Bab 15

2.6K 108 12
                                    

Tepat jam 12 tengah hari Hafiy sudah mengemas mejanya sedia untuk keluar makan. Walaupun janji dengan Alya pukul 1.30 pm tetapi dia sudah bergerak keluar. Lagipun dari pejabatnya untuk ke area butik Alya sudah mengambil masa dalam 30 minit tambah pula mungkin jalan akan sibuk disebabkan waktu makan tengah hari jadi lebih baik dia keluar awal kan? Sempat lah sampai sebelum 1.30 pm nanti dan satu lagi dia tak berapa familiar dengan tempat itu jadi memang harus keluar awal untuk mencari tempat yang dijanjikan Alya tadi.

Selepas lebih kurang 40 minit memandu Hafiy tiba dihadapan butik Alya. Melihatkan jam baru berinjak pada pukul 12.50 tengah hari, masih ada dalam 30 minit lagi sebelum pukul 1.30 pm Hafiy mengambil keputusan untuk berpusing-pusing dahulu mencari restoran Haji Ahmad yang dimaksudkan Alya tadi.

Namum selepas dua tiga pusingan dia memandu dikawasan itu dia masih tidak menjumpai restoran tersebut.

Stereng kereta diketuk-ketuk dengan jari telunjuknya mengikut irama lagu dicorong radio sambil mata masih ligat mencari kedudukan restoran.

Berputus asa setelah penat berpusing di area yang sama Hafiy memberi isyarat ke kiri untuk berhenti di tepi jalan.

Setelah gear ditukar kepada 'P' tangannya pantas mencapai telefon bimbitnya yang berada diseat sebelah.

Whatapps dibuka dan pantas jarinya menaip menghantar mesej kepada Alya untuk bertanyakan dimanakah lokasi restoran tersebut.

10 minit menunggu namun masih tiada balasan daripada Alya.

Melihatkan last seen Alya adalah pada satu jam yang lalu Hafiy berfikir mungkin Alya terlalu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk melihat telefon.

Kereta dipandu semula untuk ke butik Alya. Tunggu Alya di butik lah fikirnya. Senang. Nak pergi ke restoran pun tak tahu dimana. Tanya Alya pun tak balas jadi jalan lainnya adalah tunggu Alya di depan butiknya saja.

Sampai dihadapan butik Alya, keretanya di parking betul-betul berhadapan dengan pintu masuk butik. Kebetulan ada kereta keluar tadi jadi tak perlu dia bersusah payah mencari parking.

Enjin tidak dimatikan namun penghawa dingin dikuatkan untuk menghilang panas yang membahang.

Matanya memerhati keadaan dalam butik walaupun tak berapa jelas namun dia boleh melihat suasana di dalamnya bagaimana.

Tak ramai tetapi ada.

Lima minit sebelum pukul 1.30 pm Hafiy mematikan enjin kereta dan melangkah keluar untuk memasuki butik.

Kaunter pembayaran dituju untuk bertanyakan perihal Alya. " Alya ada?" soal Hafiy pada seorang gadis yang berada di kaunter tersebut.

Terpinga-pinga gadis tersebut melihat Hafiy.

Hafiy setia menanti jawapan walaupun rasa tak senang kerana gadis itu melihatnya tak berkelip mata.

Tahulah dia hensem tapi janganlah tenung sebegitu rupa. Malu abang. Haha.

Itulah ciri-ciri orang masuk bakul angkat sendiri kalau nak tahu.

"Alya ada dik?" soalannya diulang kembali untuk mendapatkan satu jawapan. Konfiden saja dia bahasakan gadis itu sebagai adik. Iyalah nampak muka macam baya-baya adiknya saja.

"Alya?" soal gadis itu bingung. Alya mana yang dimaksudkan jejaka dihadapannya itu. Rakan sekerjanya pun ada yang bernama Alya namun melihatkan penampilan jejaka di hadapannya ini yang maha kacak tak mungkin nak berjumpa dengan kawannya itu. Lagi satu bos besar pun bernama Alya juga jadi Alya mana yang dicari?

"Haah Alya. Alya Zuyyin."

Haa kan sudah dibilang bukan Alya kawannya tapi Alya bos besar. "Ouh sekejap iya encik. Saya tanya kat ofis. Saya pun tak pasti Ku Yin ada ke tak. Selalunya orang yang nak berjumpa dengan Ku Yin terus ke ofis disebelah." Balas gadis itu sebelum dia memanggil seseorang untuk menggantinya menjaga kaunter sementara dia ke ofis di sebelah.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now