Suasana sesak di Medan Selera Tanjung Ara pada tengah hari itu tidak membantutkan selera Syed Aisy Hafiy menikmati juadahnya. Sememangnya perut dia kebuluran. Pagi tadi dia tak sempat nak breakfast. Kalut nak masuk pejabat, pukul 9 ada meeting sedangkan laporan yang harus dibentangkan dia tidak semak lagi.
Ingatkan sempat turun breakfast kejap lepas meeting tapi keluar je dari bilik meeting ada klien penting yang sedang menunggunya. Terpaksa alas perut dengan air milo yang PA dia buatkan aje.
Belum sempat jam 1.00 tengah hari dia dah terjah bilik Syamel ajak lunch. Syamel ni kawan dia dari universiti dulu. Tamat belajar dia tawarkan Syamel kerja sebagai arkitek di syarikat milik keluarganya.
"Weih kau dah tak makan berapa hari ni?" Tanya Syamel bila dia lihat Hafiy makan tak pandang kiri kanan. Suap punya suap habis licin satu pinggan. Dia separuh pun tak luak lagi. Lapar sungguh kawan merangkap bos dia ni.
"Hari tak berapa hari, aku tak sempat nak breakfast hari ni. Lapar bro. Sempat minum air milo segelas je alas perut." Ujar hafiy sambil mencicip air fresh orange nya.
"Kenapa tak sempat pulak? Meeting pukul 9 kan? Ni mesti kes bangun lewat ni." Teka Syamel. Pelik dia bila Hafiy cakap tak sempat breakfast sedangkan meeting start pukul 9. Sempat nya lagi nak breakfast. Ada masa satu jam sebelum meeting.
"Tak ada lewatnya. Macam biasa la aku datang pejabat hari ni tapi pagi tadi aku kena review laporan untuk meeting tu. Lupa nak review semalam."
"Haa tu salah diri sendiri. Padan la muka tu."
Hafiy hanya tayang wajah toyanya kepada Syamel. Yang penting sekarang ni perut dia dah kenyang. Alhamdulillah.
"Ehh Fiy, macam mana dengan projek dekat Sri Hartamas tu?" Soal Syamel dengan nasi penuh dalam mulut.
Tak senonoh punya kawan.
"Tak ada kata sepakat lagi. Dah tiga lakaran yang anak buah kau buat tu diorang reject. Aku tak tahu lah diorang nak yang macam mana lagi. Aku tengok perfect je lakaran-lakaran tu. Nampak gaya aku kena buat meeting dengan team kau. Ubah suai sikit lakaran tu. Kalau nak buat baru tak sempat beb." Terang Hafiy panjang lebar. Pening dia dengan kerenah kliennya itu. Serba serbi tak kena.
Hari tu first meeting dah okay tapi tiba-tiba pulak wakil syarikat sana call cakap big boss mereka reject lakaran tu. Panas jugaklah hati dia tapi disebabkan projek tu menguntungkan syarikatnya jadi dia terima je la.
"Lah iya ke? Aku ingat kan diorang terima. Dah kau tak ada inform aku apa-apa pun." Ujar Syamel pula.
"Aku tak sempat nak inform kau. Hari tu busy lepastu terlupa lah. Dah kau tanya ni aku cakap awal-awal lah nanti inform team kau, aku nak buat meeting sikit. Serabut lah. Biar settle tak kelam kabut sikit aku."
"Hmm iya lah. Nanti aku inform team aku."
"Beres. Makan lah cepat sikit. Lewat dah ni. Makan kalah perempuan. Lembab."
"Amboi sedap kau je mengata aku lembab. Sentap bro. Aku tak teman kau tadi melantak lah kau sensorang. Jadi mamat lonely forever." Jeling Syamel tengok Hafiy dengan muka tak puas hati.
"Hahaha.. ala nak sentap lak. Bayar sendiri kang?" Ugut Hafiy.
"Eh eh mana boleh. Kau yang ajak aku, kau lah bayar. Bukan selalu nak merasa bos bayar untuk anak buah. Ye dak?" terangkat-angkat kening Syamel tanya Hafiy.
"Eleh habistu selama ni siapa bayar?" Soal Hafiy pula mengusik Syamel.
"Iya lah. Kau yang bayar. Tapi bukan selalu dapat makan dengan bos ni. Sibuk memanjang. Asal lunch je mesti dengan klien tak pon dengan aweks." Ujar Syamel.
"Eh kau sejak pulak aku ada aweks ni? Aku bukan macam kau 'aweks' keliling pinggang." Balas Hafiy sambil dia tekankan perkataan aweks tu. Syamel ni memang tampan orangnya. Memang sejak zaman universiti lagi memang ramai pelajar-pelajar perempuan mendampinginya. Boleh dikatakan setiap hari mesti perempuan yang berlainan. Tapi sejak kerja ni kurang dah sikit perangai playboy tu. Maklumlah orang dah bertunang kan. Tinggal dia je masih sendiri.
Kenapa? Tak ada orang nak ke? Ehh tak ada lah. Ini Hafiy la. Jejaka kacak semalaya. Tipu lah kalau nak cakap tak ada orang nak. Ada je tapi dia yang taknak. Entah lah. Bagi dia nak cari perempuan ni kena lah cari yang elok sikit. Ni tak semua perempuan yang nak kat dia semuanya perempuan tak cukup kain. Sorry lah sikit kalau dia berkenan sekali pun confirm kena reject dengan uminya. Maklumlah umi dengan walid dia ni alim sikit orang nya.
"Hahaha.. aweks tu dulu lah bro. Sekarang ni dah insaf. Kalau tak mahu Mira kejar aku dengan penyapu. Malu beb. Mana nak letak muka. Jejaka hensem kena kejar dengan penyapu." Ujar Syamel dengan ketawa berdekah-dekah dengan lawak sendiri. Tak dapat dia bayangkan kalau Mira kejar dia dengan penyapu. Mesti lawak punya. Hahaha.
"Sedar pon. Kalau tak sedar bukan setakat Mira yang kejar kau dengan penyapu, aku dulu yang akan terajang kau. Ehh makan lah cepat. Sembang pulak." Balas Hafiy sambil dia kerling tengok jam. Lagi setengah jam waktu rehat habis. Dia kena cepat sebab 2.30 petang ada meeting dengan walid dia.
"Tahu lah kau dah habis makan. Tunggu la kejap. Aku nak menikmati makanan aku ni."
Hafiy hanya kerling tengok Syamel. Tiada niat dia nak balas. Dia hanya memerhati suasana riuh dalam restoran ni. Tadi tak perasaan pun keriuhan ni sebab lapar punya pasal.
Dalam galak mata dia memerhati suasana sekitarnya dia terpandang seorang makcik tua selekeh di depan restoran tersebut.
Di tangan makcik tersebut ada sebuah kotak sederhana besar. Makcik tu nak melintas jalan ke seberang sana tapi terlalu banyak kenderaan lalu lalang. Apabila ada peluang tiba-tiba ada pulak seorang pemuda yang terkocoh-kocoh berjalan melanggar makcik tersebut. Habis berterbangan segala isi dalam kotak tersebut. Panas pulak hati dia tengok insiden tersebut. Dah langgar bukannya nak tolong tapi menonong je pergi. Yang lain pun semua pakat tengok je. Tak berperikemanusian langsung. Walaupun selekeh makcik tu tetap manusia.
Dalam dia berura-ura nak bangun pergi tolong makcik tu tiba-tiba ada seorang wanita elegant datang membantu makcik tersebut mengutip barang-barangnya dan menolong makcik itu melintas jalan. Syamel tengok dia pelik nak bangun tapi tak jadi.
Hafiy hanya mengabaikan Syamel yang duk terangkat-angkat kening padanya bertanya kenapa tapi mata dia tak lepas dari memerhati wanita tadi kembali melintas jalan memasuki restoran.
Dia respectkan wanita tersebut. Tak sombong dan tak jijik dengan orang tua selekeh. Nampak pada gaya wanita tersebut seperti seorang yang loaded. Pakaian yang kemas dan bergaya. Pasti wanita bekerjaya fikirnya.
Hatinya terus tertarik untuk memandang wanita itu. Baginya wanita itu ada aura yang tersendiri sehingga mata dia tak lepas dari memerhatikan wanita tersebut.
Pemerhatiannya teralih kepada Syamel apabila Syamel mengajaknya balik ke ofis. Sebelum melangkah keluar selepas settle bayar bil sempat dia melihat sejenak wanita tadi. Dalam hati dia berharap untuk bertemu lagi dengan wanita itu.
####
27/4/18
Assalamualaikum
Hallo hallo hai
Thank u 4 reading
Hope enjoy..
Please support me by vote n comment
Thank you...
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...