BAB 29

6.6K 245 2
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*


"Maaf Encik Razzy. Terpaksa susahkan Encik Razzy masa cuti ni pula. Kalau bukan disebabkan orang tua tu berdegil, masalah macam ni takkan muncul. Semua penduduk kampung tu dah sepakat nak naik taraf surau tu tapi orang tua tu yang degil. Kononnya duit yang digunakan untuk naik taraf tu duit haram. Tu yang buat hati saya panas Encik Razzy.

Kalau diikutkan hati saya ni, dah lama orang tua tu makan penumbuk. Ketua kampung pun tak bising. Dia pula yang tak ada jawatan apa-apa terhegeh-hegeh tak setuju dengan projek ni. Untuk kebaikan diaorang juga kan? " Razzy disebelah hanya diam memasang telinga. Bukan main lagi stafnya itu membebel mengenai masalah yang berlaku disalah sebuah kampung.

Hatinya kian tak keruan bila jalan yang mereka lalui sangat dia kenali. Kalau bukan disebabkan masalah ini, dia takan jejakkan kaki dekat kawasan ni lagi. Disebabkan dia tidak mahu di cop sebagai ketua yang pemalas, yang tidak ambil peduli, dia gagahkan juga mahu melangkah dikampung halamannya itu semula.

Sudahlah hari ini hari jumaat, dia memang berancang mahu bercuti pada hari ini kerana mahu berehat tapi keadaan tak mengizinkan. Khidmatnya sebagai ketua projek amat diperlukan. Pasti ramai penduduk kampung berada disurau untuk menunaikan solat jumaat. Hatinya berdegup kuat tapi cuba di redakan. Nanti tak pasal-pasal ada yang mendapat sakit jantung akibat degupan jantung terlalu kuat.

"Encik Razzy okey ke? Senyap aje dari tadi? Kalau Encik Razzy tak selesa, encik tunggu aje dalam kereta dulu. Nanti apa-apa hal saya sampaikan pada encik. "

"Tak payah susah-susah Ahmad. Kita selesaikan masalah ni cepat-cepat. Cepat siap, cepatlah projek ni berjalan. Kau fahamkan aje pakcik tu. Biasalah orang tua, lagi-lagi yang dah biasa duduk dekat persekitaran macam ni. Pembangunan tu memang susah sikit diaorang nak terima. Dah terbiasakan hidup dengan cara diaorang sendiri. Tu sebab kita perlu kuatkan mental bila berdepan dengan orang yang lagi tua dari kita. Persiapan diri tu penting. "

"Betul juga tu Encik Razzy. " Balas Ahmad sambil mengawal stereng kereta. Kereta diperlahankan didepan surau yang telah siap sebahagiannya. Disiapkan dahulu sebahagian untuk kemudahan penduduk.

Mata Razzy ralit memerhati kawasan surau itu yang masih lengang tanpa seorang pun penduduk kampung memandangkan waktu masih awal. Kaki dibawa melangkah masuk ke dalam surau.

"Encik Razzy. " Seru Ahmad didepan pintu surau. Razzy menoleh.

"Lepas solat jumaat, baru ketua kampung bawa bincang. Encik Razzy okey ke? "

"Okey. " Ahmad mengangguk sebelum berlalu pergi. Kedai tidak jauh dari surau dituju. Perut yang kosong minta diisi. Ditinggalkan bos mudanya itu keseorangan disurau itu. Pekerja-pekerja yang membina surau tersebut diberi cuti beberapa hari bagi mengurangkan masalah timbul. Mereka tidak mahu lagi perkara yang sama berulang kembali dimana pakcik tua itu sebelum ini pernah menyerang pekerja-pekerja yang sedang melakukan kerja mereka. Nasib baik tidak ada sebarang kecederaan yang berlaku.

"Assalamualaikum Ahmad. Awal sampai. " Sapa Encik Rashgan dengan siap memakai baju melayu dan berkain pelikat. Songkok juga terletak elok dikepala. Dia serta beberapa penduduk duduk bersembang sementara menunggu waktu tengah hari. Pak Imam juga turut ada sekali.

Ahmad tersengih seraya menghulur tangan menyalam orang-orang yang lebih berumur darinya.

"Waalaikumsalam. Saja datang awal. Solat jumaat sekali dekat sini. " Balasnya.

"Alhamdulillah. " Ujar Pak Imam. Rasa terharu dengan semangat anak muda depannya itu.

"Jadi, bos kamu ada ikut sekali ke? Tadi tak nampak sangat. Cermin kereta kamu tu hitam. " Seloroh Pak Imam diikuti gelak mereka bila Encik Mahmud membalas.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now