"Sayang?" Hafiy memanggil Alya yang ralit dengan telefon ditangan. Masih tidak percayakan dia lagi ke macam mana? Senyap je. Tak hiraukan dia langsung.
"Hmmm.."
"Sayang masih tak percayakan abang?"
"Sorry."
"Huh?" Bingung pula Hafiy seketika. Tanya lain dapat lain.
"Sorry sebab ragu, sebab tak percaya dekat awak, sebab tuduh awak macam-macam. Saya mintak maaf." Ditarik tangan Hafiy dan disalam. Rasa bersalah tak habis selagi dia tidak meminta maaf.
Selepas mendengar pengakuan Hafiy depan ibu bapanya semalam entah mengapa tiba-tiba rasa ragu-ragu terhadap Hafiy selama ini hilang begitu sahaja. Tiba-tiba terasa lapang dada.
Selama ini ketika Hafiy ingin menjelaskan dia hanya keraskan hatinya dan percaya dengan andaian sendiri. Betapa bodohnya dia selama ini.
"Sokay la sayang. Abang tahu sayang banyak fikir yang bukan-bukan. Biasalah perempuan kan." Balas Hafiy diselitkan dengan perlian.
"Lagipun abang ada salah juga sebab tak pernah cerita tentang Amylea sedangkan dah berapa kali sayang jumpa dengan dia. Abang yang buat sayang fikir bukan-bukan. I'm sorry too." sambung Hafiy lagi.
Alya menggelengkan kepala beberapa kali. "No! Saya yang salah. Saya yang sepatutnya tanya awak kalau saya ragu-ragu tentang sesuatu. Bukan tuduh awak melulu dengan andaian saya sendiri." Perlahan sahaja Alya berbicara sedar akan salahnya selama ini.
"Okay la. Kita sama-sama salah lah sayang. Kita kosong-kosong eh?"
"Okay." Balas Alya.
"Tapi sebelum tu boleh abang nak minta sesuatu dari sayang?"
"Apa?" Soal Alya bingung? Nak minta apa ni?
"Nak minta sayang abang balik. Abang nak isteri abang yang sebelum ni."
"Hah?" Alya kebingungan. Habis tu dia yang tercongok depan ni bukan isteri ke? Ke siapa dia ni?
Hafiy ketawa perlahan melihat muka blur Alya. "Abang nak sayang abang yang sweet, yang manja, yang kuat merajuk, yang kuat makan, yang happy go lucky je selalu tu. Boleh?"
Alya turut ketawa perlahan. Kini baru dia faham maksud Hafiy. "InsyaAllah boleh."
"So?"
"So what?" Alya pandang Hafiy tajam. Nak apa lagi ni?
"Where is my sayang?"
"Here."
"Where? Abang tak nampak pun." Hafiy palingkan kepalanya kiri kanan tanda mencari dimanakah sayangnya itu.
"Mengada. Saya kat depan ni pun tak nampak. Merajuk baru tahu."
"Ermm.. Kesian dekat saya awak. Saya ada isteri tapi isteri saya hilang. Entah lah kemana dia pergi. Dia tak sayang saya kut. Buat permintaan sikit pun tak nak tunai." Lirih Hafiy mengadu seolah-olah Alya itu orang luar bukan isterinya.
"Abanggg! Sayang merajuk betul baru tahu." Alya menjerit perlahan sambil memukul dada Hafiy. Eee! Geram tau. Saja je nak buat kita panggil dia abang balik.
"Hehe.. That's my sayang. Manja, garang, mengada-ngada."
"Abangg... "
"Ye saiyanggg... "
Alya jeling lagi. Eee.. Menyampah! Tapi sekejap je menyampahnya sebab dalam hatinya dah kembang dua tiga taman. Hikss!
"I'm sorry for everything abang." ucap Alya kembali serius.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...