BAB 3

3.4K 143 1
                                    

Hafiy menapak perlahan-lahan memasuki rumah. Sungguh dia letih hari ni. Daripada pagi sampai petang lansung tak ada rehat. Dia kena fokus terhadap projek di Sri Hartamas. Terleka sikit macam-macam kena hentam nanti. Dia ingat selesai projek tersebut dia nak mintak cuti panjang la dengan walid. Dah lama tak cuti ni. Agak-agak walid kasi tak ehh?

Baru nak daki tangga naik ke bilik, suara uminya menyapa membantutkan perjalanan Hafiy.

"Baru balik Long?" sapa Puan Sri Sharifah Haziyah.

"Ehh umi. Haah baru balik." Balas Hafiy sambil menapak kearah uminya menyalami tangan tua itu.

"Kurang-kurangkan la sikit kerja tu long. Kerja tu sampai bila-bila takkan habis. Apa kata along cari menantu kat umi. Bila ada isteri ni mana la tahu kan awal sikit balik. Iya lah ada orang tunggu kat rumah la katakan. Tak gitu long?" leter Puan Sri Sharifah Haziyah. Anak dia tu dah nak masuk 30-an tapi tak ada ura-ura nak mendirikan rumah tangga langsung. Tak tahu lah apa yang ditunggunya. Anak kawan dia yang sebaya dengan Hafiy dah ada dua orang anak. Hafiy? Isteri pun tak cari. Kerja memanjang.

"Alaa umi sabar lah ehh. Bukan along tak cari tapi tak jumpa lagi." Pujuk Hafiy. Ini malas nak sembang dengan umi ni. Tak ada topik lain. Asyik-asyik menantu, tak menantu cucu yang disebutnya. Alahai umi ku sayang sabarlah. Nanti ada lah jodoh anak mu ini.

"Macam mana nak jumpa kalau dah asyik fikir kerja ja. Kalau jumpa pun memilih. Lepas tu sampai bila nak jumpanya long?"

"Umi nak cari isteri memang la kena pilih. Ke umi nak menantu yang tak cukup kain? Haa kalau yang macam tu berlambak mi. Tinggal pilih je nak yang macam mana." Bosan dia bila bercakap pasal berumah tangga ni. Bukan dia tak bersedia tapi dah hati dia tak jumpa yang sesuai untuk berkahwin lagi nak buat macam mana.

"Hisy jangan sesekali bawak balik bakal isteri macam tu kat umi. Memang umi tak restu. Cuba cari yang elok sikit. Bukannya tak ada tapi kamu tu tak pandang dengan mata hati kalau dah mata nampak yang seksi seksa tu haa semua." Puan Sri Sharifah Haziyah menjeling anak sulungnya itu. Ada ke patut nak bagi dia menantu tak cukup kain. Sekarang ni berlambak je dia tengok perempuan-perempuan hijabista. Kan elok je mata memandang.

"Sebab tu along suruh umi sabar. Nanti sampai masa along kahwin la umi eh. Umi jangan risau. Lambat laun umi akan dapat menantu jugak. Umi doa yang baik-baik je eh kat along. Ok lah umi. Along nak naik mandi. Belengas dah badan ni. Bye bye umi." Lambai Hafiy sambil menapak menaiki tangga kembali tanpa menunggu balasan dari uminya. Lagi lama dia duduk disitu lagi tak habis lah topik tu. Baik dia chow dulu.

"Haa tu nak lari dari umi la tu. Ni dah makan belum? Kalau belum umi nak panaskan lauk." Laung Puan Sri Sharifah Haziyah menanya Hafiy dari tangga bawah.

"Takpe umi. Nanti kalau along nak makan along panaskan sendiri. Umi masuklah tidur. Pandai-pandai lah along cari makan nanti." Balas Hafiy melaung juga.

# # # #

Usai mandi Hafiy merebahkan badannya ke atas katil. Bestnya dapat landing. Hilang lenguh-lenguh badan seharian duduk mengadap kerja.

Fikirannya menerawang kepada topik yang dibualkan dengan uminya tadi.

Betul jugak apa yang uminya cakap tadi. Mungkin bila dah ada isteri kurang sikit waktu dia dekat pejabat. Tetapi bukan dia tak teringin nak kahwin. Masalahnya calon tak jumpa lagi. Kalau dah jumpa yang berkenan hak milik orang pulak. Dia tak adalah sangap sangat nak kahwin sampai nak rampas hak orang punya.

Dalam fikiran melayang-layang tiba-tiba terlintas figura wanita yang dia lihat tengah hari tadi. Siapa perempuan tu eh? Kenapa hati ni tertarik sangat nak jumpa dengan perempuan tu. Kuat betul aura wanita tersebut sampaikan boleh melekat terus dalam kepala dia. Harap-harap boleh ketemu lagi.

Krukk! Aduh lapar la pulak. Tak boleh jadi ni. Teringat pasal wanita tu bukan boleh kenyang pun. Pantas Hafiy bingkas bangun pakai baju dan menunaikan solat isyak sebelum melangkah turun ke dapur untuk mengisi perutnya.

# # # #

Sampai di tingkat bawah, semua lampu sudah dipadamkan. Tinggal lampu di bahagian tangga dan dapur sahaja yang cerah. Mungkin uminya yang biar lampu dapur terbuka, getus Hafiy.

Awalnya semua orang dah tidur. Baru pukul 9 malam, rumah dah gelap. Hafiy percaya, adik bongsunya bukannya dah tidur pun. Mesti tengah melayan k-drama dekat laptop.

Bukannya dia tak kenal dengan Hani. Semua jenis K-drama dia sapu tengok. Tak tahu lah apa yang best sangat dengan mamat korea sampai jadi gila macam tu sekali.

Nak kata hensem, tak ada lah hensem sangat. Hensem dia lagi. Hensem asli bukannya macam mamat korea hensem plastik.

Malas nak serabut fikir pasal mamat korea, kakinya dibawa melangkah ke dapur. Tudung saji di atas meja makan dibuka. Terpampang hidangan makan malam yang sudah dihidangkan.

Ini mesti kerja uminya. Umi umi tadi dah pesan tak payah buat. Tergeleng-geleng Hafiy memikirkan uminya itu.

Segelas air masak di ambil sebelum sinki dituju untuk membasuh tangannya. Perlahan-lahan kerusi ditarik sebelum Hafiy melabuhkan punggungnya itu.

Sedih la pulak rasa bila makan sorang-sorang ni. Tak lalu nak makan tapi perut minta diisi. Kuah ketam masak lemak cili padi disudu untuk melalukan dia makan nasi. Sesuap demi sesuap nasi masuk dalam mulut.

"Hah dah turun makan? Umi ingat tak turun lagi?"

Suara uminya menyergah mengejutkan Hafiy yang sedang mengelamun sambil makan tu.

"Ehh umi. Terkejut along. Baru je turun. Kenapa umi siapkan makan untuk along. Along dah pesankan tadi tak payah. Along boleh buat sendiri. Kesian kat umi je."

Puan Sri Sharifah Haziyah duduk di kerusi hadapan Hafiy menunggu anaknya makan. Tadi selepas Hafiy naik ke bilik dia terus ke dapur menghidangkan makanan untuk anaknya itu.

Dia kesian dengan Hafiy yang balik penat-penat lepastu nak kena hidang sendiri pulak.

"Bukannya susah pun. Makan lah cepat. Sedih pulak umi tengok along makan sorang-sorang." Puan Sri Sharifah Haziyah menolak pinggan mangkuk lauk-lauk mendekat kepada Hafiy.

"Sebab ni lah umi suruh along kahwin. Bila nak makan ada orang temankan. Tak ada lah krik-krik sangat masa makan malam-malam macam ni." sambung Puan Sri Sharifah Haziyah lagi.

Hafiy terus menundukkan kepala apabila uminya keluarkan topik kahwin lagi. Dalam kepalanya sudah memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk menukar topik itu. Malas lah nak bahas pasal hal kahwin lagi.

"alaa umi dah..."

Belum sempat Hafiy ingin membalas kenyataan Puan Sri Sharifah Haziyah, adiknya Hani datang menyelamatkan keadaan.

"Ehh along baru makan nasi." Sapa Hani adik bongsu Hafiy.

"Umi hari ni butik Qu Yins buat sale la. Rugi kita tak pergi. Ada satu blouse tu cantik sangat Hani tengok." Tambah Hani lagi sambil dia menarik kerusi duduk di sebelah alongnya.

"Iya ke? Esok-esok boleh pergi kan?" soal Puan Sri Sharifah Haziyah. Sememangnya dia dengan Hani sangat gemarkan baju-baju yang dijualkan di butik itu. Sangat selesa untuk dipakai.

"Besok dah mahal la umi. Hari ni je murah."

"Kalau mahal pun bukan bayar guna duit kau pun dik." Celah Hafiy.

Terus muncung mulut Hani apabila Hafiy cakap macam tu. Tahu lah bukan guna duit dia tapi siapa taknak barang murah kan.

Puan Sri Sharifah Haziyah terus rancak berbual dengan Hani tentang butik tersebut. Hafiy perlahan-lahan angkat pinggan menuju ke sinki. Dia dah selesai makan. Malas nak dengar umi dengan adiknya berbual. Tak ada kaitan dengan dirinya. Lagipun dia takut uminya buka lagi topik kahwin jadi baik dia lari dulu sebelum isu itu timbul lagi.

Usai membasuh pinggan dan kemas meja terus Hafiy meminta izin untuk naik ke biliknya. Uminya masih rancak berbual pasal shopping baju. Semasa Hafiy kemas meja tadi pun umi dia tak layan. Biasanya bila dia nak kemas meja mesti umi akan cakap, 'tak apa lah along, tinggal je. Nanti umi kemas'. Tapi tadi langsung tak hirau. Ini lah perempuan, perempuan dan shopping berpisah tiada.

# # # #  

Tbc

4/5/18

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now