BAB 16

6.1K 248 14
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*


   "Kenapa ni? " Soal Puan Hamidah.

     "Abang Nass. Dia kacau Aina. " Adu Naina.

     "Owh... dah sembuh mulalah nak jadi nakal eh? " Nasser tersengih. Dengan tongkat berkaki empat, dia menghampiri ibunya.

     "Penat? " Soal Puan Hamidah. Peluh di dahi Nasser di lap. Nasser mengangguk.

     "Siapa suruh degil nak ikut ibu jalan. " Perli Puan Hamidah tapi tetap tersenyum. Dalam hati mengucap syukur melihat perubahan anaknya. Sudah mampu berjalan walaupun di bantu tongkat berkaki empat tersebut. Sejak Nasser sudah boleh berdiri dan melangkah, anaknya itu rajin bertatih walau di dalam rumah. Nak mandi pun dia sendiri nak jalan tanpa di papah mereka. Kuat semangat anaknya nak sembuh dari lumpuh. Alhamdulillah.

     "Naira dengan Naiza mana? " Soal Puan Hamidah pada Naina. Kelibat dua lagi anaknya tidak kelihatan. Entah ke mana perginya.

     "Atas. " Balas Nasser sepatah biarpun ada ketarnya. Puan Rozyta, Puan Suria dan Puan Rihanna terkejut. Riak teruja jelas terpancar di wajah mereka.

     "Wah!! Dah pandai bercakap dah. " Ujar Puan Suria gembira. Di gosok rambut Nasser hingga kusut.

    "Mak Su.... ki-kitaa bu-bukan kecik lagi. " Marah Nasser. Puan Suria tidak ambil peduli. Dia tetap ketawa dengan kesihatan Nasser yang semakin pulih itu.

     "Hah, lepas ni bila dah sembuh ikut Mak Su. " Ujarnya.

     "Pe-pegi mana? " Soal Nasser pelik.

     "Kita rempit. Naik skuter. Nak? " Sakat Puan Suria sebelum ketawa. Nasser juga ikut ketawa hingga merah mukanya.

     "Amboi!! Dah boleh gelak dah. " Sampuk Tuan Hasbullah. Tubuh kurus Nasser di peluk seraya mencium dahi Nasser. Doa kesembuhan sempat di baca.

     "Memanglah. Anak ibu kan? " Sampuk pula Naira. Nasser mencebik. Di tolak badan adiknya yang memeluk erat tubuhnya.

     "Tak pa-payah pe-luk. "

     "Eh. Kedekutnya. " Gerutu Naira. Di peluk pula ibunya.

     "Bila lagi dia boleh gerak ni? " Soal Tuan Hasbullah.

    "Dah nak dekat tiga bulan dah. " Balas Puan Hamidah. Di urut-urut lengan anaknya seperti yang di ajarkan Pak Lak tika dia membawa anaknya itu berurut di rumah lelaki tua itu.

     "Syukur. Lepas ni buat apa Nasser? " Tuan Hasbullah menyoal. Dia pun gembira dengan perkembangan anak buahnya itu. Kalau dulu, semasa dia melawat anak buahnya ini di hospital. Hanya mata saja yang mampu bergerak-gerak.

     "Ta-tak ada pa. " Balas Nasser.

     "Lah... lupa ke Mak Su kata apa tadi? Nanti pakciknya jangan lupa belikan Nasser motor. Kami nak merempit. " Sakat Puan Suria lagi. Nasser menggeleng kepala seraya tersengih. Dah lama tak rasa gembira macam ni.

     "Boleh. Boleh. Nanti pakcik tunggu dekat depan dengan lampu kelip-kelip. Boleh? " Tuan Hasbullah pula ikut menyakat. Terhambur tawa mereka semua.

     "Hm... Zy, baru muncul? " Perli Puan Suria. Razzy tersengih sambil langkah perlahannya menuju abang sepupunya. Nasser berdiri. Mereka berpelukan. Setelah beberapa saat, barulah pelukan mereka terlerai.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now