BAB 7

2.6K 121 11
                                    

Hani dan Tan Sri Syed Amran kembali mengadap meja menikmati hidangan petang yang terhidang setelah mengetahui siapa yang datang tetapi tidak bagi Puan Sri Sharifah Haziyah. Dia masih lagi memerhati dan menyoroti langkah gerangan itu sampai ke tempat mereka bersantai pada petang itu.

Belum sempat si gerangan ingin melabuhkan punggung, Puan Sri Sharifah Haziyah terus menyoal, "Pergi mana long? Umi rasa orang tu cakap tadi taknak keluar tapi tengok-tengok lesap." Perli Puan Sri Sharifah Haziyah.

Tan Sri Syed Amran hanya menggeleng kepala melihat telatah isterinya itu.  Kesian si anak tak sempat nak duduk lagi. Agaknya dari along keluar kereta lagi hendak ditanya tapi tahan. Itu yang bila dah dekat terus disemburnya.

"Pergi jumpa Aqil je umi. Tadi memang tak rancang nak keluar tapi dah Aqil call ajak lepak, keluar lah." Ujar Hafiy tersengih-sengih.

"Haa walid dengar Tengku Ilham dah bersara. Aqil yang ambil alih syarikat sekarang ni. Betul ke?" Sampuk Tan Sri Syed Amran.

"Haah walid. Dah dua bulan Tengku Ilham bersara." Balas Hafiy.

"Along taknak naik pangkat jadi CEO ke? Boleh walid bersara jugak." Seloroh Tan Sri Syed Amran.

"Alah nanti la dulu walid. Tunggu lagi dua tiga tahun eh."

Tan Sri Syed Amran hanya mengangguk menerima jawapan dari Hafiy. Dia sudah tahu itu jawapan yang bakal Hafiy berikan padanya. Dua tiga bulan lepas dia sudah menyuarakan hal tersebut namun Hafiy belum bersedia. Katanya masih banyak pengalaman yang belum diperoleh.

Dia tidak mahu memaksa anaknya itu. Lagipun dia masih sihat dan bertenaga lagi untuk bekerja.

"Nanti lepas along kahwin la bang,  baru bagi along jawatan CEO tu. Kalau abang bagi sekarang mahu tak kahwin along tu nanti. Asyik fikir kerja saja." Bebel Puan Sri Sharifah Haziyah. Hafiy memang hantu kerja. Tak jadi CEO pun dah sibuk apatah lagi jadi CEO. Nanti mahu ada yang tidur dekat pejabat.

"Saya cakap je Yah bukan nak bagi sangat pun memang dah tahu jawapan along tu apa. Tak sedia! Tu je lah jawapannya." Balas Tan Sri Syed Amran.

Hafiy hanya tersengih mendengar balasan walid. Dia tidak memberi respon terhadap kata-kata uminya tadi. Malas. Takut nanti bila direspon makin melarat uminya membebel. Tambah lagi bila masuk topik kahwin. Memang takkan habis selagi dia tak kahwin.

"Dah la masuk rumah. Dah lewat ni nanti magrib turun berjemaah sekali." Arah Tan Sri Syed Amran.

Hani yang hanya berdiam diri dari tadi terlebih dahulu mengangkat punggung untuk beredar setelah diarahkan walidnya tetapi tak sempat dia nak melangkah suara umi sudah memetir menyuruh dia mengangkat pinggan kuih ke dapur.

Dikemas-kemas tempat mereka bersantai tadi. Kalau tak dikemas nanti umi membebel pulak. Saat dia menolak-nolak kerusi dia terpandangkan alongnya yang sedang tersengih-sengih menahan gelak tengok dia kena marah dengan umi.

Penumbuk ditayangkan untuk alongnya sebelum dia mengangkat pinggan memasuki rumah.

Hafiy hanya menayang muka selamba. Tak hairan lah setakat penumbuk si Hani tu. Tak rasa apa pun.

# # # #

Alya sedang enak bersantai depan televisyen sambil bermain dengan anak saudaranya yang baru berusia setahun.

Satu-satunya cucu dalam keluarga Tengku Ilham buat masa sekarang, iaitu Tengku Imani, anak kepada abang sulungnya Tengku Aqil.

Tengku Imani memang menjadi kesayangan mama dengan papanya sampaikan mama sanggup tinggalkan aktiviti persatuannya demi untuk menjaga Imani.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now