HAFIY berjalan ke hulu ke hilir sambil tangannya tak sudah-sudah memdail nombor Alya tapi tak satu pun panggilannya diangkat.
Mana awak ni sayang? Dah pukul 9 malam ni sayang. Tak pernah-pernah Alya balik lewat tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.
Ditelefon pejabat Alya juga tak berangkat.
Risau! Takut ada apa-apa terjadi je.
Ya Allah ya tuhanku selamatkan lah Alya isteriku walau dimana jua dia berada. Doa Hafiy dalam hati.
Dia tak tenang selagi Alya tak dapat di jejak. Tak pernah-pernah jadi macam ni.
Bunyi deruman kereta memasuki garaj melegakan hati Hafiy. Pantas kakinya menuju kearah pintu utama rumah.
Disitu Hafiy setia menunggu Alya keluar daripada kereta dan memasuki rumah.
"Kenapa lewat sangat balik ni? Abang call pun tak dapat. Risau tau." Tanya Hafiy setelah Alya melangkah mendekatinya.
"Saya ada kerja sikit tadi." Serak suara Alya. Suara pun nak tak nak je keluar. Hilang bila menangis banyak sangat tadi kut.
Kalau ikutkan hati dia taknak balik rumah ni tapi kalau dia tak balik sini mana lagi dia nak balik. Nak balik rumah mama kang takut lain pula jadinya nanti. Banyak pula soalan yang akan ditanya mama nanti dengan keadaannya macam ni lagi. Macam orang tak terurus. Jujur selepas sahaja kejadian tadi, dia terus keluar daripada pejabat dan memandu tanpa arah tuju. Sambil memandu air mata tak henti-henti mencurah. Sampai satu saat dia berhenti di tepi jalan dan menangis semahu-mahunya.
"Are you okay sayang? Kenapa ni? Mata kenapa bengkak? Menangis? What happen? Sayang?" Bertalu-talu soalan diajukan Hafiy. Dia bukan buta tak nampak keadaan Alya dengan mata bengkak suara serak tu.
"Nothing!" Jawab Alya sepatah. Kalau boleh muka Hafiy pun dia taknak tengok sekarang ni. Makin terasa dia ditipu hidup-hidup.
Laju Alya melangkah untuk naik ke bilik dan laju juga Hafiy mengejar langkah Alya. Dia tak puas hati dengan jawapan Alya.
"Sayang jangan nak tipu abang boleh? Apa pula tak ada apa-apa dengan keadaan sayang macam ni." Sela Hafiy sambil mengekori Alya rapat. Lengan Alya cuba dipaut tetapi cepat ditepis oleh tuannya.
"Sayang what's wrong?" Tanya Hafiy lagi. Dah kenapa pula ni? Bingung Hafiy. Walaupun sejak majlis doa selamat di rumah umi dan walid haritu lagi Alya seperti merajuk dengannya tak sudah-sudah lagi tetapi tak ada la sampai tak melayan dia macam ni sekali.
"Sayang?" Naik seoktaf suara Hafiy apabila Alya tidak mengendahkan soalannya.
"Saya dah cakap tak ada apa-apa kan? So tak ada apa-apa la." Balas Alya sama naik dengan Hafiy.
Rimas!
Cepat-cepat segala pin tudung dibuang. Lagi cepat boleh masuk tandas lagi bagus. Dia nak bertapa dalam tu malam ni. Malas nak tengok muka Hafiy. Pedih rasa hati ini.
"Macam ni sayang nak cakap tak ada apa-apa?" Keadaan Alya itu Hafiy tunjuk atas bawah.
"Dengan mata bengkak macam baru lepas menangis, suara serak. Macam tu tak ada apa-apa? Abang bukan budak kecil sayang nak tipu." sambung Hafiy lagi.
Alya mengeluh perlahan. Salah pilihan ke dia balik ke rumah ini tadi? Patutnya dia check in je mana-mana hotel tadi.
"Saya tak ada apa-apa nak cakap kat awak."
"Seriously? Dengan balik lewat sikit pun tak inform. Balik pulak dalam keadaan macam ni. Abang ni apa kat rumah? Tunggul? Dari tadi tunggu sayang balik. Call tak dapat." Marah Hafiy. Tiada niat untuk marah tetapi keadaan Alya memaksanya untuk marah. Dia tak tahu apa yang berlaku tiba-tiba Alya nak dingin dengannya. Apa salah dia?
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...