Bab 34

2.1K 76 5
                                    

"Whats up bro?" Sapa Syamel.

"Waalaikumsalam." Jawab Hafiy. Tergelak Syamel dengan respon Hafiy.

"Perli nampak."

"Mana ada perli tapi kita ni sebagai orang muslim ni haruslah memberi salam apabila... "

"... Oi, oi, dah dah. Sejak dah berbini ni dah pandai eh nak berceramah. Tak boleh nak usik sikit." Syamel melabuhkan duduk di depan Hafiy. Meja Hafiy yang penuh dengan fail-fail itu dipandang serabut.

Busy betul bakal CEO ni. Penuh meja dengan fail-fail.

" Hah nak apa masuk bilik aku ni?" soal Hafiy terus tanpa mengendahkan usikan Syamel.

"Amboi, takkan sekarang dah tak boleh masuk bilik kau? Sebelum ni siap ajak aku melepak lagi sini." Syamel masih lagi ingin mengusik Hafiy.

"Bukan tak boleh melepak tapi sekarang ni aku banyak kerja. Tak ada masa nak layan kau melepak." Ujar Hafiy sambil fokus kembali terhadap dokumen yang sedang disemaknya tadi sebelum Syamel masuk.

"Alah nak usik sikit pun tak boleh. Bukan saja-saja datang nak melepak. Aku pun banyak kerja la. Ni datang nak bagi kau dokumen ni. Ingat tadi nak pass dekat PA kau je tapi dah alang-alang masuk jumpa kau terus la. Lama tak nampak muka. Maklum la orang dah kahwin. Hujung minggu pun jarang dah nak melepak sekali, malam-malam biasa ni apatah lagi." Panjang lebar Syamel berkata-kata.

Hafiy tersenyum mendengar kata-kata Syamel. Bukan apa memang betul pun yang sekarang ni dia dah jarang keluar melepak dengan kawan-kawan baiknya itu, eh bukan jarang la tapi memang tak pernah keluar melepak lagi semenjak dia berkahwin ni.

"Tak sempat la weih. Banyak urusan nak selesaikan. Hari biasa ni sibuk urusan pejabat, hujung minggu pulak ada urusan lain. Lagipun aku ambil cuti lamakan haritu jadi banyak kerja yang nak kena selesaikan cepat ni. nanti-nanti dah settle semua, InsyaAllah aku join korang lepak." Putus Hafiy.

"Hahaha.. kau ni jangan serius sangat. Aku faham lah. Kau jangan nak buat macam hidup bujang pulak bila dah kahwin ni." Pesan Syamel macam dia tu dah kahwin pulak.

"Tak ada lah. Aku sedar la yang aku ni dah ada bini tapi takkan nak keluar melepak sekali sekala tak boleh kan?" Eh! Tak ada life la kan kalau nak keluar melepak pun tak boleh.

"Tak adalah sampai tak boleh terus tapi ingat-ingat la sikit bini kat rumah. Eh ok lah. Aku nak keluar dulu, ada meeting lepas ni. sembang lama-lama takut nanti lupa pulak. Tu dokumen kau semak la eh. Kalau ada yang tak betul boleh bagitau aku balik." Ujar Syamel lalu bangun untuk keluar dari bilik Hafiy. Duduk sini lama-lama nanti melepas pulak meeting dia. Kesian orang menunggu dia tak datang-datang meeting. Telefon pun tertinggal atas meja ofisnya tadi.

"Ye lah. Nanti apa-apa hal aku cari kau." Balas Hafiy dan terus meneruskan balik kerja yang tergendala tadi selepas Syamel menapak keluar dari biliknya.

******

Alya melangkah perlahan menuju ke arah parkir kereta setelah selesai berurusan dengan kliennya di salah sebuah kefe di Bangsar. "Mana pulak kunci kereta ni?" bebelnya seorang diri. Dari keluar kafe tadi menggagau cari. Tak jumpa-jumpa. Takkan tak ada dalam beg kot. Dia letak mana tadi?

Alya berhenti seketika di tepi jalan lalu mengeluarkan barang-barang yang ada dalam beg nya itu. Inilah masalah perempuan kan? Bawak handbag semua barang kalau boleh nak masuk dalam tu. Lepas tu bila cari sesuatu payah nak jumpa. Nak pula kalau barang tersebut kecil-kecil je.

Sekarang tangannya dah penuh dengan barang-barang. Macam-macam ada. Kemudian segala barang yang besar-besar dikepitnya di ketiak. Satu tangan sibuk mencari kunci dalam beg. Apahal yang payah sangat nak jumpa ni? Selalunya tak adalah macam ni. Rungut Alya.

Tiba-tiba dalam sekelip mata segala barang yang berada ditangan dan dicelah ketiaknya jatuh bertaburan diatas lantai termasuk beg tangannya juga tersembam di atas lantai memuntahkan segala isi barang yang belum dikeluarkan olehnya tadi.

"Ooopss. Sorry! Tak sengaja."

Alya pantas menoleh kearah gerangan yang meminta maaf kepadanya itu. Tiba-tiba kena rempuh. Nampak pula powerbank nya pecah membuatkan Alya terkedu seketika.

"Are you okay?" Soal orang itu berbasi-basi.

"I'm okay." Jawab Alya pantas. Rasa macam kenal pulak dengan perempuan didepannya ini tapi siapa eh?

"Sorry again." Balas perempuan itu lalu tolong Alya mengutip barang-barang yang bertaburan masuk ke dalam beg balik. Kunci keretanya pun dah jumpa bila dah semua terkeluar dari beg.

"Thank you." Alya menyambut barang terakhir yang dihulurkan oleh orang itu lalu mengucapkan terima kasih.

"You Tengku Alya Zuyyin kan?"

"Hah? Iya saya. Kita kenal ke?" soal Alya kembali. Tercengang seketika bila perempuan itu mengenali nama penuhnya.

"Haih takkan la I tak kenal you. You kan owner butik terkenal tu." Balas perempuan itu.

Alya termanggu-manggu nak percaya atau tak sebab biasanya orang mengenali dia sebagai Tengku Zuyyin sahaja tapi perempuan ni siap tahu nama penuhnya lagi. Siapakah perempuan ini? Lagi pun tengok muka macam familiar saja.

"Hahaha. Jangan la buat muka macam tu. Btw I Amylea. Kita satu sekolah dulu. Mestilah I kenal you kan." Amylea memperkenalkan diri. Kalau ikutkan hatinya nak saja dia rempuh Alya dengan kuat biar jatuh tersembam kat situ. Sakit betul hati bila kenangkan Alya kahwin dengan kekasih hatinya. Tadi dia berada ditempat pakir, dari jauh dia nampak Alya macam mencari sesuatu di dalam handbag tidak perasan dia yang sedang memerhati gelagat Alya itu lalu terus timbul niat untuk merempuh Alya.

"Ohh. Amy?" Soal Alya lurus. Ingat-ingat lupa sebenarnya.

"Ya. That's me. Are you happy with your life?" Sinis Amylea menyoal Alya.

Alya tercengang-cengang dengan soalan tiba-tiba daripada Amylea itu.

"Pardon?"

"Iya la, you kan baru kahwin so are you happy with your life?" Terang Amylea tentang maksud pertanyaannya itu.

"Ya. Alhamdulillah." Teragak-agak Alya ingin menjawab.

"Hmm. Mestilah happykan? Harap je pakai tudung, nampak baik tapi sebenarnya perampas." Sela Amylea.

Alya makin blur ditempatnya berdiri. Dah kenapa dengan perempuan tu nak gelar dia perampas bagai? Dia rampas apa? Gila ke apa? Tak ada angin, tak ada rebut, kenal pun gitu-gitu je tiba-tiba datang nak label dia perampas? What the fish?

"Perampas? You cakap pasal apa ni?"

"Oh. Tak faham? Tak pe, tak payah faham sebab nanti I akan terangkan dekat you satu-satu sampai you faham. Sekarang I ada kerja. Pergi dulu ya! You balik fikir-fikirkan lah kenapa I cakap you perampas." Kerek Amylea berkata-kata lalu meninggalkan Alya terkulat-kulat disitu.

"Gila agaknya." Ujar Alya sendirian sambil memerhati langkah Amylea yang memasuki kafe di depan itu.

"Aku? Perampas?" Monolog Alya sambil berjalan ke keretanya. 

Tak perlu kot fikir semua tu, lagi banyak kerja penting yang dia harus selesaikan. Mungkin Amylea tu salah orang kot nak gelarkan dia sebagai perampas. Fikir Alya untuk sedapkan hati sendiri. 



tbc

30/01/20

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now