Alya bergolek-golek atas katil. Hatinya berbunga-bunga.
Tak pernah dia rasa bahagia sebahagia hari ini.
Teringat pula kejadian petang tadi, lagi la membuat dia tak tentu arah.
"Sayang.. "
Terus lipak maut Alya berpaling memandang Hafiy sebelum dia kalih menunduk kembali.
Malu!
Hafiy panggil dia sayang ke?
Atau dia salah dengar?
Tapi telinga dah korek semalam.
Jelas lagi rasanya pendengaran dia. Ke bila berdepan dengan Hafiy ni terus telinga jadi lain. Panggil Alya dengar sayang?
Aih mengarut!
Tak adanya.
Memang sayang.
Pasti!
Sangat pasti!
Dia tak salah dengar!
"Tak nak cakap apa-apa ke?" Soal Hafiy mengalah. Tak nak dah usik Alya. Nantikan terus bisu gadis di sebelahnya ini.
"Umur Alya berapa eh?" Hafiy menyoal lagi.
"26." Jawab Alya sepatah.
"Ouh! Boleh panggil saya abang la. Saya lagi tua dari Alya. Lagi pun baru sweet kan panggil abang?" mood mengusik on kembali. Huhuhu.. Sorry sayang tak boleh nak kawal la perangai suka mengusik ni.
The true color of Hafiy kini muncul sedikit demi sedikit.
"Wajib ke? Hafiy pun okay je rasanya." Tolak Alya. Segan la nak berabang-abang ni. Walaupun sebenarnya teringin nak panggil. Ihiks.
"Alya rasa?"
"Hisy! Betul-betul la." Marah Alya. Di jelingnya Hafiy yang sedang memandu itu.
Hafiy ketawa kuat melihat jelingan Alya. "kalau ikut hati abang wajib la." Ujar Hafiy dengan membahasakan dirinya abang. Saja nak mengusik lagi. Comel pula tengok muka Alya bila kena usik ni. Pipi tu merah-merah. Tak payah pakai blusher dah. Aih! Bila hati dah suka. Bila hati dah sayang. Alya jadi macam mana pun tetap comel dimatanya.
"Tak nak la." Bantah Alya.
"Kenapa tak nak?"
"Tak ada sebab."
"aih tak boleh la tak ada sebab. Kalau tak ada tu kira 'abang' la panggilnya." Tak habis-habis nak mengusik.
Alya mencebik. Perlu ke panggil abang?
"okay lah! Okay lah! Suka hati Alya la nak panggil abang apa. Abang usik je tadi." ujar Hafiy mengalah sekali lagi.
"So kita couple?" Soal Hafiy lagi meminta kepastian namun Alya hanya diam tak menjawab.Tak habis-habis dengan malu dia.
"Orang tua-tua cakap diam tanda setuju, diam tanda betul jadi we are in relationship right? Officially couple start from today, 21 april 2019."
"Aaa.. Ermm.."
"Apa aaa aa erm ermm?"
Tak menunggu lama terus tangan Alya laju naik mencubit lengan Hafiy.
"Aduh sayang! Sakit laa.." Hafiy menggosok-gosok lengan kirinya. Uih berbisa juga tangan kecil Alya ni. Orang perempuan memang macam ni eh? Suka cubit?
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...