BAB 47

7.2K 213 3
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*







           Bunyi loceng kedengaran bergema di setiap pelosok vila milik Razzy. Irdina yang sibuk memasak di dapur mulai berasa pelik. Orang luar mana pula yang datang siap tekan loceng lagi ni? Selalunya kalau keluarga mereka, loceng tu tak payah nak tekan. Terus buka pintu dan masuk. Dia pun dah biasa dah. Buat apa rasa pelik, keluarga sendiri kan.

Kalau orang luar mana boleh masuk sampai ke dalam kawasan tanpa kebenaran dari mereka dan pengawal yang berjaga di depan.

     Pantas dia menuju pintu. Skrin kecil di tepi pintu di renung. Tak ada orang pun. Hati Irdina mulai gusar. Dia tak berani nak buka pintu di sebabkan hanya dia seorang saja yang ada di vila itu sekarang. Razzy kerja. Si kembar pula di hantar ke rumah seorang ustaz untuk belajar agama.

     Sekali lagi loceng rumah berbunyi. Makin berdebar Irdina rasa. Pantas payung di tepi almari kasut di capai. Pintu di buka perlahan dan tanpa sebarang bunyi dia memanjangkan leher ke luar rumah.

     "Hah!!! " Satu suara mengejutkan dirinya dan tindakan spontannya dengan kuat melibas payung di tangan ke arah pemilik suara tadi.

     "Aduh!!! " Suara itu mengadu bila dia tidak sempat mengelak. Hidung di tekup bila darah keluar tidak sabar. Terduduk dia di situ menahan rasa sakit yang bukan kepalang. Air mata pun terasa hendak merembes keluar. Hidungnya terasa mahu patah.

     "Angah!! " Jerit Irdina terkejut bila menyedari pemilik suara yang mengejutkannya tadi. Makin panik dia bila melihat darah mengalir di sebalik tangan Khairul Amriel yang menekup hidungnya sendiri.

     Khairul Amriel hanya mampu berdiam diri sambil cuba menahan sakit yang masih berbisa.

     Irdina berlari masuk ke dalam untuk mengambil tuala kecil. Bila di temui, pantas dia membasahkan tuala itu sebelum berlalu ke luar.

     Tangan abangnya di alihkan. Tuala di tekap pada hidung Khairul Amriel. Kepala abangnya di dongakkan ke atas untuk menghentikan darah yang masih mengalir.

    "Sorry.... " Pintanya kesal. Menyesal akibat perbuatannya itu. Darah yang dah berkurang dari mengalir di kesat perlahan.

     "It's okey... salah angah. Angah yang gatal nak kejutkan adik. " Balas Khairul Amriel kecil. Tuala di capai dari tangan adiknya sebelum bangkit.

     "Angah ada hal dengan Razzy ke? " Soal Irdina tika mereka sudah melabuhkan punggung di salah sebuah sofa yang ada di ruang tamu.

     "Tak adalah. Angah bosan. Baru balik dari site. Ambik cuti terus. Kak ngah kan pergi kursus. Bosanlah angah. " Jelas Khairul Amriel. Sedikit kesal dan tak puas hati bila dia di tinggalkan untuk seminggu lebih oleh isterinya. Dengan anak mereka sekali di angkut. Tinggallah dia keseorangan. Tidur berbantal pelukkan bantal bulat serupa timun. Bantal peluk milik isterinya.

     Dia nak ikut tapi abah tak benarkan. Dia ada mensyuarat penting dengan klien mereka dari luar negara jadi dia tak boleh nak ambil cuti biarpun dia pengurus besar dekat syarikatnya itu.

     Irdina tergelak kecil. Kesian tengok muka monyok abangnya itu. Baru kena tinggal sekejap, muka dah serupa mayat hidup. Tak ada life terus jadinya.

    "Sekejap ajelah tu. Angah sabarlah. " Pujuk Irdina. Dia faham perasaan abangnya. Sakit rindu yang di tanggung bukannya mudah untuk di ubati apalagi bila ubat penyembuh tak ada di sisi.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now