Hafiy melangkah longlai mendekati ibu mertuanya.
"Liya mana?"
"Atas." Jawab Hafiy sepatah. Entah lah dah puas pujuk, Alya buat dia macam tunggul. Sepatah haram pun Alya tak membalas percakapannya.
Semalam macam dah lembut sikit hati isterinya itu. Hari ni dah keras macam batu balik. Dia syak Alya sudah baca segala berita yang tersebar tentang Amylea itu.
Hisy! Serabut. Nampaknya dia harus bersemuka juga dengan Amylea hari ini.
"Tak turun?" Soal Tengku Amnah pelik. Tengok muka menantunya ini macam orang mati bini. Tak selesai lagi ke masalah diorang ni. Apa sebenarnya yang terjadi? Sebelum ni taknak masuk campur tapi bila dah lama-lama teringin juga nak tahu apa masalah yang melanda rumahtangga anak menantunya ini.
"Taknak turun." Jawab Hafiy lemah.
"Mama bukan apa tapi kalau Hafiy tak keberatan cerita la dekat mama apa yang terjadi antara korang sebenarnya ni? Kalau anak mama tu ada buat salah dengan Hafiy, mama minta maaf la bagi pihak dia." Mukadimah dimulakan oleh Tengku Amnah. Baik punya ayat dia susun supaya Hafiy menceritakan serba sedikit masalah mereka.
"Eh! Tak ada la mama. Liya tak ada buat salah apa pun dengan saya mama. Anak mama tu baik je."
"Habis tu ada masalah apa korang berdua ni?" Kalau bukan Alya yang buat hal takkan menantunya ini yang bermasalah. Curang ke?
Ya Allah! Minta jauh semua tu. Jangan lah berlaku dalam keluarganya ini.
"Haa? Err ada salah faham sikit." Hafiy serba salah untuk menceritakan masalah yang berlaku. Takut pula ibu mertuanya ini salah faham dengan dia pula.
"Salah faham apa pula? Lama betul anak mama tu bermasam muka dengan Hafiy." Soal Tengku Amnah lagi. Dia dah berfikir macam-macam dah sekarang ni. Nak-nak lagi dengan Hafiy yang teragak-agak untuk menjawab persoalannya tadi. Takkan betul curang kut?
"Ada seorang perempuan ni fitnah Hafiy. Liya dapat tahu. Tu yang dia tak bercakap dengan Hafiy tu ma. Hafiy tak tahu macam mana nak terangkan hal sebenar kalau terang-terang Liya taknak bercakap dan dengar cakap Hafiy ma." Lirih Hafiy menceritakan hal sebenarnya. Akhirnya terpaksa juga dia membuka mulut. Mungkin lebih baik dia menceritakan hal ini kepada ibu mertua. Takut nanti mama dengar daripada mulut orang lain dan berlaku salah faham lagi lain pula jadinya nanti.
"Siapa? Fitnah tentang apa pula?" Soal Tengku Amnah sangsi. Fitnah-fitnah apa pula ni? Tak tenang pula hatinya ketika ini. Macam besar je masalah yang diorang ni.
"Tak macam ni mama, Liya ada dapat gambar Hafiy dengan sorang perempuan ni dan dalam gambar tu nampak la macam Hafiy dengan perempuan tu mesra padahal semua tu dah dirancang. Hafiy dengan perempuan tu tak pernah ada apa-apa pun ma dan memang takkan pernah ada apa-apa. Hati, sayang dan cinta ni memang untuk Liya je." Bersungguh-sungguh Hafiy menerang dan membela dirinya. Gila! Takkan taknak terang dan bela diri nanti tak pasal-pasal dia yang ibu mertuanya pandang serong.
Dada Tengku Amnah berdebar dup dap dup dap mendengar cerita Hafiy. Kira berkait dengan perempuan atau orang ketiga juga la ni? "Siapa perempuan tu? Kawan Hafiy ke? Dah macam mana Liya boleh dapat gambar-gambar tu semua?" Bagai polis pencen Tengku Amnah menyoal menantunya itu.
"Kawan tak berapa nak kawan mana la mama. Macam mana Liya dapat gambar-gambar tu semua, Hafiy pun tak tahu ma. Liya pun taknak cerita dengan Hafiy."
"Macam mana pula kawan tak berapa kawan tu?" Ada ke kawan tak berapa kawan ni?
"Dia anak kawan umi. Hafiy kenal pun dari umi dan jujurnya dia cakap dia suka Hafiy tapi Hafiy tak pernah suka dia pun ma. Hafiy hanya anggap dia kawan je. Tak tahu lah apa yang dia tak puas hati sangat sampai nak merosakkan rumahtangga Hafiy sedangkan dari dulu lagi Hafiy tak pernah beri harapan kepada dia.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...