balik. " Balas Razzy. Pendek dan dingin. Dah kata dia tak nak pergi hospital, boleh pula mereka semua angkutnya masuk ke dalam kereta. Nasib badan bila seorang pun tak ada yang nak back upnya. Semua sebulat suara nak dia menerima rawatan di hospital dan yang paling kejamnya, mereka bagi dia ubat tidur. Sedar-sedar dah berada di atas katil hospital.

      Zzzzz!!!

     "Tak boleh lagi. Air tu pun belum habis lagi. " Di tunjuk plastik cecair yang tersangkut di tepi katil hospital.

     Wajah Razzy berubah kelat. Tangan di bahunya di tolak jatuh. Wajahnya di palingkan.

     "Amboi!! Sombongnya!! " Getus hati doktor itu. Wajahnya cuba di maniskan.

     "Tak apalah doktor. Beri dia keizinan keluar awal. Nanti saya tengok-tengokkan dekat rumah. " Putus Aylana setelah melihat wajah pucat adik iparnya kian keruh. Sedikitpun tidak mengalihkan pandangan. Matanya tajam memandang pintu tandas. Ni konfem merajuk sebab kes ubat tidur tu. Habislah mereka satu rumah kalau si mata sepet ni marah.

     "Tapi! "

     "Kau tak dengar ke dia cakap apa? " Suara Rafie timbul. Di pandang geram doktor tersebut. Dia sedar pandangan doktor itu pada isterinya tadi. Bukannya dia buta tak mampu nak membezakan pandangan doktor itu. Dia lelaki. Dia tahu dan faham maksud pandangan itu.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now