Alya termenung sendirian di dalam biliknya. Tidak ada rasa ingin kemana-mana dan buat apa.
Entah la dia sudah tidak ada perasaan tika ini.
Nak pergi pejabat mama tak kasi. Biar sihat sepenuhnya dulu kata mama padahal dia bukan sakit teruk pun. Pening dengan alahan sikit je. Masih boleh di handle lagi.
Kalau pergi pejabat mungkin boleh lupakan sedikit masalah apabila boleh buat kerja kan?
Tak ada la melamun manjang pikir bukan-bukan kan?
Okay lah. Jom kita siap-siap baby.
Pakai cantik-cantik biar nampak sihat dan yang paling penting konfiden. Untung-untung mama bagi pergi kerja.
Suaminya mungkin dah pergi kerja apabila dia dengar bunyi deruman kereta keluar sebentar tadi.
30 minit Alya siap berpakaian pejabat. Puas dengan penampilannya dia melangkah turun ke bawah.
"Hah! Nak kemana tu?"
Terbantut langkah Alya ingin menuju ke pintu utama rumah apabila suara mamanya menyoal.
Ingat boleh keluar tanpa terserempak dengan mama. Rupa-rupanya tak.
Apahal la rumah ni kecil je hari ni eh? Selalu rumah ni besar. Bagi salam sepuluh kali pun belum tentu ada yang jawab tapi awat hari ni angin pun tak ada tapi tuannya dah muncul?
"Nak pergi pejabat." Polos Alya menjawab.
"Tak ada. Tak ada. Hari ni duduk rumah. Jangan gatal nak keluar pergi pejabat. Diri sendiri terhuyung hayang ada hati nak pergi pejabat." Bantah Tengku Amnah.
"Alaa mama. Dah sihat la. Tengok Liya okay je ni kan. Mana ada sakit. Lagi pun kerja banyak la ma." Balas Alya mencipta alasan.
"Eh tak ada, tak ada. Dah sihat ke tak sihat ke hari ni duduk rumah. Lagi pun Hafiy dah pesan dekat mama yang hari ni kamu berehat dekat rumah. Bantah cakap suami tak bau syurga la nanti." Ada hati nak keluar. Ingat dia boleh percaya dah sihat. Make up la sampai lima inci pun dia boleh tahu la yang orang tu sihat tak sihat. Tengok badan pun tahu lemau semacam je. Eh! Ada hati nak tipu kita.
"Nanti Liya cakap la kat Hafiy yang Liya keluar pergi pejabat. Mama jangan risau eh? Liya okay je ni." Alya masih lagi berlembut muka manis supaya mama bagi keluar.
"Ouh bagus nya jadi isteri. Keluar dulu baru minta izin. Belajar dari mana ni? Lagi pun ye ye je tu nak bagitahu. Cakap dengan suami pun tak. Elok sangat la perangai macam tu kan." Bebel Tengku Amnah.
Wow! Mana mama tahu dia tak bercakap dengan Hafiy?
"Bila masa pulak tak bercakap? Cakap je." Ujar Alya cuba untuk menutup masalah yang melanda.
Tengku Amnah memandang Alya sebelah mata. Eh! Ada hati lagi nak auta. Dia ingat kita tak tahu. Lain kali ada masalah jangan lari balik sini. Duduk je rumah sendiri diam-diam.
"Jom ke dapur kejap. Breakfast sambil-sambil tu mama nak cakap sikit." Ajak Tenku Amnah. Tangan Alya ditarik terus menuju ke dapur tanpa sempat Alya ingin membantah.
"Mama nak cakap apa?" Berdebar pula Alya. Mama nak membebel pasal apa agaknya. Mama ni bukan boleh percaya sangat. Biasanya nak cakap sikit tu boleh jadi sehari semalam mama takkan habis cakap.
"Kenapa buat Hafiy macam tu?" Soal Tengku Amnah terus tanpa berselindung. Nasi goreng yang terhidang disenduk sedikit ke dalam pinggan Alya.
"Buat apa?"
"Kenapa layan suami macam tu? Kita sebagai isteri ni tak boleh la nak bermasam muka dengan suami. Kalau tak puas hati berterus-terang. Kalau marah cakap. Kalau sedih nangis. Jangan buat silent treatment macam tu dengan suami. Apa yang kita rasa tu tunjuk semua dekat suami. Baru suami tahu apa yang tak kena. Apa yang dia boleh perbaiki. Kalau dia tak boleh terima boleh bincang baik-baik. Yang penting percaya dan toleransi. Anak mama ni baik kan? Liya kena ingat dalam rumahtangga ni biasa la kalau ada masalah sikit-sikit. Yang penting cara kita tangani masalah tu macam mana. Liya kahwin tak sampai setahun pun lagi sayang. Jadi mama nak nasihat sikit supaya Liya matang dalam berfikir dan matang dalam bertindak. Liya harus percaya pada jodoh yang telah Allah aturkan. Jangan persoalkan betul ke dia jodohku kalau tiba-tiba ada masalah dalam rumah tangga."
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...