Bab 24

2.2K 88 1
                                    

Hafiy berjalan perlahan-lahan mendekati Aqil yang menunggunya di dalam cafe d'soft itu.

Dah lama rasanya dia tidak ke cafe ini. Kalau tak silap last dia datang sini adalah beberapa bulan yang lepas iaitu pada kali pertama dia terpandang Alya.

"Dah lama tunggu? Sorry lambat." Bahu Aqil ditepuk mesra sebelum Hafiy melabuhkan duduk.

"Takde lah. Aku pun baru sampai je. Dari mana kau ni? Rumah?" Aqil menyoal setelah Hafiy melabuhkan duduk.

Hafiy tersengih mendengar soalan Aqil. Dari rumah ke? tak ada la. "Tak la. Aku baru lepas jumpa member aku kejap lepas tu terus datang jumpa kau ni." Terang Hafiy.

"Siapa?"

"Adalah. Kau tak kenal."

"Aik! sejak bila aku tak kenal member kau. Rasanya semua member kau member aku." Soal Aqil pelik. Setahunya kawan-kawan Hafiy memang kebanyakkannya kawan dia juga. Iyalah kalau dah dari sekolah rendah lagi berkawan rapat mahu tak berkawan dengan orang yang sama. 

"Betul. Kali ni kau memang tak kenal. Aku pun baru beberapa bulan kenal dengan dia." 

"Macam pelik je bunyi kawan kali ni. Perempuan ke?" Tebak Aqil.

Hafiy tersenyum mendengar telahan Aqil. "Hehe.."

"Betul la tu. Perempuan. Jarang kau nak berkawan dengan perempuan ni. Apa macam kali ni? Hati dah terpaut ke macam mana?" Soal Aqil teruja. Busybody la pula. 

Hafiy tergelak besar dengan respon Aqil. Sesungguhnya Aqil memang kenal betul dengan dirinya. "Aku kalau boleh nak kahwin terus.."

"Pergh.. perempuan mana ni yang buat kawan aku jadi macam ni. Dari tak berapa kisah pasal perempuan sampai tak sabar-sabar nak kahwin ni?" Pantas Aqil mencatas kata-kata Hafiy.

"Wei suka hati kau je cakap aku tak kisah pasal perempuan. Bukan tak kisah tapi tak jumpa yang betul-betul buat hati aku ni terpaut je tapi kali ni dia memang buat aku jadi tak betul. Asyik teringat je." Balas Hafiy.

"Kenalkan la dekat aku. Nak jugak kenal macam mana rupa perempuan tu. Hebat betul sampai boleh buat kau panasaran cenggini sekali."

"Nantilah aku kenalkan dekat kau. Dengan family pun aku tak kenalkan lagi. Dia ni jinak-jinak merpati tau. Dekat tapi susah nak capai."

"Kenapa? Bertepuk sebelah tangan ke macam mana?" Usik Aqil.

"Mana ada bertepuk sebelah tangan. Aku kalau boleh nak ada hubungan yang nampak jalan terus. Taknak la couple lama-lama tapi dia kalau boleh nak kenal-kenal dulu baru fikir ke step seterusnya." Luah Hafiy pasal Alya.

"Ala apa susah. Ayat-ayat la sikit. Perempuan ni kalau kena cara lembut je. Akan tunduk je dengan apa yang kita nak." Ujar Aqil memberi nasihat yang tak berapa nasihat.

Hafiy menggeleng mendengar ujaran Aqil. Mamat ni cakap pandai tapi kadang-kadang kalau bini merajuk dia yang tak kahwin yang tak ada pengalaman pasal selok belok perempuan ni juga yang Aqil cari. "Dah settle. Aku tunggu green light je. Dia on je terus aku bawak jumpa family la."

"Dah lama ke kau kenal perempuan tu?"

"Kenal tu adalah dalam enam ke tujuh lapan bulan macam tu tapi keep in touch dengan dia adalah dalam dua bulan macam tu." 

"Baru je la lagi. Kau memang dah pasti ke dengan hati kau tu? Kang nanti jumpa yang lain terus tinggal yang ini." Berhati-hati Aqil berbicara. Dia bukan apa, bukan tak support member tapi bagi dia baru sangat Hafiy kenal perempuan tu dah nak ke step yang serius. Kalau dia jadi perempuan tu pun dia nak kenal-kenal dulu baru fikir yang lain.

"Tak ada nya la aku nak tinggal dia. Aku bukan buat keputusan melulu. Aku dah fikir masak-masak. Istiqarah pun aku dah buat dan aku yakin dengan keputusan aku." Yakin Hafiy dengan keputusannya.

"Aku support je kalau kau dah cakap macam tu. Apa pun tahniah la aku ucap." Ujar Aqil sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Hafiy.

"Hahahaha.. Doakan aku bro."

"Aku selalu doakan kau bro.. Cepat-cepat sikit.. Tak sabar nak merasa nasi minyak kau."

"InsyaAllah.. "

* * * *

"Aik termenung je sejak balik ni kenapa?" Tengku Amnah melabuhkan duduk di sebelah Alya. Dari tadi lagi dia tengok Alya duduk termenung depan tv. Nak kata khusyuk tengok tv memang tak la kalau tv nya terpasang pun tak.

"Eh mama. Mana ada termenung. Just duduk rilek-rilek hilangkan penat je ni."

Tengku Amnah merapatkan jurang antara dia dengan Alya. Tangan Alya dicapai dan diusap perlahan-lahan. Inilah satu-satunya puteri tunggalnya. Apa-apa yang berlaku dia boleh tahu yang Alya tengah ada masalah atau sebaliknya. "Mama kenal anak mama ni. Tak adanya duduk rilek keras kejung macam tu. Ada apa-apa nak share dengan mama ke?" Soal Tengku Amnah ingin menyungkil masalah Alya.

"Mama ni ada-ada je. Mana ada keras kejung. Biasa je ni. Betul la. Tak ada masalah apa pun. Just nak hilangkan penat je." Balas Alya cuba menafikan punca dia termenung.

Sebenarnya memang termenung pun. Teringat balik perbualannya dengan Hafiy tadi tapi dia rasa tak bersedia lagi ingin berkongsi perihal itu dengan mamanya. Takut nanti mama pula yang melebih-lebih. Biarlah dia confirmkan dulu perasaannya ini dan perhubungan ini baru lah boleh bercerita dengan mama.

Mama sabar ya! Sampai masa nanti Alya cerita dekat mama yang ada sorang mamat ni suka sangat dekat Alya dan Alya jamin yang mama pun akan suka sangat dekat lelaki itu.

"Tak apa lah kalau dah Liya cakap macam tu tapi ingat satu perkara ni. Mama selalu ada untuk Liya. Liya nak cerita apa pun dekat mama, mama sentiasa akan tadah telinga mama untuk Liya walaupun cerita tu nanti membosankan. Mama rela kalau yang bercerita itu anak mama ni." Ujar Tengku Amnah diselitkan dengan loyar buruknya yang tak berapa nak jadi.

"Hehehe.. Iya mama. InsyaAllah nanti kalau ada apa-apa cerita mama orang pertama yang Liya bakal sampaikan cerita itu tapi buat masa ni tak ada. Kalau mama nak dengar pasal butik bol... "

"Uhh taknak la mama dengar cerita pasal butik. Tak lain tak bukan mesti Liya nak cakap pasal dekorasi butik Liya yang dikatakan simple but elegant tu." Tengku Amnah pantas memintas percakapan Alya apabila Alya bersuara mengenai butik.

Alya tergelak besar mendengar omelan mamanya itu. "Hahaha.. Mama cakap tadi mama tadah je telinga mama. Ni Liya tak habis cakap lagi mama dah potong."

Tengku Amnah mengeluh perlahan. Bukan taknak dengar tapi malas la kalau setakat nak cerita pasal dekorasi butik tu. Bosan. Cantik lagi dekorasi rumahnya ini. Tengok pun dah bercahaya mata. "Taknak la mama. Cantik lagi rumah mama ni dari butik Liya tu. Bunga satu pasu pun dua tiga kuntum je. Cuba tengok bunga rumah ni. Satu pasu penuh dengan macam-macam warna lagi. Kan cantik tu." Bidas Tengku Amnah laju.

"Maa! Butik Liya jual baju bukan jual bunga. Simple simple sudah la. Lagi pun bunga banyak buat pe. Semak je."

Tajam Tengku Amnah menjeling Alya.  "Liya nak cakap rumah ni semak ke macam mana tu?"

"Bukan la mama. Liya cakap pasal butik Liya. Rumah ni ok la cantik je letak bunga banyak-banyak tapi bukan dekat butik Liya. Nanti tak kena pulak dengan trademark simple but elegant tu kalau buat lebih-lebih." Terang Alya berhati-hati. Takut nanti tersalah cakap merajuk pula mama kesayangannya ini.

"Apa-apa je lah. Ni taknak naik salin-salin baju ke? Dengan tudungnya tak bukak."

"Hehe.. Nak naik la ni."

* * * *





Tbc
02/07/19

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now