BAB 8

2.4K 125 3
                                    

Sudah 2 minggu umat islam berpuasa. Bulan yang sangat sibuk buat Alya dengan para pekerjanya.

Mereka sibuk mempromosikan busana-busana terbaru sempena raya tahun ini.

Memang tidak menang tangan mengurus pelbagai event.

Minggu ini sudah sibuk tetapi minggu depan lagi sibuk. Minggu yang sangat padat dengan event-event besar.

Bermula dengan Raya Festival dan berakhir dengan Mood Republik Kuala Lumpur. Setiap hari sepanjang minggu itu memang tiada rehat dan cuti.

Walaupun Alya tidak terlibat secara langsung tetapi dia tetap akan turun padang bagi memantau segala jualan-jualan busana keluaran butiknya berjalan lancar.

Hari ini dia berada di pejabatnya untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tertunggak.

Sebelah petang nanti dia bercadang untuk turun ke tingkat bawah dimana butiknya beroperasi tetapi sebelum itu dia perlu menyelesaikan kerja-kerja ini terlebih dahulu. Cepat siap cepat dia boleh turun ke bawah.

* * * *

Sudah 15 minit Hafiy menunggu umi dengan adik bongsunya bersiap.

Malam tadi umi memujuknya untuk menemani mereka membeli belah sempena raya nanti.

Jadi hari ini dia mengambil cuti separuh hari. Selepas selesai mesyuarat dengan wakil Berjaya Holding tadi terus dia memecut kereta pulang ke rumah.

Apabila sampai dirumah ingatkan boleh gerak terus tetapi rupa-rupanya seorang pun tidak selesai lagi bersiap.

Menyesal pula dia tidak menelefon awal-awal suruh bersiap. Orang perempuan memang macam ni kan padahal sebelum pergi kerja tadi dia sempat memberitahu uminya yang dia akan balik sebelum 11 pagi.

Apabila sampai tadi ingatkan dia yang kena bebel dengan umi sebab lambat. Iya lah janji sebelum sebelas tapi 11.30 baru dia sampai.

Tetapi rupa-rupanya dia yang penat membebel sorang-sorang malah dia sempat lagi menukar baju kemeja kerjanya kepada baju T-shirt polo.

Bosan menunggu di ruang tamu, Hafiy bangkit menuju ke bilik uminya. Ingin dilihat apa lagi yang tidak siapnya.

Tok!

Tok!

Pintu bilik uminya diketuk sekali dengan laungan memanggil uminya.

"Umi oo umi.. "

"Along tunggu dalam kereta ya? Lambat along balik pejabat semula." Ugut Hafiy.

Perempuan kalau bersiap memang macam ini eh? Kalau tidak ambil masa dua tiga jam tidak sah.

"Umi dah siap dah, tunggu Hani duduk dalam tandas ni tak keluar-keluar lagi."

Hafiy tidak jadi untuk melangkah pergi apabila mendengar balasan daripada uminya dimuka pintu.

"Habis tu duduk dalam tandas tu dah siap ke belum?" soal Hafiy. Kalau belum alamaknya lagi dua jam la dia kena tunggu.

"Dah siap dah. Dia tunggu umi tadi, tiba-tiba sakit perut. Nanti keluar la tu." Hafiy menarik nafas lega apabila umi menyatakan begitu.

"Hani? Umi dengan along tunggu dalam kereta tau? Cepat sikit." Laung Puan Sri Sharifah Haziyah.

"Kejap umi, Hani dah siap dah." Kelam kabut Hani keluar dari tandas. Takut kena tinggal punya pasal.

"Nak shopping dekat mana ini umi?" Tanya Hafiy setelah masing-masing selamat masuk kedalam kereta.

"Pergi butik Qu Yins dulu lepas itu baru kita pergi mall." Ujar Puan Sri Sharifah Haziyah.

"Sedia menurut perintah." Balas Hafiy bercanda menaikan mood ceria dalam kereta.

* * * *

Alya sibuk dikaunter pembayaran membantu pekerjanya menguruskan jualan.

Ding Dong!

Kelihatan dua orang pelanggan memasuki butik. Alhamdulillah walaupun bukan hari minggu tetapi pelanggan tetap tidak putus datang ke butiknya.

Senyuman manis Alya lakarkan buat pelanggannya supaya mereka merasa kehadiran mereka dialu-alukan.

"Ku Yin? Tadi ada bungkusan sampai tetapi saya lupa nak bawa naik pejabat bila nampak Ku dekat sini baru teringat." Ujar salah seorang pekerja Alya sambil tersengih-sengih apabila ternampak Alya berada di kaunter pembayaran tersebut.

"Bungkusan apa?" Soal Alya pelik. Setahunya dia tidak ada membuat atau membeli apa-apa melalui online.

"Ehh tak pasti la saya. Tengku nak sekarang atau nak saya bawa naik pejabat bagi dekat Kak Lisa."

Kak Lisa ialah setiausaha Alya yang mengurus pelbagai aktiviti dan menyusun jadual Alya.

Jaga dirimu sayangku
Disaat ku bila tiada disisimu

Alya melirik sepintas lalu melihat telefonnya apabila lagu Pesan yang dinyanyikan Irfan Haris kedengaran menandakan ada panggilan masuk.

"Awak bagi dekat Kak Lisa saja la. Nanti saya ambil dengan dia." Ujar Alya sebelum dia mengangkat panggilan telefon tersebut.

"Hello.." Sapanya sesudah panggilan diangkat.

Dia bergerak keluar dari kaunter pembayaran apabila ada pelanggan yang ingin membuat pembayaran.

Pintu keluar dituju untuk keluar dari butik.

Belum sempat pemegang pintu dicapai, pintu sudah terbuka apabila ia ditarik dari luar.

Tidak sempat Alya ingin memberi laluan kepada orang yang ingin masuk dia sudah dirempuh apabila orang itu rushing berjalan masuk.

Nasib baik telefonnya tidak jatuh menghempas bumi. Kalau tidak memang dia mengamuk habis. Tak kira la orang itu pelanggan penting atau siapa-siapa sahaja. Yang penting kalau telefonnya jatuh tadi memang dia akan mintak ganti rugi.

Bukan tak mampu nak beli sendiri tetapi nak bagi pengajaran sedikit supaya selepas ini lebih berhati-hati. Tak lari pun butik dia ini nak rushing bagai.

"Ya Allah, I'm sorry miss. Are you okay?" Soal pemuda yang merempuhnya tadi.

Alya merenung sekilas pemuda itu.

Hensem!

Itulah yang terdetik dihatinya sekarang ini.

Soalan pemuda tersebut tidak dijawab malah dia bagaikan berada di dunianya tersendiri. Seperti bertemu putera kacak idaman hati.

Entah mengapa dia merasa berdebar-debar apabila berhadapan dengan pemuda tersebut.

Takkan disebabkan rupa paras yang hensem dia sudah tidak keruan. Hisy mengarut la kau ni Alya.

Sedarlah Alya. Jangan nak puji puja sangat. Entah-entah itu suami orang. Kalau tak, takkan dia masuk dalam butik ini. Butik ini tak ada jual pakaian untuk kaum lelaki. Ini mesti teman isterinya shopping raya.

Kalau isteri dia tengok kau duduk tenung puji suami dia mahu ada yang kena pelangkong kepala dengan kasut kejap lagi.

"Miss?" Tegur pemuda itu sehingga mengejutkan Alya yang sedang berperang dengan suara hati sendiri.

"Are you okay?" Soal pemuda itu lagi setelah soalannya tadi diabaikan Alya.

"Ya ya I'm okay." Jawab Alya menggelabah.

Cepat-cepat dia minta izin untuk keluar dari butik selepas sedar ketelanjurannya berkhayal sebentar tadi.

Lagi pun dia ada urusan dengan orang dalam talian telefon sekarang ini.

Dan mungkin orang disana sudah menamatkan talian apabila tiada sahutan daripada dia.

Jadi dia harus menelefon kembali. Lagi pun orang yang menelefonnya tadi ialah salah seorang pelanggan penting butiknya. Mungkin ada hal penting yang ingin diutarakan sehingga menelefonnya secara peribadi.

Selalunya apa-apa urusan yang perlu berurusan dengannya haruslah membuat temujanji dengan setiausahanya terlebih dahulu supaya jadual kerjanya tersusun.

* * * *

Tbc
5/7/18

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now