Alya terburu-buru bangun dari tidur lalu terus ke bilik air.
Aih! Dah lambat. Ini la jadi kalau tertidur balik lepas subuh.
Selepas 10 minit Alya keluar daripada bilik air.
Mandi kerbau!
Sempat dikerling suaminya yang masih nyenyak tidur. Jeles pula tengok orang sedap tidur. Kalau tak fikirkan meeting untuk fesyen show yang akan berlangsung bulan hadapan memang dia sambung tidur sekali. Nak-nak pula hujung minggu macam ni tapi apakan daya tugas menanti.
Uuuuu uuuuu uuuuu! Jelesnya. Kenapa buat meeting hujung minggu? Siapa yang organized ni? Tak tahu ke hujung minggu macam ni adalah masa bersama keluarga?
Selepas siap berpakaian dan berdandan Alya mendekati katil untuk mengejutkan Hafiy. "Abang! Bangun." Bahu Hafiy ditepuk lembut supaya Hafiy sedar.
"Hmm.. "
"Bangun la. Sayang nak masuk pejabat ni."
"Kerja sampai pukul berapa hari ni?" Soal Hafiy masih dalam keadaan mamai. Dia bangkit duduk bersandar di kepala katil.
"Tak tahu lagi. Sampai habis meeting kut." Balas Alya tidak pasti. Tak boleh nak bagitau exactly bila waktu habis sebab dia memang tak boleh agak sampai pukul berapa meeting akan habis. Lagipun banyak perkara yang perlu dibincang dan diperbetulkan sebelum berlangsungnya fesyen festival nanti.
"Habis tu nak balik rumah umi pukul berapa?" Soal Hafiy bingung.
"Allah!" Alya tepuk dahi. Lupa pula hari ini ada majlis doa selamat rumah mertuanya sempena mereka akan berangkat ke tanah suci minggu hadapan.
"Ermm abang pergi dulu boleh. Nanti balik kerja sayang terus pergi rumah umi." cadang Alya serba salah.
"Abang hantar sayang la. Nanti balik abang ambil. Tak ada nanti balik asing-asing." Utara Hafiy.
"Abang hantar?"
"Haah! Tunggu kejap abang mandi dulu." Terus Hafiy bangun dari duduk dan mencapai tuala di tempat penyidai.
"Tapi sayang dah lambat." Takut-takut Alya bersuara.
"Alah tunggu la kejap. Abang mandi lima minit je." Balas Hafiy lalu terus menghilang ke dalam bilik air.
Lama Alya memandang pintu bilik air setelah Hafiy hilang ke dalam. Tidak boleh buat bantahan nampaknya. Memang kena tunggu suami la gayanya ni.
Tanpa berlengah lagi Alya menuju ke bilik persalinan lalu menyediakan baju seluar Hafiy.
Betul-betul lima minit Hafiy keluar dari bilik air.
Mandi ke tak ni? Cepat betul. Alya tadi 10 minit mandi kerbau. Kalau lima minit ini orang panggil mandi apa? Ke tak mandi?
"Cepatnya. Tak mandi ke?" Soal Alya bersahaja.
"Mandi la." Jawab Hafiy lalu menyarung baju dan seluar yang sudah disediakan. Disembur sedikit minyak wangi, pakai minyak rambut dan siap!
"Majlis rumah umi pukul berapa? Lepas zohor ke?" Soal Alya sambil merapikan rambut Hafiy. Sikat rambut tapi serupa tak sikat. Rambut tak rapi pun hensem laki dia ni.
"Rasa macam lepas magrib. Ke lepas isyak macam tu la tapi umi suruh balik awal. Entah ada la tu umi nak suruh buat apa." Balas Hafiy. Mereka bergandingan turun ke bawah terus ke tempat kerja Alya.
Sarapan?
Tak ada sarapan. Dah lambat. Pandai-pandai la Hafiy cari makan sendiri nanti.
* * * *
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...