BAB 6

2.7K 119 5
                                    

Mata Hafiy melilau-lilau mencari parking kosong berdekatan dengan cafe D'Soft. Tempat biasa dia lepak dengan kawan baik dari zaman sekolah dahulu iaitu Tengku Aqil dengan Ammar.

Mereka bertiga memang berkawan rapat. Kemana-mana sahaja sentiasa bertiga sehinggakan kawan-kawan satu sekolah dan guru-guru menggelarkan mereka triple A, Aisy, Aqil dan Ammar.

Apabila terpandang satu kereta hendak keluar terus Hafiy memberi isyarat untuk memasuki parking tersebut.

Usai parking kereta, Hafiy tidak keluar terus, sebaliknya dia bersandar elok pada kerusi kerana Aqil ada mesej dia tadi cakap lewat sikit jadi baik dia tunggu Aqil dalam kereta dulu. Kalau tunggu dalam kafe tak tahu Aqil lambat setara mana.

Apabila terpandangkan kereta Aqil memasuki parking selang dua buah dari keretanya terus Hafiy keluar dari kereta menuju ke kereta Aqil. Mereka melangkah beriringan memasuki kafe.

Port biasa dituju iaitu pada tingkat 2 kafe tersebut yang lebih privacy. Setelah pelayan beredar selepas mengambil order, Hafiy terus bertanya kepada Aqil tujuan hendak berjumpa.

"Amboi sejak bila nak jumpa kau kena ada tujuan ni?" soal Aqil.

"Hahaha.. tak ada lah, kau kan busy memanjang sejak jadi CEO ni. Mana ada masa nak lepak-lepak lagi." Sela Hafiy.

"Alah CEO aku pun bukan robot. Nak jugak rehat lepak-lepak. Tak kan tak ada cuti langsung." Tangkas Aqil. Apa Hafiy ingat dia ni robot ke apa kerja sepanjang masa. Tapi mamat tu sedap je mengata orang, diri sendiri tu tak sedar yang lagi busy dari dia, getus hati Aqil.

"By the way awal eh papa kau bersara." Setahu Hafiy, papa Aqil muda lagi. Sebaya walidnya mungkin tapi dah bersara awal. Kira belum cukup umur 60 dah bersara.

"Haah. Nak main dengan cucu katanya. Tapi papa aku masih pantau aku dari belakang jadi namanya je dah bersara, apa-apa hal mustahak dia masih lagi masuk pejabat." Terang Aqil.

Pada awal tahun ini papanya telah membuat keputusan untuk bersara. Pada mulanya dia keberatan untuk menerima jawatan CEO itu kerana dia rasa dia tidak cukup pengalaman lagi namum papanya memujuk dengan mengatakan yang papa sentiasa menyokong dari belakang.

Apa-apa hal kalau tidak boleh buat keputusan sendiri boleh rujuknya jadi dengan berat hati dia menerima keputusan tersebut. Lagi pun kalau bukan dia siapa lagi yang papa boleh harapkan. Adik ke dua dia tidak berminat dengan urusan pejabat manakala adik bongsunya masih lagi belajar di universiti Cambridge. Tahun ini adalah tahun terakhir. Tahun depan mungkin boleh membantunya menguruskan syarikat, fikir Aqil.

Rancak mereka berbual sehingga tidak sedar sudah dua jam berlalu sejak mereka melabuhkan punggung tadi. Banyak topik yang dibualkan. Ini baru Hafiy dengan Aqil, kalau ada Ammar lagi riuh dan lama rasanya mereka lepak.

# # # #

Puan Sri Sharifah Haziyah duduk bersantai bersama anak bongsu dan suaminya di taman mini rumah mereka. Petang-petang hujung minggu begini memang masa untuk dia dan keluarga beriadah. Tapi sayangnya yang ada hanyalah dia, suami dan anak bongsu sahaja.

Anak sulung yang cakap taknak keluar tadi lepas makan tengah hari terus lesap. Tak sempat nak tanya nak kemana.

"Kalau ada budak kecik meriah sikit rumah ni kan bang? Haih bila lah along nak kahwin." Keluh Puan Sri Sharifah Haziyah.

"Sampai masa kahwin la anak awak tu." Ujar Tan Sri Syed Amran. Isterinya ini tak habis-habis suruh anak sulung dia kahwin. Naik rimas dia. Sebab tu lah along jarang nak melepak sekali, pasal isu ini lah. Dia pun teringin jugak nak ada cucu tapi tak adalah nak mendesak anak tu suruh kahwin. Dah tak sampai jodoh lagi, nak buat macam mana.

Puan Sri Sharifah Haziyah hanya menjeling suaminya itu. Ini lah lelaki, semua hal ambil ringan. Anak tu bukannya muda lagi. Dah nak masuk 30-an. Padahal kalau kahwin dapat cucu dia pun seronok juga, kata Puan Sri Sharifah Haziyah dalam hati.

Malas nak cakap dengan suaminya, apa yang dia cakap bukannya nak sokong. Terus dia pandang anak bongsunya yang ralit main telefon. Ini lagi sorang, kerja main telefon saja. Ingatkan lepak sekali, boleh sembang-sembang tapi ini sepatah suara pun tak keluar. Budak zaman sekarang macam ini lah. Terlalu taksub dengan gadget sampaikan persekitaran sekeliling tak dihiraukan. Kalau macam ini gaya baik tak payah lepak sekali, duduk dalam bilik tu lagi bagus.

Puan Sri Sharifah Haziyah tenung saja anak bongsu dia tu. Saja dia nak tengok, lama mana Hani boleh mengadap telefon tu.

Hani tidak senang duduk apabila terperasan yang umi sedang tenungnya. Mesti umi nak membebel dengan dia pulak. Tadi semasa umi bercakap dengan walid dia dengar je tapi malas nak ambil port sebab kalau dia menyampuk nanti makin panjang isu kahwin umi bahaskan jadi lebih baik dia layan telefon.

"Umi kenapa pandang Hani macam tu?" soal Hani buat-buat tanya. Dalam hati tak usah cakap lah, puas berdoa supaya umi tak membebel. Umi kalau membebel lama nak jumpa titik. Esok belum tentu habis.

Tak tunggu sesaat terus umi membebelkannya pula. Isunya pasal main telefon. Haih umi, nak marahkan walid tak sokongnya saja tapi habis dengan telefon dia sekali jadi mangsa. Ini kalau tak tukar topik ni mahu magrib dekat luar rumah. Fikir Hani fikir topik apa yang boleh buat umi berhenti membebel. Ahaa, pasal baju semalam.

"Umi, umi cakap semalam hari ni nak pergi butik Qu'yins." Ujar Hani mengalih topik. Harap-harap umi terpedaya.

"Nak pergi macam mana, along kamu lepas makan tadi terus lesap. Nak ajak walid? Tak sempat umi nak pilih baju terus diajak baliknya." Balas Puan Sri Sharifah Haziyah sambil menjeling suaminya disebelah.

"Aik apa kena mengena dengan saya pulak?" soal Tan Sri Syed Amran.

"Iyalah, abang tu kalau saya ajak teman pergi shopping, tak sempat saya nak pilih baju abang dah ajak saya balik. Rimas lah, banyak kerja lah tapi bila teman kawan-kawan dia main golf tak apa pula. Sehari duduk kat padang golf tu pun tak apa." Bebel Puan Sri Sharifah Haziyah.

Tan Sri Syed Amran terus menutup majalah yang dibacanya tadi dan pusing mengadap sang isteri disebelah. "Awak tu kalau dah boleh shopping tak ingat dunia masalahnya. Saya ni kematu punggung tunggu awak. Dah dua jam tapi awak cakap baru setengah jam. Nak tunggu habis dua jam awak? Alamatnya tutup kedai baru lah awak balik gamaknya." Isterinya ini memang hantu shopping. Kalau dah boleh masuk mall tu memang habis la dironda outlet yang ada, tak makan pun tak apa asal boleh shopping.

"Alah cakap orang, dia pun sama je kalau dah sampai padang golf tu haa."

Hani terkebil-kebil memandang umi dengan walidnya berbalas kata. Menyesal pula dia buka topik ini.

Dalam Hani berfikir macam mana nak hentikan umi dengan walid berbalas kata, tiba-tiba ada satu kenderaan memasuki perkarangan rumah mereka.

Terus terhenti kata-kata umi dengan walid. Masing-masing ralit memerhati gerangan yang keluar dari kereta tersebut.

# # # #

Jeng jeng jeng

🎶 siapa siapa itu
      Yang memandang pada aku

     Ah.. Hati rasa terharu
     Bimbang rasa selalu

     Gelora dalam kalbu.. 🎶

Tbc
31/5/18

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now