FINALE

3.1K 94 9
                                    

"Alya.. "

Dengan susah payah Amylea merapati katil Alya.

Hafiy dan Alya hanya diam memerhati tingkah laku Amylea.

"Aku nak mintak maaf dengan kau Liya.. "

"Aku mintak maaf. Aku tahu kesalahan aku mungkin tidak dapat kau maafkan tapi aku menyesal Liya. Aku tak sepatutnya buat kau dan Hafiy macam tu dan semalam sepatutnya aku tolong kau. Bukan lari." Amylea sudah tersedu-sedu menangis memohon ampun dengan Alya dan Hafiy.

"Hafiy... Amy nak mintak maaf atas segala kelakuan dan onar yang telah Amy buat selama ni." Amylea memandang Hafiy dan Alya sekejap sebelum menundukkan pandangan. Dia malu ingin memandang mereka berdua. Terlalu banyak dosa yang telah dia buat terhadap dua insan ini.

Hafiy memandang Alya dan Alya memandang Hafiy. Mereka terkejut melihat keadaan Amylea yang datang memohon maaf itu. Tidak sangka Amylea berubah. Baru semalam mereka bersengketa.

Betullah yang ujian yang menimpa boleh mengubah seorang manusia.

"Alya.. Kalau kau nak aku melutut marayu kemaafan dari korang berdua pun aku sanggup." Amylea bersusah payah ingin turun darapada kerusi roda. Dia ingin bersujud memohon kemaafan daripada Alya dan Hafiy. Tidak tenang hidupnya selagi tidak mendapat kemafaan daripada mereka berdua.

"Eh! Eh! Amy tak payah la sampai macam tu sekali." Halang Alya. Hafiy juga kalut bangun ingin menahan Amylea.

"Amy... Jangan la macam ni." Ujar Hafiy.

"Tak Fiy.. Alya.. Aku memang patut bersujud dekat korang." Balas Amylea sambil tidak putus asa mencuba untuk turun daripada kerusi roda itu. Sungguh payah bila kudrat kaki tidak boleh digunakan lagi.

"No! No! Kau jangan macam ni." Alya turun daripada katil dibantu Hafiy. Ditahan Amylea yang masih lagi berusaha itu.

"Tak Alya. Kau jangan halang aku. Biar saja aku bersujud dekat kau."

"Amy.. Mengucap.. Aku ni hanya manusia My. Bukan tuhan yang kau nak sujud. Cukup lah sekadar kau ikhlas dan insaf atas kelakuan kau selama ni." Balas Alya sambil memeluk bahu Amylea supaya bertenang.

"Aku banyak dosa dengan korang berdua. Setakat memohon kemaafan aku tak layak Liya. Aku memang patut bersujud." Ujar Amylea. Air matanya masih lagi laju mengalir.

"Kita hanya manusia biasa yang tak lari daripada membuat kesilapan Amylea."

"Tapi kesilapan aku adalah kerana kebodohan aku sendiri Liya. Bukan kerana tersilap langkah tapi kerana akal aku yang pendek ni." Pintas Amylea.

"Aku sakit hati bila Hafiy tak pandang aku. Aku berniat walau macam mana pun aku kena dapatkan Hafiy tapi bila aku tahu dengan siapa Hafiy berkahwin, niat aku berubah. Aku jadi berdendam dengan kau. Apa lebihnya kau sampai Hafiy pilih kau sebagai isterinya. Dulu kau dah buat Aryan terkejar-kerjarkan kau sampai dia tinggalkan aku macam tu je. Aku cinta mati dekat dia tapi alih-alih dia berubah hati. Dia mengaku dia cintakan kau. Hati aku sakit. Sakit sangat! Dan sekarang orang yang aku suka juga pilih kau. Aku jadi iri hati.

Apa lebihnya kau dan apa kurangnya aku? So aku berjanji dengan diri aku yang kau tak boleh bahagia Liya. Aku cuba macam-macam untuk buat kau tergugat Liya. Aku sebar segala cerita yang tak betul supaya rumahtangga kau runtuh. Kalau aku tak boleh buat Hafiy balik pada aku, aku berjanji yang aku akan buat kau tinggalkan Hafiy tapi sekarang aku dah dapat balasan atas segala perbuatan aku tu Liya." Luah Amylea.

Alya dan Hafiy terkedu mendengar cerita Amylea. Tak sangka hanya kerana cinta dan perhatian Amylea sanggup buat macam tu.

"Aku tak salahkan kau seratus-peratus Amylea. Aku tahu kau jadi macam ni pun kerana keadaan sekeliling kau dan kerana hati dan perasaan kau yang dahagakan kasih sayang. Aku maafkan kau Amylea dan nasihat aku, kau isilah lah hati kau dengan makanan rohani dan cintailah Allah lebih daripada kau cinta manusia. InsyaAllah apa jua takdir untuk kau, kau akan terima seadanya." Nasihat Alya.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now