Bab 33

2.4K 81 1
                                    

Sudah seminggu Alya dan Hafiy pulang dari berbulan madu. Kini mereka sibuk dengan kerja masing-masing.

Bagaimana hidup berumahtangga?

Jujur Alya katakan sangat bahagia. Hafiy melayannya bagaikan puteri raja.

Alya menyandar kepenatan setelah selesai mengemas rumah. Semalam mereka berpindah ke rumah baru. Hafiy membeli rumah semi-D untuk mereka berdua. Cukup la untuk mereka berdua. Tak perlu banglo besar-besar.

Hafiy menghampiri Alya dan menghulurkan segelas air. Kesian isteri kesayangannya ini. Penat!

"Thanks."

"Ada apa-apa lagi yang nak kemas? Abang tolong, sayang rehat la dulu." Hafiy menawarkan pertolongan. 

"Dah tak ada apa dah. Tinggal bahagian dapur je. Tu pun kena keluar beli barang." Semua kerja bahagian ruang tamu dan bilik Alya dah settle sepagian tadi. Lagipun bukan banyak pun barang mereka bawak. Perabut semua dah tersusun. Tinggal diorang masuk kemas baju, pasang langsir je tadi.

"Kalau macam tu rehat la dulu nanti kita keluar makan luar then terus beli barang dapur."

"Okay. Abang pergi la mandi dulu."

"Sayang la mandi dulu."

"Kenapa pulak?"

"Abang takpe kejap je nak bersiap. Sayang tu lama. Nanti abang dah siap mandi pun belum tentu sayang dah siap bersiap."

Alya mencebik perlahan. Apa suami dia ingat dia ni gila make up ke apa? Tak ada maknanya. Tengku Alya Zuyyin ini terkenal dengan kepantasan dia bersiap tau. Zupp! Zupp! Zupp! Pakai itu, pakai ini dah siap.

"Takde nya. Sayang siap kejap je. Abang pergi la mandi dulu. Sayang nak rehat jap. Penat." Halau Alya. Badan disandarkan kembali ke sofa. Penat mak! Lepas ni taknak pindah rumah dah. Kalau Hafiy nak pindah, pindah lah dia sorang.

"Alah kejap sayang tu bukannya 10 minit macam abang. Kejap sayang tu paling kurang pun 30 minit." Macam la Hafiy tak tau perempuan bersiap macam mana. Walau tak sampai sebulan lagi kahwin tapi dia dah faham dah dengan perangai Alya. Masa first date lepas kahwin haritu impressive juga dengan isterinya itu sebab ambil masa tak sampai 1 jam pun nak bersiap. Tak macam umi dengan adik-adiknya. Kalau nak keluar pukul 3, pukul 1 dah kena kerah untuk bersiap. Entah apa la yang dibelek dicalit dekat muka tu. Nampak sama je dengan tak pakai apa-apa.

"Memang la. Abang tu mandi-mandi. Sarung baju je. Paling kurang pakai minyak wangi. Sayang ni nak kalau tak make up tebal pun nak la jugak pakai bedak. Tak la keluar muka togel macam mayat hidup nanti abang jugak yang taknak tengok muka sayang ni. Lepas tu nak pakai tudung lagi. Kalau salah cara tudung tak jadi, boleh rosak mood seharian tau?" Bebel Alya. Boleh suaminya nak bandingkan perempuan dengan lelaki  bersiap?

"Dah la sayang. Tak payah nak membebel sangat. Pergi je mandi tu. Ke nak kita mandi sekali? Abang on je." Usik Hafiy untuk menghentikan bebelan Alya. Salah topik rupanya buka pasal bersiap ni. Kang dah tak berhenti mulut tu bercakap. Ingatkan Alya ni jenis tak banyak membebel rupanya semua perempuan sama je kan? Tapi tak apa lah dah sayang. Abang rela mendengar syair indah mu sayang.

"Tak mau la mandi sekali. Abang ni memang tak puas hati kan kalau sayang tak mandi dulu?" Tubuh terus bangun melangkah ke bilik tidur utama tanpa menunggu balasan daripada Hafiy. Hatinya sebel tau. Kalau dia masuk bilik baring kejap ni agak-agak apa suaminya tu nak buat eh?

Try la buat. Nanti tak pasal-pasal Hafiy angkat dia campak dia dalam bilik air. Tak nak lah. Dia sebagai seorang isteri yang berniat untuk menjadi seorang isteri yang mithali haruslah mendengar cakap suami. Suami cakap pergi mandi so kita mandi jangan bantah pergi tidur pulak. Tak gitu?

Kan?

Bagus kau Alya.

Sejuk perut mama mengandung kau. Sejuk hati Hafiy beristerikan kau.

* * * *

"Sayang! Kita nak mula dari mana dulu ni?" Soal Hafiy sambil menolak troli masuk ke dalam giant. Selepas makan tadi mereka terus ke giant untuk membeli barang yang belum ada.

"Ermm.. Kita cari periuk belanga dulu la lepas tu baru kita cari bahan basah dan kering." Putus Alya. Tadi dia tengok periuk belanga satu pun tak ada kat rumah tu. Pinggan cawan pun satu set je yang ada. Itu pun yang dia angkut dari rumah hasil hadiah kahwin yang orang bagi.

Bahagian pekakas dapur dituju. Alya membelek segala jenis periuk yang ada disitu. Berbaloi ke beli periuk-periuk kat sini? Tahan ke? Dia ni bukan reti sangat pun nak membeli jenis periuk bagai ni. "Abang! Yang ni okay?" Alya mengangkat satu kuali saiz sedang-sedang tunjuk kepada Hafiy yang dari tadi tercegak je dekat situ.

"Entah! Okay kut." Tanya dia mana lah dia tahu bab-bab kuali ni. Makan tahu la.

"Ermm.. Sayang beli kuali satu periuk dua je lah untuk sementara ni boleh? Sayang tak reti lah nak pilih takut nanti pakai sekali dua dah tak boleh pakai. Nanti sayang keluar dengan mama la, mintak pendapat dia. Boleh kan bang?" Soal Alya. Rasa macam tak ada guna kalau tanya pendapat Hafiy pun.

"Ikut sayang la. Sayang yang nak guna. Abang okay je." Balas Hafiy.

Alya mengambil satu kuali dan dua biji periuk yang berlainan saiz lalu dimasukkan ke dalam troli. Bahagian pekakas elektrik pula dituju. Heater tak payah kut sebab penapis coway dah ada. Sejuk panas suam dah siap sedia kat situ so nak beli apa eh? List dalam telefon yang ditulis semasa perjalan tadi dibuka.

1. Periuk
2. Kuali
3. Blender
4. Pembakar roti
5. Microwave
6. Pisau
7. Papan pemotong
8. Sudu pinggan cawan mangkuk dan seangkatan dengannya.

"Abang pilih microwave satu yang elok-elok sikit." Arah Alya manakala dia menuju ke arah susunan blender. Pilih punya pilih akhirnya satu blender diangkat masuk troli. Penuh dah troli diorang. Baru pekakas dapur ni. Belum masuk lagi barang basah kering. Agaknya kena ambil dua troli ni.

"Dah ke?" Soal Hafiy.

"Jap nak baca balik. Periuk dah, kuali dah, blender dah, microwave dah, pinggan mangkuk cawan dah, pisau sudu dah, papan pemotong dah. Ermm dah kut. Yang tu je la dulu. Jom tengok barang dapur pulak."

"Abang nak makan apa?"

"Request ni terus dapat ke?" Usik Hafiy.

"Tengok la dulu. Kalau mintak yang simple-simple senang la dapat malam karang. Kalau tak tunggu la seminggu dua."

"Amboi seminggu dua. Kalau mengidam ni kempunam la abang."

"Apa sampai mengidam bagai ni. Orang tanya sebab senang nak cari barang ni. Takde la tak tahu nak beli apa."

"Ya lah sayang. Pantang orang nak mengusik sikit ada je nak dibebelnya." Nasib sayang tau.

Selesai membeli belah mereka keluar daripada giant dengan dua buah troli penuh dengan barang. Borong sakan kau jah. Biasalah shopping untuk rumah kosong begini lah gayanya. Semua nak kena beli.

"Jom pekena teh ais, cari makan. Penat shopping ni lapar la pulak." Ajak Hafiy apabila kereta keluar dari petak parking.

"Tadi baru makan lapar balik?"

"Sayang! Tadi awak tu empat jam yang lepas tau? Awak sedar tak awak ada dalam giant ni lebih kurang empat jam." Ini lah perempuan kalau shopping kan. Tu belum masuk lagi shopping barang make up, baju bagai.  Just barang dapur je tau. Di ulangi BARANG DAPUR SAHAJA.

"Iyalah iyalah.. Jom! Tak payah nak membebel. Huduh la abang membebel. Macam nenek kebayan." ujar Alya selamba. Sekarang ni dia dah tak ada segan silu dah dengan Hafiy. Kalau sebelum ni nak panggil abang nak bahasakan diri sayang tu malu-malu kucing tapi dua tiga hari dah takde dah malu tu. Lagipun kalau dia malu-malu lagi giat Hafiy mengusiknya nanti jadi bolayan je.

Hafiy pun bolayan saja Alya menyamakan dia dengan nenek kebayan. Sekarang perut lagi penting. Lapar mak!

* * * *



tbc

17/12/19

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now