-UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN (Alya Zuyyin & Aisy Hafiy)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِAssalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.
Dengan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi. Saya dengan rendah diri ingin menjemput Sahabat-sahabat sekeluarga yang mengenali saya ke Majlis Perkahwinan saya pada :
15 ogos 2019 (khamis) bersamaan 14 zulhijjah 1440H.Group whatsapp ditutup setelah dia menghantar undangan ke majlis perkahwinannya.
Walaupun kad jemputan juga akan dihantar namun Alya rasa lebih baik dia memaklumkan terlebih dahulu di dalam group. Mungkin itu lebih baik. Jadi tak ada orang terkejut sangat tiba-tiba dapat kad kan?
Aih rasa macam tak percaya pun ada. Betul ke dia dah nak kahwin?
Kejap lagi ada fitting baju. Bulan lepas mereka dah pilih tema untuk majlis akad nikah dengan majlis bersanding.
Mujur sahaja Hafiy bukan jenis yang cerewet. Ikut je apa yang dia pilih jadi senang sikit kerja Alya.
Whatsapp yang masuk bertalu-talu hanya dibiarkan. Semua itu hanya ucapan tahniah dan terkejut dari rakan-rakannya.
Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak dia nak berkahwin membuatkan rakan-rakannya sibuk bertanya bagaimana, bila dia mula bercinta.
Nanti malam-malam ni lah dia reply semua tu. Sekarang ni tengah tunggu Hafiy nak pergi fitting baju. Nak pergi sendiri Hafiy tak kasi. Suruh tunggu dia juga.
Setelah kereta Hafiy sampai di depan butik terus Alya keluar dan berjalan laju masuk ke dalam kereta.
"Dah lama tunggu? Sorry kalau lambat." Kereta mula bergerak meninggalkan butik qu yins untuk ke butik pengantin.
"Tak ada la. Baru je. Dari ofis ke?" soal Alya. Tengok dari segi pemakaian macam bukan dari ofis tapi hari ni hari bekerja. Tak kerja ke si Hafiy ni?
"Tak la. Dari rumah. Abang ambil cuti harini."
Setengah jam memandu akhirnya mereka sampai juga di D'bridal house. Sebuah butik pengantin yang terkenal.
Segala-galanya pilihan Alya. Dari segi pilih butik sampailah pilih baju. Hafiy hanya mengikut. Kalau dia rasa kurang berkenan baru dia bantah.
"Selamat datang!" sapa salah seorang pekerja di dalam butik setelah Alya dan Hafiy melangkah masuk.
"Puan Rose ada? Kami ada appoiment dengan dia." Ujar Alya selepas dipersilakan duduk.
"Eh dah sampai bakal pengantin." Sapa Puan Rose mesra lalu bersalaman berlaga pipi dengan Alya.
Puan Rose dan Alya memang selalu berjumpa dekat fashion show fashion show ternama. Iya lah masing-masing berada dalam dunia seni yang sama kan. Jadi bila dah kenal rapat tu terlebih reaksi la sikit bila berjumpa. Tambah lagi perempuan. Tak melebih tak sah.
"Orite you all nak fitting kan hari ni? Jom I bawa you try baju nikah dulu then baru try baju sanding." Puan Rose menggapai tangan Alya lalu dibawa ke bilik persalinan.
"You Hafiy, tunggu sini okay? Nanti lepas siap Ku Yin ni baru turn you pula." Pesan Puan Rose. Lelaki tak apa kejap je. Perempuan ni yang leceh sikit nak siapkan.
Hafiy hanya mengangguk bersetuju. Well tipical perempuan. Right? Tak dua tiga jam tak sah.
Bosan menunggu, majalah yang terdapat di meja kopi disebelahnya dicapai lalu dibelek-belek dua tiga kali. Tiada yang menarik. Semuanya berkaitan dengan wedding dress up.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...