Bab 17

2.2K 99 16
                                    

"Assalamualaikum."

Sayup-sayup bunyi salam diberi membuatkan Puan Sri Haziyah bingkas bangun dari pembaringannya di atas sofa di depan tv. Siapa pula yang datang tengah-tengah hari begini? Rasanya dia tidak menunggu tetamu hari ini. Pintu utama dituju untuk melihat siapakah gerangan tersebut.

Apabila pintu dibuka tersembul wajah seorang gadis yang dikenalinya iaitu anak kawannya.

"Auntie dah sihat? Kenapa auntie pulak yang bukak pintu? Orang gaji auntie mana?"

Eh dah kenapa pula perempuan ni sibuk-sibuk nak tanya orang gaji rumahnya. Pelik betul. "Kenapa auntie tak boleh bukak pintu ke?" Soalan gadis itu tak dijawab sebaliknya dia menyoal gadis itu balik.

"Tak adalah auntie kan tak sihat. Tak payahlah nak bukakan pintu untuk Amy. Suruh je lah orang gaji auntie yang bukak kan." Ujar Amyliana.

"Mak Yam oo Mak Yam!" Panggil Amyliana.

Terkocoh-kocoh Mak Yam keluar dari dapur menghampiri Amyliana yang memanggilnya. Dalam hatinya sudah berdongkol-dongkol rasa tak puas hati dekat Amyliana. Perempuan ni kalau datang sini memang tak ada kerja lain memang datang nak mengarahnya saja.

"Mak Yam! lain kali kalau ada tetamu datang tu cepat-cepat la bukak pintu. Kenapa sampai Puan Sri yang kena bukakan pintu untuk tetamu? Mak Yam bukan makan gaji buta dekat sini tau?"

Puan Sri Haziyah terkedu di tempatnya. Apa kes pula perempuan ni nak marah-marah pembantu rumahnya. Macam dia pula mem besar rumah ni.

Mak Yam pula hanya tunduk memandang lantai. Malas nak melayan. Dah masak dengan perempuan depannya ini. Datang sini je memang macam tu lah perangainya. Kadang menyampah tapi dah tetamu kena lah layan juga.

"Dah Mak Yam masuk dapur bawak saya jus oren. Haus pulak tekak ni bila membebel banyak." Arah Amyliana lagi.

Siapa suruh kau membebel? Puan Sri pun tak cakap apa-apa. Kau je yang lebih.

"Eh dah-dah. Meh Amy kita duduk dekat ruang tamu sana. Mak Yam bawak air ke sana nanti tapi tak payah nak gopoh sangat la tak lari nya tetamu hari ni." Perli Puan Sri Sharifah Haziyah. Selalunya kalau Amy bertandang ke rumahnya memang tak tahu jalan pulang. Kadang pelbagai cara dan alasan dia bagi supaya Amy pulang. Bukan tak suka tetamu datang tapi kalau dah sikap tu melebih dari tuan rumah menyampah juga la rasa. Datang rumah orang buat macam dia pula tuan rumah ni.

"Haa iya lah auntie. Jom! Jom! Amy pun dah penat berdiri." Tangan Puan Sri Sharifah Haziyah dirangkul mesra. Dengan langkah dan lenggok bak sotong menggeliat Amy melangkah ke arah sofa berangkai dua di ruang tamu utama rumah agam tersebut.

Puan Sri Sharifah Haziyah hanya tersenyum hambar melayan Amy. Ya Allah entah pukul berapa la si Amy ni nak balik. Belum 10 minit Amy berada di sini tapi dah terasa sesak nafas. Ni belum nak melayan kerenahnya lagi. Masak la dia hari ni. Kepala yang dah pening ni bertambah pening la gamaknya.

"Ni mana tahu yang auntie tak sihat?" Soal Puan Sri Sharifah Haziyah setelah masing-masing melabuhkan duduk.

"Mama yang bagitau. Tadi tengok mama kelam kabut nak pergi meeting persatuan sebab dia cakap auntie tak ada jadi dia yang kena amik alih. Itu yang Amy tanya auntie tak ada pergi mana? Lepas tu mama cakap la yang auntie tak sihat. Auntie sakit apa?"

"Ooo.. Aunty pening je sikit tambah cuaca panas kan sekarang sebab tu auntie malas nak keluar takut makin teruk. Itu yang minta mama Amy yang tolong gantikan auntie."

"Haah cuaca sekarang memang panas betul. Amy pun tak boleh kena nak berpanas lama-lama takut nanti burn pulak muka ni."

Kerek pula perempuan ini. Jengkel pula Puan Sri Sharifah Haziyah ingin melayannya. Baru panas dunia. Tak merasa lagi panas akhirat sana.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now