Alya berjalan perlahan-lahan menaiki jejantas untuk ke mall di seberang jalan.
Hari ini dia tak bawa kereta. Dia tumpang along. Tadi along drop dia diseberang jalan je. Malas nak hantar depan mall sebab nanti kena u-turn dua tiga kali kata along.
Hampeh punya along.
Dia adik yang mendengar kata turutkan saja apa yang along cakap. Takut nanti bila bangkang lagi jauh along turunkan dia. Jadi lebih baik ikutkan saja. Lagi pun mood tengah baik ni.
Ramai la pula orang dekat mall hari ini. Iya lah hari minggu la katakan. Mahunya tak ramai. Masing-masing mungkin datang untuk menghilangkan tension setelah penat bekerja.
Dia pun disini hari ini sebab ada temujanji.
Temujanji dengan siapa?
Jeng! Jeng! Jeng!
Bila dah terlanjur berjanji nampaknya harus tunaikan lah. Teringat kembali perbualannya dengan pasangan datenya hari ini.
Pagi-pagi lagi Hafiy sudah say morning padanya. Apabila dia membalas chat Hafiy itu laju sahaja mamat itu menelefonnya maka terjadilah segala janji dan terpacaklah dia dekat mall petang ini untuk bertemu Hafiy.
Apa plan? Tak tahu lah. Alya ikut saja.
Sampai di tingkat 3 mall, Alya terus menuju ke food court. Air dipesan untuk menghilangkan rasa dahaga yang bermaharajalela di tekak sekarang ini.
Kelibat Hafiy belum kelihatan. Sementara menunggu air siap, Alya mengeluarkan telefonnya untuk menghantar sekeping chat kepada Hafiy bahawa dia sudah sampai dan menunggu di food court.
5 minit menanti barulah kelibat Hafiy kelihatan di celah-celah orang ramai.
Termengah-mengah Hafiy berjalan mendekati Alya.
Baru lepas marathon ke apa ni fikir Alya. Lelah semacam je.
"Sorry lambat." ujar Hafiy sebelum melabuhkan duduk dihadapan Alya.
"Eh tak apa. Lagi pun janji 3.30 kan? Sekarang baru 3.20." Jam ditangan dikerling sepintas lalu. "Kita nak buat apa ni?" sambung Alya bertanyakan plan Hafiy.
"Ermm.. Alya dah makan?"
"Dah."
"Kalau macam tu kita masuk tengok wayang la. Boleh? Ke Alya ada plan lain?" Ujar Hafiy menyatakan cadangannya. Nak makan pun masing-masing dah makan.
"Tak ada. Saya ikut je."
"Kalau macam tu jom la tengok wayang apa yang ada waktu terdekat ni." Ajak Hafiy setelah Alya menghabiskan airnya.
"Jom." balas Alya malu-malu.
Sambil berjalan menuju ke kaunter tiket sempat Hafiy bertanya beberapa soalan kepada Alya. "Alya okay ke keluar dengan saya ni? Tak ada orang marah?" Saja cari peluang. Mana lah tahu kan Alya dah ada special walaupun dia pasti yang Alya memang tak ada sesiapa yang special di hati. Kalau tak Alya takkan keluar berdua dengannya. Dan dia tahu yang Alya ni perempuan baik-baik. Takkan keluar dengan orang lain kalau dah ada someone special. Dia pasti itu.
"Okay je. Siapa je nak marah?" Balas Alya tersipu-sipu. Dia tahu tujuan Hafiy bertanya soalan sebegitu. Tak lain tak bukan mesti nak tahu status dirinya. Encik Hafiy jangan risau. Saya single mingle. Encik Hafiy nak masuk meminang terus pun tak ada masalah. Tak ada halangan. Dipersilakan. Ihiks! Gatal betul Alya ni! Kalau berani cakap depan-depan la Alya.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...