Amylea termenung panjang di gabezo rumah ibu bapanya.
Macam-macam perkara dia sedang fikir sekarang ni.
Dan macam-macam tu semuanya berkaitan dengan Hafiy.
Susah betul nak dekat dengan kesayangannya itu.
Macam mana nak buat eh?
Bukan setakat dia nak dekat nak jumpa pun susah.
Kalau pergi rumah pun memang jarang la boleh jumpa dan kalau jumpa pun panjang je akal Hafiy nak mengelak dari dia.
Eeee geram la.
Macam mana nak kahwin macam ni?
Fikir Amy fikir. Keluarkan segala idea kau yang bernas itu.
Kalau dia perangkap Hafiy okay tak?
Upah sesiapa untuk pukul Hafiy bagi pengsan then bawa pergi hotel.
Kalau nak ajak Hafiy terus pergi hotel memang tak la Hafiy nak mengikutnya.
Lepas tu panggil pengawai agama tangkap dia dengan Hafiy.
Hmmm.. Cun juga kan? Jadi kes tangkap basah. Lepas kejadian tu dia mesti boleh kahwin dengan Hafiy.
Hafiy takkan tolak sebab malu kan? Dan mesti nak jaga maruah dia juga kan?
Pandai kau Amy. Good! Tapi sanggup ke nak hancurkan karier kau yang baru nak meningkat naik tu?
Alah lepas lepas kahwin dengan Hafiy tak payah kerja pun takpe. Tak kisah la karier musnah tak ada job pun asal Hafiy boleh jadi miliknya.
Berani ke nak ambil risiko?
Kalau Hafiy taknak kahwin dengan dia macam mana? Sia-sia je nanti.
Ada cara lain lagi tak?
Ishh.. Serabut!
Macam mana ni?
"Kenapa mama tengok macam orang tak betul je ni?" Soal Datin Maria iaitu mama kepada Amylea.
"Tak ada apa lah." Jawab Amylea. Malas nak bercerita dengan mamanya itu. Kalau cerita pun mama bukan nak sokong dia.
"Iyalah tu. Cuba lah cerita dekat mama ni. Mana la tahu mama boleh bantu." Ujar Datin Maria cuba untuk membuat Amy bercerita.
"Kalau mama tak boleh bantu dari segi kudrat mungkin mama boleh bantu meringankan beban di dada tu. Kalau Amy luahkan mungkin boleh legakan hati tu." Datin Maria menyambung lagi.
Amylea berkira-kira sama ada ingin meluahkan kepada mama ataupun tidak. Hatinya sudah lembut untuk berkongsi cerita sebenarnya apabila mendengar kata-kata mama tadi.
Namun perasaannya kini berbelah bagi sebab dia tahu yang tak mungkin mama boleh menolongnya.
"Tak apa lah kalau Amy taknak kongsi dengan mama pun. Ni makan la kuih ni." Datin Maria bersuara setelah Amy hanya berdiam diri. Pinggan kuih yang dibawanya tadi ditolak ke hadapan Amy.
Amy rasa kesian la pula dekat mama. Mungkin betul kata mamanya. Kalau tak boleh tolong dari segi kudrat mungkin boleh tolong meringankan beban di dada.
"Tak ada la mama. Amy geram la. Susah betul nak jumpa Hafiy." Luah Amy.
"Hafiy? Amy masih nak dekat Hafiy ke?"
"Iya la mama. Amy taknak orang lain. Hanya Hafiy yang Amy nak." Bentak Amylea perlahan.
"Dah macam-macam cara Amy buat supaya boleh jumpa tapi semua tak berhasil." sambung Amylea lagi. Air yang mama tuang untuknya tadi diteguk rakus menunjukkan yang dia memang tengah geram yang amat sekarang ini. Mujur sahaja air sejuk kalau air panas dah melecur rasa lidahnya ketika ini.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...