Bab 27

2.1K 112 2
                                    

Riang hati aku berasa sukaa..
Hey hari ini mau bertemu bakal mertuaa...
Oooo... Rasa sukaaa

Senang hati betul Hafiy hari ni. Orang nak jumpa bakal mertua la katakan.

Puan Sri Sharifah Haziyah memandang Hafiy semacam je. Jarang dia boleh tengok Hafiy seriang ini. Siap menyanyi bagai.

"Hai.. Happy semacam je ni umi tengok. Taknak share dengan umi ke? Segak-segak ni nak pi mana?" Tegurnya.

"Nak pergi jumpa bakal menantu dan besan umi la."

"Serius?"

"Yes umi."

"Eh sejak bila ni? Diam-diam je eh. Taknak kenalkan kat umi pun." Rajuk Puan Sri Sharifah Haziyah. Muncung saja mulutnya. Ini kalau dia tak tanya mesti Hafiy tak cerita. Macam ni la anak. Bila dah jumpa kesayangan kita dilupakan. Sob sob sob.

Drama betul Puan Sri Sharifah Haziyah ni.

"Ala umi, jangan la merajuk. Hafiy cadang lunch esok nak bawak Liya datang rumah. Hari ni pergi kenal-kenal family dia dulu then baru boleh mintak izin parent dia nak bawak dia datang sini." Dan dan je kan kau Hafiy. Sebelum ni keluar dengan Alya tak ada nak mintak izin parent dia bagai pun.

Hehehe. Itu sebelum ini selepas.

"Eh along segak-segak ni nak pegi mana? Hujung minggu pun kerja ke?" Soal Hani yang baru turun dari tingkat atas.

"Kerja apanya. Orang nak pergi jumpa bakal mertua." Jawab Puan Sri Sharifah Haziyah.

"Serius ah?" Terkejut Hani mendengar jawapan balas uminya itu. Tak percaya pun ada. Along dia ada kekasih? Uish serius nak kenal siapa yang berjaya menbuka pintu hati alongnya itu.

"Yang kau terkejut sangat tu kenapa?" Hafiy menyoal balik. Pelik sangat ke kalau dia ada kekasih?

"Tak ada la. Sebelum ni kalau umi tanya bila nak kahwin asyik mengelak je. Tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut hari ni nak pergi jumpa bakal mertua. Caya la along.

Siapa long? Kak Amy ke?" Hani buat-buat tanya walaupun dia tahu yang tak mungkin kak Amy jadi pilihan along. Kalau pun kak Amy jadi pilihan along dia akan tentang habis-habisan. Tak hingin la dapat kak ipar macam tu. Tak reti nak hormat orang lansung. Dah la berlagak. Puih mintak jauh.

"Tak ada maknanya nak amik perempuan tu jadi bini." Menyampah pula Hafiy dengar nama perempuan tak tahu malu tu.

"Syukur alhamdulillah lah kalau bukan Amy. Umi bukan tak suka dengan Amy tu tapi kalau boleh cari la yang lain." Ujar Puan Sri Sharifah Haziyah pula.

"Umi jangan risau la. Along memang tak pernah pun suka dia. Bakal menantu umi ni jauh lebih baik berbanding dengan Amy dan umi kenal siapa bakal menantu umi ni." Balas Hafiy membuka cerita mengenai Alya.

"Umi kenal? Siapa?" Siapa eh? Tak ada bayang dalam kepala dia sekarang ni. Yang terbayang hanya Amy tapi kalau bukan Amy siapa?

"Suprise. Jumpa esok." Hafiy percaya yang pilihannya ini memang akan disukai umi.

Puan Sri Sharifah Haziyah menjeling Hafiy tidak puas hati. Baik tak payah cakap kenal. Bagitau je esok senang. Tak ada la dia tertanya-tanya sekarang ni.

"Okay la umi. Along dah lambat ni. Doa-doakan biar bakal besan ummi tu boleh terima along. Nanti cepat sikit umi boleh menantu." Pamit Hafiy. Tangan umi disalam penuh santun. Nak pergi buat benda baik ni perlu dapatkan restu ibubapa sendiri dulu.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now