Bab 12

2.5K 113 7
                                    

Kesibukan kerja lebih kurang seminggu membuatkan tidur Hafiy tak menentu.

Semalam pukul 2 pagi baru dia sampai rumah. Ada lawatan kerja di Melaka.

Mujur saja hari ini hari minggu jadi dia boleh lajakkan tidur sampai tengah hari.

Lajakkan tidur bukan bermaksud tak bangun solat subuh ya tapi tidur balik lepas solat subuh tadi.

Umi pun tak ada naik kejutkan dia. Mungkin tahu yang dia sampai lewat semalam.

Selesai mandi Hafiy turun ke bawah untuk mengisi perut yang tengah berdondang sayang minta disisi sekarang ini.

Lapar.

Semalam pun dia dinner ala kadar saja sebab banyak kerja nak diselesaikan sebelum balik.

Sampai di dapur kelihatan Mak Mah dengan umi tengah sibuk memasak.

Air oren twister dalam botol yang tinggal separuh dalam peti sejuk dicapai dan diteguk rakus.

"Semalam sampai pukul berapa?" soal uminya.

"Pukul dua. Sarapan apa umi? Lapar la."

"Itu la tidur tak kesian dekat perut sapa suruh. Lain kali turun cari makanan dulu lepas tu sambung la tidur balik." Bebel Puan Sri Sharifah Haziyah.

"Ala umi dah ngantuk tak lapar dah tadi. Ini bila dah segar baru terasa lapar."

"Iya lah sayangkan tidur memang la tak lapar. Makan tengah hari terus la. Pergi panggil yang lain. Umi dah siap masak ni pun." Arah Puan Sri Sharifah Haziyah.

Redha je Hafiy melangkah keluar memanggil yang lain.

Usai makan tengah hari Hafiy melepak di ruang tamu tinggat atas.

Televisyen dibuka tapi mata lebih fokus dengan telefon di tangan sampaikan Hani datang tukar siaran yang dia buka tadi pun tak sedar.

Terkejut dengar Hani ketawa barulah dia kalih mata memandang Hani silih berganti dengan tv di depan.

Tengok running man rupanya patutlah ketawa tak ingat dunia.

Hani dan Korea berpisah tiada.

Tapi satu yang dia tahu Hani ni lebih suka layan reality show berbanding drama atau k.pop song.

Macam mana dia boleh tahu?

Sebab malam-malam pukul sebelas konfem berebut remote dengan dia.

Sampaikan dia sendiri boleh hafal cerita apa. Malam selasa law of the jungle, rabu Baek Jong Won alley restaurant, khamis Master In The House dan jumaat tak lain tak bukan Running Man kebanggaan Hani.

Itu baru satu channel belum masuk channel lain lagi.

Nak senarai satu persatu tak cukup satu muka surat gamaknya.

Untuk 10 minit pertama dia layan juga kadang yang Hani tengok tu tapi lepas pada tu terus masuk bilik.

Bosan. Entah apa yang menarik pun tak tahu lah.

Cerita entah apa-apa. Kalau Running Man tu pernah la juga dia tengok sampai habis.

Hanya show itu satu-satunya dia berjaya tengok dari awal sampai akhir yang lain semua out.

"Kenapa tukar citer yang along tengok tadi?" soal Hafiy tak berpuas hati.

"Alah along bukan tengok pun. Sibuk main telefon je." Bidas Hani.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now