"Sayang! You lebih prefer baby or sayang? Ke baby sayang?" soal Hafiy suatu petang ketika keluar berdua dengan Alya.
Alya menjeling Hafiy di sebelah.
Eeuww! Geli aih berbaby-baby ni. Apa yang merasuk Hafiy sampai tanya soalan macam tu?
"Cepat la! Baby or sayang, baby sayang?" Gesa Hafiy.
"Eeeee... Tak mau lah berbaby-baby ni geli lah." Badan Alya meliut-lituk menandakan dia memang geli-geleman bila orang berbaby-baby ni. Ingat dia ni baby nak panggil baby-baby bagai.
"Hahahaha.... Sayang! Trend la sekarang ni. Baby sayangggg!" Meleret-leret suara Hafiy mendendangkan kalimah baby sayang. Sengaja sebenarnya nak mengusik. Lagi Alya tak suka lagi tu dia nak cakap.
Pantas beg tangan yang berada di atas riba Alya melayang mengenai lengan Hafiy.
Hafiy menyeringai mengaduh kesakitan.
Padan muka!
"Tak payah nak ikut trend sangat la." Marah Alya.
"Ala apa salahnya sekali sekala nak sweet-sweet berbaby sayang. Dah la suruh panggil I 'abang' pun tak nak panggil. I nak sweet sikit pun tak boleh." Rajuk Hafiy.
Eeee.. Buruk la orang tua merajuk!
Eh tapi sekarang ni nak tahu siapa perempuan sebenarnya? Alya ke Hafiy? Apa buruk benor pasal itu pun nak jadikan isu?
Ish susah lah bila kali pertama bercinta ni. Tak reti nak layan.
"Tak suka la baby-baby ni. Geli tau tak? Liya lebih prefer sayang je. No baby! Fullstop!" Ujar Alya mengalah apabila melihatkan tanda-tanda Hafiy nak merajuk lebih itu semakin tinggi.
"Jadi sebelum ni abang duk bersayang-sayang tu sayang suka la kan?" Tak jadi lah nak merajuk. Nanti Alya tak pujuk. Orang perempuan ni memang tak reti pujuk eh? Susah sangat ke nak pujuk? Kalau dia merajuk kita mati-matian kena pujuk tapi bila kita merajuk dia pujuk sekali terus give up. Tapi dalam hal ini dan untuk hari ini Alya tak pujuk pun sebenarnya. Sedih! Tak apa lah Hafiy lain kali try lagi. Alya tak biasa lagi dengan kau.
"Ish! Mana ada. Tak suka la macam ni." Masam mencuka muka Alya apabila mendengarkan pertanyaan Hafiy atau lebih sebagai pernyataan kut sebenarnya.
Siapa je tak suka dipanggil sayang oleh pasangan dia? Cuba bagi tau sikit. Nak juga tahu ada ke?
Boleh Hafiy keluarkan soalan begitu. Mestila dia suka tapi malu nak mengaku. Alya kan perempuan melayu terakhir yang penuh dengan sifat pemalunya walaupun sebenarnya perangai macam 'harem' sikit. Mula-mula je ni malu-malu kucing. Nanti malu entah kemana, kucing pun entah kemana. Sampai masa nanti hadap la kau Hafiy dengan perangai Alya yang tak semedang tu. Masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Eh! Eh! Ada kena mengena ke? Hahaha. Lantak la.
"Alaa sayang mengaku je lah. Suka kan? Suka kan?" Provok Hafiy.
"Biasa ja la. Liya larang panggil sayang pun awak panggil sayang jugak jadi biasa je." ujar Alya membela diri tak mahu mengaku hakikat sebenar.
"Ermm.. Iya la tu. Habis tu kenapa muka merah-merah ni?"
"Tak suka la macam ni. Nak balik la." Ujar Alya lantas mengangkat punggung untuk pergi.
Kalut Hafiy menjernihkan keadaan yang dicetuskan olehnya. Nasib kau la Hafiy. Dah sayang kan. Redha saja lah.
"Okay sorry kay? Tak usik dah. Duduk la sini. Janji!" Hafiy menepukkan tempat disebelahnya beberapa kali menyuruh Alya duduk kembali.
Alya menjeling Hafiy sebelum melabuhkan duduk. Benci tau! Dah tahu orang malu lagi nak mengusik. Merajuk setahun baru tau.
"Sayang! Abang kalau boleh taknak bercinta lama-lama. Kalau kita bertunang dulu nak?" Soal Hafiy mula serius. Dia sebenarnya bukan taknak bercinta lama-lama tapi kalau boleh dia nak ada satu ikatan dengan Alya. Pegang status boyfriend ni tak secure la dia rasa. Tunang mungkin lebih buat dia rasa secure.
Mungkin la!
Alya jeda seketika. "Awak serius ke? Kita baru kenal tau. Couple pun tak sampai dua bulan lagi awak dah cakap pasal tunang." Ujar Alya berhati-hati. Bukan dia taknak bertunang dengan Hafiy tapi dia rasa macam baru sangat hubungan ni.
"Orang yang kenal 3 hari pun boleh kahwin apatah lagi kita sayang. Lagipun kita bukan baru kenal semalam kan? Dah berbulan-bulan. Kira lama la tu. Alya pun kenal dengan umi dan adik abang kan? Abang bukan cakap main-main tapi kalau boleh abang memang nak hubungan ni lebih serius. Abang taknak paksa sayang. Abang just cakap pandangan abang terhadap hubungan kita ni saja." Muka Alya disebelah ditenung seketika sebelum Hafiy kembali menyambung hujahnya. "Kalau sayang nak kita kenal-kenal dengan lebih dalam dulu pun abang rasa time kita dah bertunang or dah kahwin sekali pun kita still boleh kenal-kenal."
Alya senyap memikirkan kata-kata Hafiy. Betul juga apa yang Hafiy cakap tu. Orang yang dah lama kenal belum tentu akan kenal perangai sebenar seseorang tu melainkan bila dah kahwin. Sebab kadang-kadang perangai sebenar akan muncul bila kita sudah tinggal bersama dengan pasangan kita tu. "Liya bukan tak yakin dengan awak tapi rasa macam cepat sangat. Kalau boleh Liya nak la awak kenal-kenal dulu dengan family Liya dan Liya pun kenal dengan family awak. Lagi pun memang la saya kenal umi dan adik awak tapi just sebagai pelanggan saya. Tak lebih tak kurang."
"Okay kalau macam tu sayang set tarikh kita jumpa family masing-masing." Balas Hafiy senang.
"Ish tak menyempat." Rungut Alya.
"Yakin ke Liya ni memang jodoh awak? Dah buat solat istiqarah?" Alya menjongketkan keningnya beberapa kali menyoal Hafiy."Mestilah yakin."
"Wah yakinnya kamu!"
Tergelak besar Hafiy mendengar maklum balas dari Alya. Pandai bergurau juga rupanya Alya ni. Ingatkan pemalu je manjang.
"Sayang! Sebelum abang keluarkan persoalan ni abang memang dah buat solat istiqarah dan abang memang yakin dengan keputusan abang." Ujar Hafiy setelah ketawanya reda. Sememangnya dia ada buat solat istiqarah selepas sahaja dia dengan Alya declare couple tempoh hari. Bukan sekali tau dia mintak petunjuk tapi dua tiga kali dan dia yakin yang Alya memang tertulis untuknya. Satu lagi dia taknak menjalinkan hubungan sia-sia kalau Alya itu bukan jodohnya jadi awal-awal lagi dia sudah buat solat istiqarah.
"Macam ni lah sayang. Sayang balik buat solat istiqarah dulu nanti bila dah ada keputusan and yakin kita bincang lagi. Boleh?" Soal Hafiy lagi.
Setelah dipertimbang kurang lebih tambah bahagi Alya menggangguk bersetuju dengan cadangan Hafiy. Balik minta petunjuk dengan Allah dulu baru kita buat keputusan kerana sesungguhnya Allah lah tempat kita mengadu dan memohon sesuatu.
* * * *
Tbc
06/05/19Haii... Selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berbuka semua. Maafkan atas segala kekurangan dalam penulisan yang tak seberapa ini.
Sekian!
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...