BAB 4

3K 130 5
                                    

Pukul 9 malam Alya masih berada di butiknya lagi. Kebiasaannya dia bekerja di bahagian pejabat dan bekerja mengikut waktu pejabat tetapi tadi sewaktu dia melangkah turun untuk pulang dia tengok pekerjanya macam tak menang tangan untuk melayan pelanggan. Jadi terpaksa dia turun padang untuk memantau keadaan. Takkan dia nak tengok saja kan.

Selalunya butiknya beroperasi dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang sahaja tetapi untuk special event seperti hari ini butiknya beroperasi sampai pukul 10 malam. Hari ini seluruh cawangan butik Qu Yins mengadakan jualan mega dan sale yang kaw kaw punya. Hanya sehari jadi ramai pelanggan yang datang tak putus-putus. Alhamdulillah rezeki bertambah untuk dia dan pekerja-pekerjanya.

"Ku yin! Kalau Ku nak balik dulu pergi lah. Kitorang boleh handle lagi ni." Sapa manager butik Alya apabila terpandangkan Lady Boss yang tercegat memantau dia dengan yang lain bekerja.

Ku Yin adalah panggilan untuk Alya oleh pekerja-pekerja, klien-klien atau sahabat handai yang kurang rapat dengannya sahaja. Keluarga atau kawan baiknya biasanya memanggilnya dengan nama Liya.

"Sokay awak buat kerja awak. Saya just nak tolong you all. Bukan selalu saya turun padang. Alang-alang saya tak ada event apa-apa malam ni. Boleh la tolong sekali." Balas Alya ramah.

Sememangnya dia jarang turun padang memantau jualan-jualan mega yang dijalankan kerana biasanya ada saja show atau dinner dengan klien-klien yang perlu dihadirinya. Apabila berkesempatan seperti hari ini dia tak boleh lepaskan peluang untuk turut serta melayan pelanggan.

Seronok sebenarnya melayan karenah-karenah manusia memilih baju ni. Lucu. Kadang-kadang dengan memerhati diorang pun boleh hilangkan stress. Masing-masing dengan ragam masing-masing.

Setakat ini Alhamdulillah semua design-design yang dikeluarkan oleh butiknya tidak mengecewakan pelanggan. Sentiasa mendapat sambutan baik. Syukur. Rugi sikit-sikit itu adat berniaga.

Tepat jam 10 malam masih ada lagi pelanggan dua tiga orang yang belum selesai membuat pilihan yang berkenan di hati tetapi Alya sudah mengarahkan pekerjanya untuk menukar label 'open' kepada 'close' di pintu kaca butik menandakan butik sudah selesai beroperasi dan tidak menerima sebarang pelanggan lagi.

Keluar sahaja pelanggan terakhir terus butik dikemaskan dan keuntungan atau sebarang kerugian untuk hari ini dikira secara kasar.

Alya menunggu semua pekerja-pekerjanya siap melakukan kerja sebelum dia melangkah keluar menapak kearah keretanya yang diparking betul-betul di hadapan butiknya. Penat seharian bekerja. Masa untuk pulang dan merehatkan badan.

Bergegas Alya turun dari kereta selepas selesai dia parkingkan keretanya. Tak selesa dia nak berlengah-lengah dengan baju seharian tak tukar. Selalunya dalam sehari dia akan memakai dua persalinan tapi hari ini tak. Ingatkan tadi nak balik awal tapi stuck pulak dekat butik. Nasib baik jalan tak jem. Kalau tak mahu berjam-jam terkandas atas jalan raya.

Dari jauh sudah kelihatan mamanya sedang menunggu di muka pintu. Sampai depan pintu, tangan tua mamanya disalam dengan muka hairan. Mama buat apa depan muka pintu ni. Tunggu siapa? Takkan tunggu dia kut? Tak pernah-pernah pun sebelum ni.

"Telefon pergi buang dalam sungai mana?" soalnya Tengku Amnah mamanya Alya.

Alya dengan muka blur terus jawab. "Telefon sapa ma?"

"Telefon kamu lah. Telefon sapa lagi?" Kecik besar kecik besar je Tengku Amnah tengok Alya. Boleh dia tanya telefon siapa. Dia dari pukul lapan tadi lagi duk menelefon anak dara dia ni sorang. Tak dapat-dapat. Biasanya kalau anaknya ini ada event malam pun dia akan balik rumah dulu. Bersiap dari rumah tapi malam ni dah pukul lapan tapi tak sampai-sampai lagi. Risau dia. Bila dia suarakan kerisauan dia kepada suaminya, suaminya buat tak tahu je. Siap cakap lagi. Alah anak awak tak sempat la tu nak balik rumah. Tak payah risau lah.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now