BAB 5

3K 126 2
                                    

Hujung minggu yang indah, Hafiy tak lepaskan peluang untuk merehatkan badan yang penat bekerja sepanjang minggu itu. Hari ini dia tak ada plan apa-apa jadi dia ingat nak bermalas-malasan di rumah saja. Makan tidur, makan tidur. Wah best kan kalau hari-hari macam ni.

Eh tapi kalau makan tidur, makan tidur hilang lah sixpack dia. Siapa yang nak kahwin dengan dia nanti. Ish tak boleh, tak boleh. Hari ni je masa untuk makan tidur, esok kita work out.

Tok tok tok

Ketukan di pintu bilik menghapuskan ketenangan Hafiy. Siapa pulak yang nak ganggu hari indah dia ni. Malas nak menyahut Hafiy hanya mengendahkan ketukan tersebut lagipun dah senyap tu. Mesti Mak Yam pembantu rumah keluarganya yang ketuk tadi nak panggil dia makan.

Hesy Mak Yam tadi kan dah sarapan. Ni baru pukul 10 takkan nak makan lagi. Nanti tengah hari la ketuk lagi. Tapi kalau dah tengah hari Mak Yam tak payah ketuk pun tak apa. Hafiy turun sendiri. Getus hati Hafiy.

Sesedap rasa dia je berangan Mak Yam yang ketuk pintu panggil makan. Ingat Mak Yam tak ada kerja lain ke nak buat.

Tok tok tok

Sekali lagi pintu biliknya diketuk tapi kali ini dengan pakej suara memangginya lagi.

"Along oo along. Buat apa bertapa dalam bilik tu? Mai tolong umi ni ada jugak faedahnya." Lah umi rupa-rupanya yang ketuk biliknya tadi. Habis tu tadi hilang sekejap pergi mana? Mati-mati dia ingat Mak Yam yang ketuk.

Haa itu la, lain kali bukak pintu tu tengok siapa. Ni mesti kena bebel dengan umi jap lagi ni. aduhai umi tak boleh tangok dia senang sikit. Ada la tu nak suruh dia buat apa.

"Ye umi. Kenapa?" soal Hafiy lembut apabila dia buka pintu dan mengadap uminya itu.

"Buat apa terperap dalam bilik tu. Mai turun bawah tolong umi." Arah Puan Sharifah Haziyah. Buat apa la terperap dalam bilik. Ingatkan waktu hujung-hujung minggu ni boleh la sembang dengan anak-anak tapi hampeh anak lebih selesa terperap dalam bilik.

Betul apa yang dia cakap tadi, umi kalau panggil dia tak ada kerja lain mesti ada nak suruh dia buat apa-apa. "Tolong apa umi?" soal Hafiy malas-malas tapi kaki tetap melangkah ikut umi turun ke bawah.

"Tolong Umi alihkan pasu-pasu bunga dekat taman tu. Dah bosan umi tengok asyik style yang sama je. Sekali sekali kita ubah la sikit." Ujar Puan Sri Sharifah Haziyah.

"Lah kenapa along pulak. Angah mana? Biasakan angkat-angkat pasu ni kerja angah." Tanya Hafiy.

Biasanya yang suka tolong-tolong Uminya ni adik kedua dia. Si Hafiz tu. Yang lain tak berapa nak rajin sikit kalau nak buat kerja alih-alih pasu bunga umi ni.

Dia ada lima orang adik beradik. Tiga lelaki, dua perempuan. Yang sulung sudah semestinya dirinya, Syed Aisy Hafiy, adik dia yang ke dua Syed Aisy Hariz dan yang ke tiga perempuan Syarifah Ain Hazirah. Budak dua ni kembar. Beza Hafiy dengan adik dia yang kedua dan ketiga adalah dalam tiga tahun je. Sekarang ni umur dia dah 29 jadi kembar tu umur 26.

Yang ke empat pula juga sekali lagi lelaki iaitu Syed Aisy Hariz berumur 23 tahun. Cantikkan umi dia plan, masin-masing beza tiga tahun je. Nanti nak mintak tips dengan umi lah macam mana dia rancang sama je beza tiga tahun. Iya lah orang dulu-dulu tak macam orang zaman sekarang yang suka makan pil perancang. Orang dulu-dulu tak makan pil segala tu. Segalanya cantik je tersusun.

Tetapi ingatkan si Hariz tu dah jadi yang bongsu, tup tup Hariz umur enam tahun kitorang dapat adik lagi. Kali ni perempuan pulak iaitu Syarifah Ain Hanifa yang sekarang ni berumur 17 tahun. Tahun ni baru nak SPM. Jauh beza Hani dengan Hariz. Enam tahun sebab tu tak sangka dapat adik lagi.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now