BAB 8

5.7K 237 4
                                    

    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*



"Kau ada masalah ke apa ni? " Soal Rafiq.

     "Razzy belum bersedia nak pikul tanggungjawab yang lebih besar. Lagipun Razzy tak suka dia. " Gumam Razzy. Kakinya di renung. Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba dia di kejutkan dengan berita seperti itu.

     "Sebab tu ayah beri masa dekat Razzy. Razzy kenal-kenallah dengan Ikah. Cuba buka hati tu. " Pujuk Puan Rozyta. Hanya itu jalan yang mampu mereka lakukan. Semalam, suaminya bercadang nak nikahkan terus mereka berdua tapi dia menegah. Budak berdua itu tak kenal isi hati masing-masing lagi. Kalau mereka tak ada persefahaman dalam rumah tangga lalu bercerai-berai, bukankah itu salah mereka sebagai ibubapa kerana gagal mendidik anak-anak mereka.

     Lagipun kalau di nikahkan terus, bukankah bakal menimbulkan tanda tanya pada orang kampung. Kenapa terus di nikahkan kalau tak ada apa yang terjadi.

     "Susahlah mama. " Rungut Razzy. Dia sebetulnya tiada hati pada Shafikah. Kenapa perlu di paksa dirinya untuk menerima Shafikah.

     "Razzy cuba. Mama tahu anak mama ni boleh. " Pujuk Puan Rozyta. Bahu anaknya di usap-usap. Razzy mengangguk lemah.

     "Belakang tu dah ubat belum? " Soal Puan Rozyta bila teringat bekas luka di belakang Razzy akibat di rotan suaminya petang semalam.

     "Macam mana nak sapu ubat mama? " Soal pula Razzy di sambut sengihan Puan Rozyta. Faham maksud anaknya. Mana mungkin tangan Razzy sampai nak menyapu ubat di belakangnya.

     Rafie dan Alyah sedari tadi hanya menonton adegan di depan mata mereka. Mereka sedar, biarpun Razzy begitu mamanya tak pernah di sisihkan Razzy. Dia tetap melayan anaknya itu biarpun kadang kala perhatian lebih tertumpu pada Razzy tapi mereka hanya diam. Mungkin Razzy anak bongsu kerana itulah perhatian lebih terarah pada Razzy.

     "Ubat? Kenapa nak sapu ubat? " Soal Rafiq. Kejadian petang semalam di sembunyikan dari pengetahuan mereka bertiga. Dia tak ada di rumah kerana pergi keluar berjalan dengan sahabatnya. Manakala Rafie dan Alyah kerja.

     Puan Rozyta tersenyum hambar sebelum mengikut langkah anaknya masuk ke dalam bilik. Rafiq yang tidak berpuas hati pantas mengikuti langkah mamanya serta adiknya. Dia tergamam bila melihat belakang adiknya berbirat. Pantas di kerling mamanya meminta jawapan.

     "Sebab tu ayah nak adik kamu kahwin cepat-cepat dengan Ikah. Mat nampak Ikah berduaan dengan adik dekat kebun petang semalam. " Ujar Puan Rozyta sambil menyapu ubat pada bekas luka anaknya.

     "Habis tu bekas luka ni? " Soal Rafiq lagi. Takkan Mat memukul adiknya pula. Kalau di pukul, mesti dah heboh satu kampung tapi ini senyap aje.

     "Ayah. " Balas Puan Rozyta buatkan Rafiq keluh untuk bersuara lagi. Adiknya yang baring meniarap di kerling. Perasaan kasihan hadir menjengah hatinya. Dia sebenarnya tak tahu apa perasaan yang sebenar pada adiknya. Tak tahu sama ada dia benci ke apa dan dia pun tak tahu kenapa hatinya sukar memaafkan adiknya.

     "Keluarga pakcik Rashgan macam mana ma? Dia orang okey ke? " Soal Rafiq lagi.

     "Mereka okey. Ayah dah jumpa pakcik kamu. Ayah beritahu hal ni. Pakcik kamu okey aje. Mereka lagi suka. Lagipun pakcik kamu tu teringin nak berbesan dengan kita dari dulu lagi. " Ujar Puan Rozyta. Rafiq mengangguk sambil merenung bekas luka adiknya.

     Dia tersedar dari lamunannya bila adiknya meringis kesakitan. Laju matanya merenung bekas luka di belakang Razzy. Tangan Puan Rozyta terhenti dari menyapu ubat.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now