Selesai meeting bersama kliennya Alya terus menuju ke pejabat pos untuk menguruskan barang barang yang perlu diposkan.
Ingatkan sikit saja tetapi banyak juga rupanya yang hendak diposkan. Ada dalam tiga kotak semuanya. Jenuh juga la tadi dia nak mengangkat kotak-kotak tu masuk ke dalam kereta.
Nanti nak masuk pejabat pos satu hal pula nak mengangkat kotak-kotak tersebut. Menyesal pula tolak tawaran Kak Lisa semalam yang ingin menemaninya. Kalau tidak boleh angkat satu sorang. Tidak perlulah nak berulang alik dua tiga kali.
Ruang parking kosong yang berdekaan dengan pintu masuk di cari supaya nanti tak adalah jauh sangat dia nak menapak dengan kotak-kotak tu semua.
Kalau ada troli ni lagi senang kerja dia. Tak perlu nak berulang alik.
Mata diliarkan disekeling tempat mencari troli. Mana la tahu ada troli yang jatuh dari langit. Yang mendengar keluhanya tadi.
Syukur alhamdulillah lah jawabnya kalau ada tetapi nampaknya itu semua adalah angan-angannya semata-mata.
Badan direhatkan seketika setelah kereta diparking. Mata masih lagi meliar memandang sekeliling. Mungkin berharap akan ada yang sudi menolongnya nanti.
Kalau pun tak ada troli tapi ada yang sudi menolongnya mengangkat kotak itu semua pun jadi lah. Mana lah tahu kan kesian tengok perempuan cantik angkat kotak berat-berat.
Fuh perasan cantik kau jah.
Tak apa lah. Kalau tak diri sendiri yang perasan cantik tak ada orang yang nak perasan kan. Jadi kasi 'can' la sikit nak perasan.
"Hmmm.. Tak ada masa lah nak tunggu seseorang yang baik hati nak tolong. Cepat selesai cepat boleh balik. Okeh Alya sekarang tarik nafas hembus. Moh la kita angkat kotak." Arah Alya terhadap diri sendiri.
Setelah hampir satu jam Alya bertapa dalam pejabat pos akhirnya selesai juga kerja-kerjanya disitu.
Enjin kereta dihidupkan dan destinasi seterusnya dituju.
Hajatnya ingin singgah di farmasi dahulu sebelum balik rumah untuk mengambil mama.
Hari ni mereka akan lunch dekat luar. Tak bercadang pun sebenarnya nak lunch sekali dekat luar tapi disebabkan hari ni mama ada meeting dengan persatuan dia kejap lagi dan Mak Yam pula balik kampung jadi mama tak sempat nak masak. Sibuk dengan cucu kesayangan dia.
Dah alang-alang Alya kerja half day je hari ni jadi dia nak bawak mama makan di luar je.
Tapi sebelum tu farmasi tempat pertama yang harus dituju. Dia ingin membeli ubat vizomet iaitu ubat yang dia selalu pakai apabila penyakit gatal-gatalnya datang. Tak tahu salah makan apa sampai kulit dia jadi merah-merah dan gatal-gatal.
Tak tahan dah rasa ni. Sebelum melarat ubat yang harus dicari dulu.
Ubat dekat rumah dah habis. Tak tahu la bila habis. Sedar-sedar je bila cari semalam tak ada.
Nanti kena beli dua terus la. Senang buat stock. Dia ni dah la jenis sensitif.
Salah makan sikit terus merah-merah, gatal-gatal. Kena gigit nyamuk sikit terus gatal-gatal seluruh badan.
Setelah selesai membeli ubat, terus langkah kaki dibawa menuju ke kereta.
Dah tak pandang kiri kanan, lurus je jalan ke depan sambil mata ralit menilik ubat ditangan.
Tak sempat berfikir tiba-tiba rasa tubuh dah melayang jatuh terduduk.
Ubat ditangan tercampak ke dalam longkang di depannya.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...