✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*
Mike dan tiga anak buahnya hanya mampu mendengar bebelan sahabat tuan mereka yang tak habis-habis sejak tadi. Mereka cuba bersabar biarpun rasa nak meletup di sebabkan tuan yang sesuka hati larikan diri dari hospital selepas beberapa jam sedar. Dan wad itu riuh dengan suara Alfie yang sedari tadi membebel. Geram dengan Razzy.
"Apakah bangangnya dia ni?! "
Serentak seisi wad berdehem. Alfie tersengih serba salah. Tajam mata mereka merenung Alfie yang sesuka hati mengutuk Razzy depan-depan mereka.
"Yang kau orang tercegat dekat sini buat apa? Pergilah jejak bos kau orang tu! " Kelam kabut Mike dan anak buahnya keluar tergesa-gesa dari wad itu bila suara abang sulung Tuan Razzy kedengaran. Suara dia pun mereka dah takut inikan pula muka ketatnya. Tak sanggup nak pandang.
"Haih.... dia ni! Buat orang sakit kepala aje! " Rungut Alfie lagi sambil berfikir di mana Razzy akan pergi. Seketika kemudian, dia mendongak. Dah ingat.
"Jom pergi vila dia. " Ujarnya sebelum berlalu. Hanya tempat itu saja yang dia dapat fikirkan. Razzy tak ada dekat kondonya. Hanya vila itu saja rumah Razzy di Malaysia. Yang lain menurut. Langkah Alfie di ekori keluar dari kawasan hospital tersebut menuju vila milik Razzy. Mereka berharap yang Razzy ada di sana.
Risau mereka. Bayangkanlah, baru sedar, dah lari. Doktor pun tak sempat nak periksa lebih lanjut. Teruk sangat anti dia pada hospital dan yang berkaitan dengan hospital sampai sanggup melarikan diri. Haraplah Razzy tak apa-apa.
✧══════•❁❀❁•══════✧
𝔉𝔦𝔯𝔰𝔱 𝔄𝔫𝔡 𝔏𝔞𝔰𝔱
✧══════•❁❀❁•══════✧
*
*
*
*
Alfie bergegas turun dari kereta. Pintu vila di tolak. Nasib tak berkunci. Dia masuk di ikuti yang lain. Mereka bernafas lega bila baju hospital yang di pakai Razzy tersidai di atas meja beserta jaket kulit milik Alfie. Patut hilang dalam wad tu. Rupanya Razzy yang ambil. Nak sembunyikanlah baju hospital tu. Macam orang tak tahu."Zy? " Panggilnya. Lima buah bilik di tingkat bawah itu di periksa. Kosong. Dia melangkah menuju tingkat atas. Tingkat satu itu kosong. Semua bilik di periksa namun kelibat Razzy tidak kelihatan. Sunyi sepi vila itu. Mereka terus memanjat menuju tingkat paling atas iaitu tingkat dua. Sampai di atas, mereka melongo. Tingkat itu hanya di isi dengan satu pintu dan lif. Pantas Alfie menguak pintu berwarna kelabu itu. Dia tergamam melihat kebesaran bilik itu.
Dia tahu itu bilik tidur kerana bilik tersebut di isi dengan perabot seperti katil, rak, meja lampu dan beberapa lagi perabot bergaya moden sesuai dengan cita rasa si pemilik. Cat bilik pula berwarna kelabu dan putih. Moden dan ringkas. Baru hari ni dia tahu bilik ni wujud. Sebelum ni, dia dan pengawal peribadi Razzy tak tahu pun keberadaan bilik ni kerana Razzy melarang sesiapa pun menjejakkan kaki di tingkat atas itu.
"Zy?? " Panggilnya. Katil bersaiz king kemas tanpa sedikit kedutan. Bilik kecil menempatkan pakaian dan barang hiasan di buka. Mereka terpesona. Baju kemeja dan pakaian lain kemas tersusun dan bersangkut mengikut warna dan jenis. Jam dan tali leher pula tersusun cantik di atas meja di tengah bilik itu. Pelbagai jenis dan bentuk jam tangan ada di situ.
YOU ARE READING
Sempurna Di Matamu✔[COMPLETED]
RomanceGelaran yang di sandangnya sejak beberapa tahun yang lalu memberi satu tamparan yang hebat kepadanya. Biarpun acap kali di tanam dan di pasak dalam kepala bahawa dia sedang di uji oleh Allah SWT tetapi tetap saja ujian itu buatkan dirinya lemah apal...