Bab 36

1.8K 67 2
                                    

Hujung minggu yang cerah itu Alya menghabiskan masa dengan berada dirumah mertuanya.

Pertemuan dengan Amylea pada dua minggu lepas dilupakan sebegitu sahaja. Lagipun tak ada pula dia bertemu Amylea selepas pada peristiwa haritu.

Mungkin betul la Amylea silap orang.

Tetapi walaupun mulutnya berkata yang Amylea tersilap namun hati dan fikirannya tak lepas dari memikirkan maksud Amylea itu.

Hari-hari fikir boleh mereng dia. Nak tanya Hafiy kenal ke tak Amylea rasa macam tak kena pula. Lagipula Amylea tak mention pasal Hafiy.

Tapi dia rampas apa daripada Amylea?

Hisy!

Pening la.

"Jauh termenung. Fikir apa?" Soal Puan Sri Sharifah Haziyah terhadap menantunya itu. Dari jauh dia tengok Alya termenung je. Ada masalah ke? Risau jugak dia ni. Kahwin baru dua bulan takkan dah ada masalah. Lagipun bukan diorang ni kahwin paksa.

"Takde fikir apa pun umi. Bila duduk taman umi ni rasa tenang je tu yang fikiran pun melayang-layang je ni." Sengih Alya sambil menutup hal sebenar. Takkan nak cerita dekat mertuanya ni pula.

"Ooo.. Along mana?" walaupun macam tak percaya je dengan jawapan Alya tapi dia 'ooo'kan saja. Kalau diorang ada masalah pun pandai-pandai la selesaikan. Dia bukan jenis mertua yang suka masuk campur dalam hal rumah tangga anak menantu. Lagipula dia tengok elok je hubungan anaknya dengan Alya tadi. Macam tak ada masalah apa pun. Betul la kot memang tak ada apa-apa.

"Kat atas. Tidur."

"Tidur? Hisy perangai sebelum kahwin lepas kahwin sama je." Geram betul Puan Sri Sharifah Haziyah rasa dengan perangai anak sulungnya itu. Ingat lepas kahwin ni hilang la sikit perangai suka tidur tu.

"Biar la umi. Dia baru balik outstation semalam pastu pagi tadi terus ke sini. Penat la tu. Biasa tak macam ni pun." Alya membela suaminya itu.

"Iya la tu.. "

"Rancak sembang." Tegur Hafiy yang baru bangun dari tidurnya.

"Eh dah bangun. Ingat nak sambung tidur sampai besok. Iya la sekarang kan cuti." Perli Puan Sri Sharifah Haziyah.

Selalunya kalau dia tegur asyik tidur je itulah jawapan yang anaknya itu beri.

Alah umi kan cuti. Bagi lah orang nak rest.

Hafiy tersengih sambil mengambil tempat disebelah Alya. "Alah umi penat la. Semalam sampai rumah pun dah lewat. Pagi ni pagi-pagi dah datang sini." Terang Hafiy membela diri.

"Iya lah. Tahu. Liya dah bagitahu tadi. Oustation kat mana pulak kali ni?" Soal Puan Sri Sharifah Haziyah berbasi-basi.

"Melaka."

"Tinggal Liya sorang-sorang kat rumah?"

"Tak ada la umi. Pegi balik hari je."

"Banyak sangat ke kerja tu? Cuba la kurang-kurangkan sikit. Dah ada isteri ni buat la cara macam dah ada isteri. Hujung minggu macam ni spend time la dengan isteri bukan layankan tidur je." Puan Sri Sharifah Haziyah sudah mula membebel.

"Iya umi. Along ingat yang along ni dah ada isteri. Ni kan along dah bangun. Kalau tak along tidur sampai besok terus." Jawab Hafiy.

Alya hanya diam memandang suami dan mertuanya berbalas kata.

"Menjawab-menjawab." Kecik besar kecik besar je dia tengok anaknya depan ni. Orang cakap macam tu dia jawab macam ni. Ada je jawapannya.

"Hehe.. Sorry umi." Hafiy angkat tanda peace sebagai tanda meminta maaf.

"Walid mana umi?" soal Hafiy.

"Keluar. Minum kopi dengan kawan dia la kut."

"Haa umi patut bebel kat walid tu. Ada ke hujung minggu macam ni keluar minum kopi dengan kawan bukan nak spend time dengan bini kat rumah." Usik Hafiy.

Puk!

Tangan Hafiy yang berada diatas meja itu menjadi sasaran Puan Sri Sharifah Haziyah. Ada ke nak perli kita pula?

"Aduh umi. Sakit la." Hafiy menggosok-gosok tangan kanannya yang kena hempuk dek uminya tadi.

"Padan muka tu." Jeling Puan Sri Sharifah Haziyah.

"Yang! Umi buat." renget Hafiy mengadu kepada Alya pula.

"Siapa suruh kacau umi." Balas Alya setelah berdiam diri dari tadi.

Puan Sri Sharifah Haziyah tersenyum bangga apabila Alya membelanya.

Hafiy mencebik sekilas.

Sayang ni. Baru nak bermanja sikit. Tak sporting lah.

"Liya tak ada isi lagi ke?" Soal Puan Sri Sharifah Haziyah tiba-tiba.

"Hah? Isi?" Soal Alya kembali.

Blur!

Tak tahu la kenapa penyakit blur dia makin menjadi-jadi sekarang.

"Belum lagi la umi. Umi doa la supaya cepat-cepat sikit ada isi." Balas Hafiy yang memahami maksud uminya itu.

"Itu lah long. Kamu busy sangat. Ambil la cuti, pergi bercuti mana-mana." Usul Puan Sri Sharifah Haziyah.

Hafiy tercengang. Dia pula yang kena.
Alya pun busy juga. Marah la Alya tu sekali.

"Belum ada rezeki lagi la umi. InsyaAllah nanti ada la tu." Balas Alya yang baru dapat pikat maksud 'isi' itu tadi.

"Entah umi ni. Rilek la. Baru dua bulan kut kahwin. Bagi la kitorang honeymoon puas-puas dulu sebelum ada anak."

"Masa muda ni la nak beranak awal-awal. Bila kita dah tua anak pun dah besar. Takde lah nanti hantar anak ke sekolah orang tanya cucu ke." Ujar Puan Sri Haziyah Sarkastik.

Alya senyum mendengar, Hafiy pula tergelak panjang.

Umi! Umi! Macam la umur dia sekarang ni dah 40 tahun nak cakap macam tu. Baru 28 umi oi! Three series pun belum masuk umi.

Umi punya statement memang taknak kalah.

"Ke korang merancang ni?" Serkap Puan Sri Sharifah Haziyah tiba-tiba. Orang muda zaman sekarang bukan boleh kira sangat.

"Tak ada lah umi." Sangkal Alya.

"Kami tak merancang pun. Kalau ada rezeki insyaAllah nanti ada la tu umi. Umi doa la banyak-banyak supaya murah rezeki kami." sambung Alya lagi.

"Bagus la kalau tak merancang. Umi sentiasa berdoa untuk anak-anak dan menantu umi ni."

"Iya umi."

"Umi ni bukan apa tapi bila dah tua-tua ni nak la merasa pegang cucu pula. Bila jumpa kawan-kawan umi diorang asyik bercerita hal cucu je masing-masing. Happy je diorang kalau bercerita. Umi ni teringin la juga nak merasa ada cucu sebelum umi tutup mata ni."

Hafiy julingkan matanya ke atas. Umi dah start dah.

"Iya umi. Lepas ni along dengan Liya akan kerja keras buat anak untuk umi. InsyaAllah bulan depan umi dengar berita gembira."

Alya jegilkan matanya kepada Hafiy. Ada ke jawab macam tu?

"Ada-ada je lah kamu ni long." Balas Puan Sri Sharifah Haziyah. Potong stim betul la. Baru nak karang ayat sedih-sedih lagi.

"Tak kisah la bila-bila. Umi sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu berdua." sambung Puan Sri Sharifah Haziyah lagi. Dia bukan nak mendesak anak menantunya untuk dapatkan anak pun. Saja drama sikit petang-petang ni. Tak syok la hidup kalau tak ada drama kan?

"Terima kasih umi." Alya bersyukur mempunyai mertua yang memahami sebegini.


Tbc
01/02/20


Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now