BAB 25

7.4K 225 3
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*

Amriel yang sedang berehat di ruang tamu mengerling Razzy dengan senyum mengejeknya. Lucu bila teringat perihal Razzy sakit kerana di ganggu makhluk halus.

     Perutnya senak akibat ketawa bila abah berkongsi cerita itu seminggu lalu. Tak sangka yang Razzy boleh di ganggu makhluk halus. Nasib baiklah dia tak ada masa Razzy tu sakit, kalau ada dah lama ketawanya bergema di rumah itu.

     "Tak puas lagi ke? " Perli Razzy. Geram dengan Amriel yang tak sudah-sudah gelakkan dirinya. Punggung di labuhkan pada sofa kosong.

     "Tak adalah. Cuma aku tak tahan bila tengok muka kau. Mesti aku teringat cerita abah bila tengok muka kau. " Ujar Amriel dalam gelaknya.

     Razzy menggeleng malas. Penat nak layan abang iparnya itu. Buat sakit hati aje bila di layan.

     "Kau tak kerja ke? " Soalnya pada Amriel. Selalunya abang iparnya itu takkan lekat di rumah bila Ainien sibuk dekat sekolah.

     "Tak. " Balas Amriel sepatah. Di mainkan telefonnya. Amriel tersenyum dengan gelagat isterinya yang bergambar dengan murid-murid tahun satu. Banyak gambar yang Ain kongsikan di Instagram sepanjang kegiatan kokurikulum berlangsung hari itu.

     "Senyum kenapa? " Soal Razzy ingin tahu. Amriel mendongak lalu tersengih.

     "Tak ada apa. Ain ni, dia post gambar dekat Insta. Comel budak-budak ni. " Ujarnya dengan mata memandang skrin telefon semula.

     "Hm... Zy, keluar jom. " Ajak Amriel.

     "Pergi mana? "

     "Taman. Dah lama badan tak berpeluh. " Setelah beberapa saat berfikir, Razzy mengangguk setuju.

     "Petang sikit kita gerak. Nanti aku call yang lain. " Ujar Amriel.

     Petangnya mereka menuju taman tempat mereka selalu melakukan aktiviti parkour bersama Irdina dan Ain yang juga tidak mahu ketinggalan. Sahabat-sahabat Amriel sudah menunggu di taman seperti yang mereka janjikan.

     "Eh-eh mamat ni, poyo aje lebih. " Perli Irdina tidak puas hati sambil matanya tajam memerhati Amriel yang beraksi. Ain yang duduk di sebelahnya hanya tersenyum kecil.

     "Laki kau mana Ird? " Soal Ain setelah beberapa minit. Tadi suami adik iparnya itu ada di sebelah Irdina, sekarang tak ada pula. Irdina mengerling di sebelahnya, keningnya berkerut bila suaminya tak ada. Mata pantas menjalar ke sekitar kawasan berdekatan mereka mencari kelibat Razzy.

     "Tu... Jogging. " Ujar Irdina. Bibir di juihkan ke arah depan. Kelibat Razzy kelihatan sedang berjogging seorang diri.

     "Dah macam budak-budak pula dia ni. Hilang tiba-tiba. " Rungut Irdina. Ain tergelak kecil di sebelah. Botol mineral di hulur pada Amriel yang melabuhkan punggung di sebelahnya.

     "Biasalah tu. Dah kau tak layan dia. Dia hilanglah. " Ujar Ain. Irdina mencebik. Nak layan apa. Buat menyampah aje. Tangan Razzy tu tak reti nak diam sejak mereka sampai di sini tadi. Di tepis, di cubit tangan yang tak reti diam tu pun tetap sama sampailah dia buat-buat tak layan. Barulah Razzy diamkan diri.

     "Razzy mana? " Soal Amriel. Peluh di dahi selamba di kesat dengan hujung tudung Ain.

     "Eh apa ni?!! " Marah Ain. Tak senonoh betul perangai suaminya itu. Bahu Amriel yang tersengih-sengih di tampar kasar.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now