BAB 38

6.1K 213 2
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*



"Sayang..... " Irdina tersentak dari menungannya. Dia menoleh ke sisinya. Sempat di kerling jam di dinding yang menunjukkan waktu jam tiga pagi.

"Ya? " Sahutnya. Razzy yang mahu bangkit di tolak untuk baring semula.

"Abang nak apa? " Soalnya. Setelah puas berfikir sejak beberapa jam tadi, dia memilih untuk berdiam diri. Mungkin ada jalan penyelesaian yang lebih baik yang mampu dia temui nanti dan dia juga tidak pernah lupa untuk berdoa moga suaminya bisa berubah.

"Air. " Sepatah Razzy menjawab. Gelas kosong di meja tepi katil di kerling perlahan.

"Minum perlahan. " Ujar Irdina sambil membantu suaminya minum. Tepi bibir suaminya di kesat usai Razzy menghabiskan segelas air kosong.

"Abang rehat. Awal lagi ni. " Ujarnya lagi.

"Sorry... " Bisik Razzy. Irdina yang menyandar di sebelahnya di renung.

"For what? " Soal Irdina. Pandangan suaminya cuba di abaikan.

"Sebab susahkan sayang. Sayang baringlah. Abang tahu sayang penat. " Ujar Razzy kecil. Irdina di tarik untuk baring. Selimut di tarik menyelimuti mereka berdua. Perut isterinya yang dah mula membukit di usap di balik selimut.

"Sayang.... " Panggilnya. Irdina di dalam pelukannya di pandang redup.

"Dah fikir nama nak bagi dekat baby? " Irdina tergelak kecil. Empat bulan pun belum cecah lagi ni dah siap pilih nama anak.

"Abang nak letak apa? " Soalnya.

"Abang tak kisah yang penting huruf pertama bermula huruf R atau I. " Balas Razzy.

"Nak juga ada kaitan dengan nama kita ke? " Soal Irdina bernada perlian.

"Mestilah. Macam sayang. Huruf pertama nama abah ada, huruf pertama nama ummi ada. Abang pun macam tu juga. " Ujar Razzy siap dengan penjelasannya lagi.

"Okey. Ird ikut apa saja yang abang nak buat yang penting ada kebaikannya. " Akur Irdina. Nanti merajuk pula suaminya itu bila kehendaknya tidak di turuti.

"Abang nak letak nama apa? " Soal Irdina bila suaminya leka mendiamkan diri.

"Abang sebenarnya tak fikir lagi nak letak nama apa. " Balas Razzy setelah beberapa saat berdiam diri. Sengihan dipamerkan pada Irdina yang memandang tajam ke arahnya.

"Nanti abang fikirlah. Kalau sayang nak bagi pun abang tak kisah. Cakap aje nak letak nama apa. Yang penting R dan I. "

"Yalah. Abang tidurlah. Pergi mana sampai letih sangat ni? " Soal Irdina.

"Abang jumpa klien. Sibuk sangat sampai lupa nak makan. " Bibir di gigit bila dia terlepas cakap.

"Apa? " Soal Irdina tidak percaya. Perut Razzy di pulas.

"Arghh.... sakit sayang!! Abang tak sengajalah. " Rungut Razzy. Perut yang terasa pedih di usap kasar.

"Tahu sakit! Habis tu kenapa tak makan? Penting sangat ke klien tu dari diri abang? Kerja, kerja juga tapi kesihatan diri tu penting! " Marah Irdina dengan nada tidak puas hati. Terselit rasa geram bila suaminya memberi alasan seperti itu padahal sibuk berfoya dengan perempuan lain di luar sana.

Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]Where stories live. Discover now