HAFIY memimpin tangan Alya menaiki tangga. Walaupun tadi Alya berkeras untuk jalan sendiri tanpa dipimpin tapi Hafiy lagi keras mengendahkan tepisan Alya.
Alya nak tunjuk keras, dia pun boleh tunjuk keras juga. Sakit-sakit pun tetap degil. Macam ni rupanya perangai sebenar isterinya ini. Betul la orang kata, kita tak akan kenal perangai sebenar pasangan kita sehinggalah kita berkahwin dengannya.
Korang couple lah 10 tahun sekali pun korang takkan kenal perangai abadi dia.
Tapi sayang demi awak yang saya cintai apapun saya terima seadanya sebab saya pun tak sempurna. Semoga kebahagian milik kita sayang. Bisik hati kecil Hafiy.
Sampai di bilik Alya menanggalkan tudung sarungnya lalu membaringkan diri.
Penat!
Dibiarkan sahaja Hafiy memerhati dirinya.
Dari Hafiy sampai rumah sehinggalah mereka pergi dan balik semula daripada klinik dia hanya diam tanpa ada niat untuk bersuara.
Mujur Tengku Amnah ikut sekali mereka ke klinik tadi jadi tak ada lah Hafiy rasa macam duduk dengan orang bisu.
"Sayang ada nak apa-apa tak? Nak makan apa-apa ke? Nanti abang belikan." Ujar Hafiy memecahkan kesunyian walaupun dia tak pasti Alya akan menjawab persoalannya ataupun tidak.
"Takde. Awak balik la ke pejabat. Saya okay je ni. Terima kasih tolong bawak ke klinik." Akhirnya dengar juga suara Alya.
"Apa pulak cakap macam tu sayang? Awak tu isteri saya. Apa-apa awak kenalah bergantung dengan saya." Balas Hafiy cuba untuk melembutkan hati Alya. Rajuk Alya dia harus pujuk. Alya tolak ke taknak berjumpa dengan dia ke lepas ni dia kena berkeras juga. Kalau tak sampai bila nak macam ni?
"Ni mama bawak susu dengan bubur. Makan sikit buat alas perut. Yang makan tadi pun dah keluar semua. Macam mana nak ada tenaga kalau tak makan." Ujar Tengku Amnah yang baru tiba dimuka pintu bilik Alya yang tidak tertutup itu.
"Alaa.. Taknak la ma. Nanti muntah lagi."
"Makan la sikit sayang. Ingat apa pesan doktor tadi." Pujuk Hafiy.
"Haa dengar sikit cakap suami tu. Jangan nak buat keras kepala kita je. Sedar sikit yang awak tu bawak nyawa lain dalam perut tu." Bebel Tengku Amnah.
"Liya tahu la.. "
"Haa kalau tahu dengar la nasihat orang ni." Geram betul Tengku Amnah dengan Alya ni. Dah la dibuat suami tu macam tak wujud je dari tadi. Kalau tak dikenankan menantunya itu ada disini nak je dia cubit-cubit Alya. Malu dia dengan perangai Alya ni.
Sabar je lah.
"Hafiy nak makan apa-apa tak? Kalau nak pergi la dapur. Bubur ada lagi." Tengku Amnah bersuara lagi setelah Alya akhirnya menjamah bubur yang dibawanya.
"Takpe ma. Nanti kalau nak apa-apa Hafiy pergi dapur." Balas Hafiy.
"Ye lah. Ni masuk kerja balik ke tak?"
"Masuk. Pukul 2 nanti. Half day harini."
"Nanti balik sini la. Tinggal sini sampai Liya ni okay sikit. Pedulikan la dengan rajuk isteri kamu ni. Tak ada nya dia nak lari balik ke rumah kamu pulak bila kamu balik sini. Siapa nak melayan dia kalau dia balik sana." Arah Tengku Amnah. Jangan diberi muka sangat dengan Alya ni nanti ada masalah sikit-sikit lari balik rumah. Bila nak matang? Kena ajar sikit.
"Ye lah ma. Malam ni Hafiy balik sini. Balik kerja nak balik rumah dulu amik baju sikit. Lepas tu ada hal nak settle sikit." Balas Hafiy.
Alya mencebik perlahan. Nak pergi jumpa Amylea la tu.
Dia dengar je Hafiy dengan mamanya bersembang sementara dia menyuap bubur masuk mulut. Nampak macam tak hirau tapi telinga terbuka luas mendengar perbualan mereka.
"Haa taknak dah?" Soal Tengku Amnah apabila melihat Alya sudah menolak mangkuk bubur ke tepi.
"Taknak." Air susu yang dibawa mamanya hanya diteguk separuh. Eeee.. Tak sedap. Dia peminat susu sebelum ini tetapi sekarang nak minum habis segelas pun dah loya tekak.
"Sayang rehat la. Jangan nak fikir bukan-bukan. Jangan stress stress." Nasihat Hafiy.
"Betul tu. Dengar pesan doktor tadi. Stress ni tak baik untuk kandungan. Awal-awal pregnant ni kena hati-hati lebih sikit. Kandungan tu tak kuat lagi." Tengku Amnah menyambung memberi nasihat.
Alhamdulillah sakit ada makna rupanya. Tujuh bulan dari sekarang akan terima cucu sulung la Tengku Amnah. Hasil check up di klinik tadi doktor sahkan Alya hamil dua bulan.
Tengok dari gaya Alya dia dah boleh agak tapi nak mengukuhkan lagi telahannya itu yang disuruh Hafiy bawa Alya ke klinik.
* * * *
"I nak you just highlight pasal hubungan I musnah akibat orang luar. Yang seterusnya maybe hari lain." Amylea memberi arahan kepada rakan penulis hiburan yang ditemuinya.
"Boleh saya tahu siapa orang luar tu cik Amylea?" Soal penulis tersebut.
"Yang itu saya akan dedahkan dalam pertemuan kedua kita nanti. Setakat ni I nak you tulis macam I cakap tadi tu je."
"Kalau macam tu boleh Cik Amylea dedahkan siapakah yang mempunyai hubungan dengan Cik Amylea itu?"
"Ouh yang itu, you just tulis seorang anak tan sri terkenal sahaja. Nama or whatever kita dedah lain kali.
And awak masukkan sekali gambar ni. Pastikan semua ni jadi tajuk hangat. I tak kira sekarang ni musim what so ever. Yang tu I tak kisah yang pasti I nak kisah ni meletop. Biar semua orang tumpukan pasal ni." Amylea menghulurkan sekeping gambar dirinya bersama Hafiy. Walaupun muka Hafiy tidak jelas kelihatan namun dia tak kisah kerana ini hanya permulaan. Lepas ni kita tunjuk satu persatu. One by one orang putih kata.
"Baik Cik Amylea. By the way cik Amylea ada softcopy untuk gambar ni?" Soal penulis tersebut. Apa kuno sangat Cik Amylea ni. Orang dah tak main hardcopy ni. Share je la softcopy tu. Kan senang, jimat duit pun ye.
"Yang tu jangan risau. Sekarang juga I send dekat you." I phone yang berada di dalam beg pantas keluarkan dan tak sampai seminit Amylea sudah mengirim gambar tersebut.
"Dah. I dah sent dekat you. So pastikan cerita ni meletop macam yang I nak la eh. I count on you."
"Don't worry Cik Amylea. Saya akan pastikan cerita cik Amylea akan jadi cerita sensasi esok hari. Cik Amylea hanya tunggu sahaja." Jaminan sudah diberi. Alah setakat nak buat cerita apa lah sangat. Dia ni penulis terkenal untuk cerita-cerita artis. Gosip mana je yang dia tulis tak viral? Gosip kecil pun boleh jadi besar kalau dia yang tulis.
Ada point sedikit pun dia dah boleh karang menjadi cerita meletop apatah lagi dengan point yang banyak malah dengan gambar lagi dia dapat. Memang bonus la semua itu.
Wait and see untuk cerita sensasi esok hari!
Tbc
19/03/20Stay save everyone.. Sama2 kita jaga kesihatan.. And please dengar cakap, stay at home!
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...