Bab 35

1.9K 68 5
                                    

Amylea tersenyum sendiri memikir perkara yang terjadi tadi.

Itu baru sikit. Nanti tau la nasib kau macam mana Alya. Dia akan buat sampai Hafiy jadi miliknya.

Berani rampas Hafiy dari dia? Eh ini Amylea la. Takkan duduk diam selagi tak rampas balik apa yang sepatutnya jadi miliknya.

"Yang tersenyum-senyum sendiri ni kenapa cik Amylea? Ada berita hot ke? Meh la kongsi-kongsi." Kepoh Cik Joyah selaku seorang wartawan hiburan yang ada temujanji dengan Amylea itu bertanya sebaik sahaja dia sampai.

"Eh tak ada la. Tiba-tiba teringat kenangan manis. Senyum la. Tak salah kan?" Terkejut Amylea apabila tiba-tiba disergah begitu.

"Alah kalau macam tu kongsi la. Nampak macam bahagia je. Boleh I buat cerita pasal you nanti. Peminat you baca pun mesti happy." bersungguh-sungguh betul Cik Joyah itu ingin mengorek rahsia Amylea. Mana la tahu kan, untung badan dapat story hari ni.

"Soon. Not now! Nanti I kongsi. Buat masa ni tak ada apa-apa yang I boleh kongsi dengan you lagi." Amylea senyum jahat. Tiba-tiba dia ada plan macam mana nak huru harakan Alya. You wait ya Tengku Alya Zuyyin. I ada something special for you.

"Alah takkan sikit pun tak boleh kongsi?" Tak putus asa nampaknya, masih lagi ingin bertanya.

"Nanti la. Exclusive nanti I bagitau you. I janji you akan jadi orang pertama dapat tahu. Now back to our business." Malas lagi Amylea nak bercerita dengan Cik Joyah ni sebab yang utama sekarang dia perlu rangka strategi yang baik punya macam mana nak jalankan plannya itu.

"Okay la kalau macam tu tapi janji tau nanti apa-apa just call me. Anytime." mengalah juga akhirnya apabila Amylea berkata begitu. Lagipun dia bukan jenis orang yang suka memaksa. Cukup tiga kali orang taknak kongsi so enough tapi itu untuk hari ini la. Besok kita tanya lagi. Kerja wartawan hiburan macam dia ni takkan pernah kenal erti lelah dalam mendapatkan sesuatu berita. Nak nak lagi berita sensasi. Haruslah jangan mengalah. Hari ni tak dapat? Esok masih ada. Esok tak dapat jugak? Kita buru sampai dapat. Itu lah kerja sebagai wartawan hiburan.

Selesai kerja dengan Cik Joyah, Amylea terus bergegas ke tempat pakir. Sekarang dia perlu menjalankan misinya. Misi untuk mendapatkan Hafiy.

Baby sayang! Wait for me! I datang!

Pejabat AH holding tempat Hafiy berkerja dituju. Nasib baik kerjanya untuk hari ini dah selesai. Sekarang masa untuk jalankan misi. Muahaha!

* * * *

Hafiy masih tekun menyiapkan kerja-kerjanya. Kalau boleh hari ni nak balik awal. Semalam dah balik lewat. Takkan hari ni nak balik lewat lagi? Kalau tahu dek umi ni mahu setahun berleter.

Sekarang dah ada isteri buat la macam dah ada isteri. Jangan nak buat macam hidup bujang lagi. Kerja-kerja juga tapi bila sampai waktu habis kerja, balik la. Ingat sikit isteri yang menunggu kat rumah tu.

Hmm. Dah boleh bayang dah ayat umi.

Umi! Umi!

Perempuan zaman sekarang bukan macam umi. Tak kerja! Duduk rumah goyang kaki.

Zaman sekarang boleh bilang dengan jari je kot berapa kerat yang jadi suri rumah sepenuh masa.

Tapi Alhamdulillah setakat ni walau sibuk mana pun isteri dia bekerja mesti bila dia balik Alya dah ada dekat rumah.

Tok!

Tok!

Tok!

Bunyi ketukan di pintu mematikan lamunan Hafiy.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now