Bab 55

2.1K 98 3
                                    

HAFIY termenung memandang wajah Alya yang terbaring di katil hospital. Luluh hatinya melihat muka pucat Alya.

"Liya belum sedar lagi?" Soal Tengku Amnah yang melangkah masuk diikuti Tengku Ilham bersama Aqil dibelakang.

Masing-masing terkejut apabila mendapat berita bahawa Alya dimasukkan ke hospital. Tidak tahu hujung pangkal cerita mereka bergegas ke hospital. Risau tak payah cakap la. Tadi bukan main ceria Alya bersiap untuk ke pejabat. Sihat walafiat. Cergas je nampak. Tup! Tup! Petang dapat berita dimasukkan ke hospital. Mahu tak risau?

"Belum mama." Tangan mertuanya dan Aqil disalam sebelum mengundur ke belakang untuk memberi ruang kepada Tengku Amnah duduk ditempatnya tadi.

"Apa yang jadi sebenarnya? Kenapa sampai boleh masuk wad? Pagi tadi elok je papa tengok." Soal Tengku Ilham.

Serba salah Hafiy ingin menjawab. Dia pun tak tahu cerita sebenar juga lagi. "Hmm.. Hafiy pun tak tahu cerita sebenar lagi pa. Apa yang budak-budak butik tu cakap Liya bergaduh dengan Amylea sampai jatuh." Jawab Hafiy.

Tengku Amnah tersentak mendengar ujaran Hafiy. Bergaduh dengan Amylea?

"Apa lagi perempuan tu nak?" Melengking suara Tengku Amnah bertanya.

"Awak ni slow la sikit suara tu. Kita ni dalam hospital. Liya yang tak sedar tu pun boleh terkejut dengar suara awak tau?" Tengku Ilham bersuara. Terkejut dia dengar suara nyaring isterinya.

"Alaa sorry la bang. Saya ni terkejut. Apa yang perempuan tu nak lagi Hafiy?" Sedar akan keterlanjurannya Tengku Amnah pantas meminta maaf.

"Ermm tak tahu la ma. Hafiy pun memang tak tahu cerita betul lagi ni. Tadi pun pergi butik nak jemput Liya tapi sampai-sampai lain pula yang jadi. Tak sempat nak tanya lebih-lebih terus pecut ke hospital." Terang Hafiy.

"Tak apa lah. Nanti Liya sedar kita try tanya dia." ujar Tengku Ilham.

"Baby macam mana?" Soal Tengku Aqil setelah lama berdiam diri memberi ruang kedua orang tuanya bersoal jawab dengan Hafiy.

Hafiy diam seketika sebelum menggeleng kepala. "We lost the baby." Balas Hafiy sambil menahan sebak.

"Allah!" Terus terpacul perkataan itu dibibir Tengku Amnah. Sungguh berat dugaan anaknya. Tangan Alya yang berada berdekatannya digenggam erat. Teresak-esak dia menangis mengenangkan nasib anaknya itu.

Hafiy juga akhirnya mengelap air mata yang menitis apabila melihat ibu mertuanya menangis.

Aqil merangkul bahu Hafiy menenangkan adik ipar merangkap kawannya juga itu. "Tabah bro. Ada hikmah semua ni berlaku."

"Dah la Amnah. Kita kena sokong Liya biar dia tabah menerimanya nanti. Jangan pula dengan awak lemah nanti. Hafiy? Apa pun nanti bagitau Liya elok-elok. Perempuan kehilangan anak ini emosi dia jangan dibawa main." Pesan Tengku Ilham.

"InsyaAllah pa."

* * * *

Setelah kedua mertua dan abang iparnya pulang Hafiy sambung merenung wajah Alya.

Bagaimana dia ingin menyatakan kepada Alya bahawa mereka telah kehilangan baby itu?

Ya Allah! Sungguh berat dugaanmu. Berikanlah hambamu ini kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Tangan Alya yang bebas daripada drib itu digenggam perlahan mencari kekuatan untuk memberitahu Alya apabila Alya sedar nanti.

Perlahan-lahan kepalanya direbahkan disisi Alya. Matanya dipejam mengharapkan sesuatu yang baik mungkin.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now