Bab 14

2.4K 111 3
                                    

"Sombong ya?" Ujar Hafiy sendirian. Panahan matanya seakan-akan ingin menembusi telefon bimbit yang berada ditangan.

Pantang telefonnya berbunyi terus dicapai dan dibaca mesej yang masuk namun semuanya hampa apabila bukan yang ditunggu-tunggu yang masuk.

Semalam perasaan gembiranya seperti orang dapat wang berjuta apabila Alya membalas mesejnya namun apabila dia bertanyakan bila boleh keluar terus Alya meninggalkannya bluetick sampai ke hari ini. Call pun sepi tak berjawab.

Nak main tarik tali ya? Tak apa kita tengok sampai bila? Sombong-sombong ni lagi mencabar. Ini Hafiy la takkan berputus asa. Lagi Alya lari lagi dia akan kejar.

Bila hati dah terpaut dia mesti akan dapatkan.

Kerja-kerja yang menantinya atas meja tidak disentuh malah dia lebih memilih untuk melayan perasaannya ketika ini.

Hatinya lebih tertarik untuk memikirkan Alya dari kerja yang menanti itu.

Tok!

Tok!

Tok!

Bunyi ketukan pintu menghentikan lamunan Hafiy sedari tadi.

"Masuk!" Arah Hafiy.

"Assalamualaikum bos. Kuat termenung nampak." Usik Syamel setelah dia melabuh punggung didepan Hafiy. Biarpun tuan punya bilik tak suruh duduk biar dia yang duduk dulu. Lagi pun nak tunggu Hafiy suruh dia duduk alamatnya esok pun belum tentu boleh duduk.

"Waalaikumsalam. Bila masa pulak aku termenung. Pandai je kau."

"Eleh macam la aku tak nampak. Lima minit aku berdiri depan bilik kau sebelum ketuk pintu. Aku perhati je kau disebalik cermin kaca tu haa." Tunjuk Syamel ke arah cermin kaca yang terdapat di pintu bilik Hafiy. Sememangnya dia dah lama berdiri disitu. Ingatkan Hafiy tengah buat kerja tapi bila dia perhati lama-lama nampak macam kawan merangkap bos dia ni bukan buat kerja tapi termenung.

"Ada masalah ke?" Soal Syamel lagi.

"Tak ada apa lah. Ada apa kau masuk bilik aku ni?" Soal Hafiy mengalihkan topik. Tidak mahu berkongsi tentang perasaannya sekarang.

"Iya la tu tak ada apa-apa. Kalau tak ada masalah tak adanya pekerja workaholic macam kau ni nak termenung." Sanggah Syamel tak percaya.

"Betul lah. Tak ada apa pun. Saja layan perasaan. Tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh. Boleh tapi bila orang yang tak pernah layan perasaan ni layan perasaan terasa pelik disitu."

"Apa yang peliknya? Aku pun manusia. Ada perasaan jugak."

"Hahaha bukan maksud aku kau tak ada perasaan. Maksud aku, kau kan tak ada masa nak layan perasaan ni lebih pentingkan kerja jadi bila kau layan perasaan pelik la tu." Terang Syamel memaksudkan kata-katanya tadi.

"Apa-apa je lah. Hah ada apa cari aku?" Hafiy menyoal sekali lagi. Malas sebenarnya nak bahaskan tentang perasaannya ni.

"Ouh ni nak minta tandatangan kau." Ujar Syamel sambil menghulur satu fail yang dibawa bersamanya tadi kepada Hafiy.

Isi kandungan di dalam fail itu dibelek dan dibaca sekilas oleh Hafiy sebelum dia menurunkan tandatangan.

Sejurus Syamel melangkah keluar dari biliknya Hafiy pantas menurunkan bidai kecil untuk menghalang orang luar melihatnya di dalam.

Mahu kan privacy sedikit.

Tak pun lepas ni renovate tukar pintu lain. Tak nak la yang ada kaca ni. Orang boleh nampak. Guna pintu kayu sepenuhnya lagi bagus.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now