Bab 39

1.8K 78 4
                                    

Alya dan Hafiy jalan berpegangan tangan dalam mall persis pasangan bahagia yang baru kahwin.

Muka masing-masing bukan main lagi berseri-seri. Entah apa mimpi Hafiy mengajak Alya keluar hari ini.

Lama tak dating sejak kahwin katanya. Lagipun masing-masing sibuk. Hujung minggu pula kalau Alya tak ada event mereka akan bergilir balik ke rumah orang tua mereka.

Tetapi minggu ini Hafiy nak spend time dengan isteri kesayangannya ini sahaja.

"Sayang! Sayang nak buat apa?" Soal Hafiy.

"Buat apa, apa?" soalan dibalas soalan.

"Iya la. Sekarang ni kita nak buat apa?" Memang la nak dating tapi takkan nak jalan-jalan dalam mall ni je?

"Ikut abang la. Abang yang ajak sayang dating kan." Alya pun tak tahu sekarang ni nak buat apa.

"Ermm. Sayang tak ada nak beli apa-apa ke?"

"Entah. Tak tahu la."

"Kalau macam tu kita tengok wayang la jom."

"Boleh jugak. Dah lama sayang tak tengok wayang tapi taknak cerita hantu tau." Pesan Alya.

"Ala cerita hantu la best." Baru berniat nak tengok cerita hantu dah kena warning.

"Alaaa tak mau la cerita hantuuu.. " Rengek Alya. Memang cerita hantu bukan pilihannya. Dulu kalau keluar tengok wayang dengan along mesti tengok cerita asing-asing sebab along berkeras nak tengok cerita seram dan dia berkeras taknak tengok. So jalan penyelesaian along tengok ceritanya dan Alya tengok ceritanya. Kalau tak ada cerita yang menarik hatinya dia lebih rela pusing-pusing mall cuci mata sambil tunggu along habis tengok wayang.

"Kenapa taknak? Best apa cerita hantu ni. Jom la sayang. Citer hantu eh? eh? eh?" Hafiy buat muka cute. Tips nak pujuk. Ingat orang perempuan je ke boleh buat muka. Lelaki pun boleh la.

"Aaaa tak mau. Kalau abang nak abang tengok la sorang-sorang. Sayang tengok cerita lain." Putus Alya.

"Sayang! Dating apa macam tu? Sorang tengok citer lain, sorang tengok citer lain." Apa dating alaf baru ke macam mana ni? Tak pernah dibuat orang sayang!

"Habis tu abang nak sangat tengok cerita hantu kan? Tengok la. Sayang taknak." Tak ada kompromi okay.

"Cuba sayang bagi 10 sebab kenapa tak nak."

Alya merenung Hafiy lama. Ada ke nak main bagi sebab sebab pula.

"Okay la abang kurangkan jadi lima. Bagi abang lima sebab je." ujar Hafiy lagi apabila Alya tidak sudah merenungnya. Seram la pula tengok.

"Cepat la sayang. Tak ada sebab tak ada pilihan nanti sayang." Gesa Hafiy.

"Hisy! Apa pulak nak main sebab-sebabnya." Bentak Alya.

"Iya la sayang taknak mesti ada sebab kan?"

"Sebab tak suka, tak suka, tak suka, tak suka la." ujar Alya laju. Masam mencuka mukanya.

Hafiy gelak panjang. Cute betul isterinya ini.

"Habis tu sayang nak tengok cerita apa?"

"Ikut abang la."

Sekali lagi Hafiy tergelak. "Kalau ikut abang cerita hantu la. Jom jom." Tangan Alya ditarik laju menuju ke arah panggung wayang.

"Abang! Abang! Abang!" Tahan Alya.

"Apa pulak cerita hantu?"Soal Alya setelah Hafiy menghentikan langkah.

"Dah tadi cakap ikut abang." Usik Hafiy.

"Hisy.. " bentak Alya dengan mulut sudah muncung sedepa. Merajuk! Orang dah cakap taknak lagi nak ajak.

"Okay la, okay la. Jom kita tengok cerita apa yang ada dulu. Lepas tu sayang decide okay? Kalau abang yang decide nanti sayang tak ada pilihan." Putus Hafiy. Kesian pula tengok muka cemberut isterinya itu nak usik lebih-lebih.

Mereka beriringan melangkah ke arah kaunter untuk membeli tiket. Hafiy turutkan saja apa yang Alya pilih. Sayang bini katakan. Tengok cerita kartun pun abang sanggup dik.

* * * *

Petang itu Tengku Amnah santai menonton televisyen bersama suami, anak dan cucunya. Menantunya kerja. Biasalah dapat menantu doktor. Kerja memang jarang la nak sama dengan orang.

Sebenarnya seronok bila duduk bersantai dengan keluarga macam ni. Rasa tenang bahagia je boleh tengok cucu main. Suami depan mata, anak depan mata. Apa lagi yang boleh membahagiakan kita kalau bukan masa bersama keluarga? Cer habaq mai.

"Imani sini dekat tokma." Gamit Tengku Amnah. Geram tengok cucu sulung dia ni. Pipi montel. Nak gigit-gigit je rasa.

Imani yang sememangnya rapat dengan tokma itu terus je mendekat ke arah Tengku Amnah. Iya mana tak rapat, dari kecil Tengku Amnah yang jaga. Nak nak pula sekarang ini anak sulungnya dah berpindah duduk dengannya lagi la siang malam mengelek cucu aje kerjanya. Sayang sangat cucu sorang ni. Lepas ni boleh minta cucu dari Alya pula.

"Assalamualaikum."

Bunyi salam yang diberi menghentikan celoteh Tengku Amnah bersama Imani.

"Eh dari mana ni? Biasa kalau nak balik sini awal pagi dah sampai." Soal Tengku Amnah apabila Alya muncul bersama Hafiy di ruang tamu itu.

"Keluar kejap tadi. Ni baru balik sini." Balas Alya. Hafiy bergerak bersalaman dengan Tengku Amran dan Aqil selepas bersalaman dengan Tengku Amnah.

"Orang pergi dating la mama." Sampuk Aqil.

"Sibuk je along ni. Kak Mia mana?" Soal Alya setelah kelibat kakak iparnya tidak kelihatan.

"Kerja."

"Ooo.. Patut pun. Jeles la tu orang pergi dating, dia nak dating bini takde." Usik Alya.

"Tak kuasa nak jeles."

"Duduk lah Hafiy. Hah Alya pergi dapur ambil cawan. Meh kita minum petang sekali." Arah Tengku Amnah.

"Ala mama ada ke suruh tetamu ambil. Dah la baru sampai ni." Rungut Alya.

"Tetamu celah mana kau tu? Bukan istimewa pun nak kena layan bagai raja." Giliran Aqil pula mengusik Alya. Sekali sekala tak salah kan?

"Pergi je lah ambil. Hafiy nak minum ni. Mak Mah solat tak siap lagi kut tu." ujar Tengku Amnah sekali lagi. Suruh ambil cawan pun malas. Bukan jauh pun dapur tu ha.

"Ya lah, yah lah." Balas Alya mengalah lalu membawa langkah menuju ke dapur. Bila balik rumah mak sendiri macam ni lah.

"Dari mana sebenarnya ni?" Soal Tengku Ilham setelah lama berdiam diri.

"Klcc pa." Balas Hafiy. Lepas dating dengan Alya di Pavilion Bukit Bintang tadi terus ke Klcc lepak dekat situ. Saja jalan-jalan luang masa bersama.

Terangguk-angguk Tengku Ilham. "Umi dengan walid nak pergi buat umrah tu bila?" Soalnya lagi.

"Dua minggu lagi. Haa nanti minggu depan jemputlah datang rumah umi dengan walid semua. Walid buat majlis doa selamat sikit." Alang-alang mertuanya sebut pasal umi dengan walid nak pergi umrah ini terus jemputlah. Lagipun dah dua tiga kali umi pesan suruh dia jemput tapi asyik lupa je.

"Haa umi ada call mama tadi jemput datang rumah tapi tak sempat nak sembang banyak bila nak perginya bila Imani ni mengamuk." Celah Tengku Amnah.

Alya melabuhkan duduk sebelah Hafiy setelah menghulurkan secawan tea kepada suaminya itu. "Mama papa pergi tak majlis tu nanti." Soalnya.

"InsyaAllah tak ada apa-apa sampailah." Jawab Tengku Ilham.

Selepas itu, masing-masing ralit bersembang. Macam-macam topik keluar. Jarang-jarang sekali berkumpul. Alya ralit mengusik Imani. Sekali sekali dia mencelah perbualan orang.


Tbc
06/02/20

P/s: story SAYANGKU kak aya dah publish balik. P la baca na and jangan lupa support la sikit ye 😊😊

Enjoyyyyyyy

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now