Hafiy mengorak langkah mendekati umi dengan adiknya yang berada di satu sudut di dalam butik tersebut.
Kelihatan muka masing-masing serius dalam memilih baju-baju yang tergantung ditempatnya.
Tak faham lah dia dengan orang perempuan ni, nak pilih baju pun macam nak pilih bakal suami. Ambil masa yang terlalu lama. Teliti satu-satu. Nak pilih bakal suami pun tak ada lah macam tu sekali rasanya.
Kalau dah berkenan tu ambil saja lah. Masuk fitting room, muat, bayar, boleh balik. Selesai masalah. Apa yang susah nak belek satu-satu. Bukan ada cacat cela pun. Buang masa!
Lagipun takkan butik macam ni nak jual pakaian yang tak berkualiti. Nanti jatuh lah standard butik ini.
Dia rasa ini bukan calang-calang butik jugak walaupun ini baru pertama kalinya dia menjejak kaki ke sini tapi dia dapat rasa yang pemilik butik ini seorang yang high class.
Tengok saja pada susun atur dalam butik ini yang kemas, luas, teratur dan ada beberapa ruang khas yang disediakan sofa untuk duduk.
Malah bukan sahaja terdapat pakaian-pakaian yang tergantung kemas tapi disetiap sudut terdapat perhiasan-perhiasan mewah dan bunga-bunga yang segar menghiasi butik menjadikan suasana dalam butik tenang dan tak serabut.
Pekerja-pekerja butik juga dia lihat sangat ramah dan tak lokek dengan senyuman. Mungkin sudah di'training' atau memang syaratnya sebegitu untuk bekerja disini. Fikir Hafiy.
Memang kena senyum dan ramah lah kalau tak siapa nak beli barang yang kau jual. Pelanggan pun boleh hilang kalau dah pekerjanya muka masam macam cuka. Apa lah kau ni Hafiy. Cuba fikir logik sikit. Marah suara hati Hafiy.
Eh! Sebut pasal pelanggan, siapa perempuan yang dia langgar tadi? Muka familiar, macam pernah nampak tapi dekat mana eh?
Ini bukan rasa saja-saja tapi dia yakin yang dia pernah jumpa perempuan tu dekat mana-mana tapi persoalannya sekarang siapa dan dimana?
Atau salah seorang klien yang pernah berurusan dengannya? Kepalanya digeleng-gelengkan beberapa kali. Mustahil itu kliennya. Kalau itu kliennya mesti dia kenal dan perempuan tu pun kenal dia tapi nampak pada gaya perempuan tu tak ada pulak tanda-tanda mereka kenal.
Salah orang kut. Malas nak fikir panjang-panjang. Mungkin ada terserempak mana-mana sebelum ni.
Sofa berangkai dua yang berada di tengah ruang butik diduduki setelah penat berdiri menunggu umi dengan Hani memilih baju.
Majalah fesyen yang terdapat di atas meja kopi sebelahnya dicapai untuk menghilangkan bosan.
Setelah dua tiga kali dibelek, majalah tersebut ditutup dan diletakkan kembali ditempatnya. Tiada yang menarik perhatiannya. Semuanya bercerita mengenai fesyen wanita.
Satu lagi majalah yang berada bersebelahan majalah tadi dicapai. Mungkin majalah ini boleh menghilangkan bosannya apabila tertera dikulit majalah tersebut mengenai lelaki.
Kepalanya dipanggung daripada membaca intipati dalam majalah tersebut apabila mendengan bunyi 'ding dong' yang terhasil apabila pintu dibuka.
Kelihatan perempuan yang dilanggarnya tadi melangkah masuk dan menuju ke arah kaunter pembayaran.
Dia ingatkan perempuan itu pelanggan tapi nampak gaya telahannya silap apabila melihat perempuan itu memasuki ruang dikaunter sebagai jurujual.
Kini tumpuannya tidak lagi pada majalah tapi pada perempuan itu. Sorotan matanya sentiasa memerhati perempuan itu buat kerja.
Tak tahu kenapa tapi apabila melihat senyuman dan tutur kata perempuan itu menyebabkan dia rasa tertarik. Tertarik untuk terus melihat dan mendengar.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...